Noh Omar bermuzakarah dengan Khalid Samad tentang ' Allah '



Saya telah hadir ke ‘Muzakarah Kalimah Allah’ di studio MobTV malam kelmarin. Rakaman video berkenaan boleh ditonton melalui laman web MobTV: Muzakarah - Kalimah Allah : Dari Sudut Perundangan. Saya telah hadir tanpa sebarang syarat atau udang di sebalik batu, dengan penuh kesediaan untuk disekolahkan oleh Noh Omar. Malangnya beliau mengaku bahawa beliau tidak merupakan pakar dalam soal hukum Islam mahupun soal perlembagaan Negara. Dalam soal hukum Islam beliau mengesyorkan kita terima sama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri dan dalam soal perlembagaan, beliau syorkan kita serahkan sahaja kepada pihak mahkamah.

Saya hairan dengan sikap beliau ini. Kalau Noh menganggap kita tidak layak membincang isu ini, mengapa dia cabar saya untuk berdebat? Kalau Noh anggap beliau tidak cukup pakar, mengapa beliau berkata beliau ingin sekolahkan saya? Maka kecewa teramatlah diri saya dalam soal ini kerana tidak bertambah ilmu saya walau sedikit pun setelah bermuzakarah lebih sejam bersamanya. Hanya yang terserlah adalah kecelaruan pemikiran yang biasa pada mana-mana pimpinan UMNO/BN.

Mungkin bagi diri Noh, sememangnya beliau tidak mampu menilai dan memberi pandangan berhubung isu ini. Oleh itu beliau memilih jalan selamat dan tidak memberi sebarang komen terhadap hujjah yang telah saya kemukakan. Ayat Quran yang mempunyai makna dan maksud yang jelas ditepis dengan sekadar menyatakan, “kamu bukan ulama. Kenapa kamu tidak menjadi anggota Dewan Ulama PAS?” dan sebagainya. Sekadar itu sahajalah kemampuan dirinya sambil menyerang peribadi saya berhubung tauliah saya yang tidak dilanjutkan dan tuduhan kertas putih terhadap saya semasa saya ditahan ISA.

PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH BUKAN ISLAM


Hujjah saya bahawa kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Arab Jahiliah sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) langsung tidak di’iya’kan atau ditolak. Kerana menurut beliau sendiri, beliau bukan pakar dan oleh itu beliau tidak tahu.

Hujjah saya yang berlandaskan Ayat Al-Quran bahawa masyarakat Nasrani (Kristian) dan Yahudi sebelum, semasa dan selepas zaman Rasulullah (SAW) menggunakan kalimah Allah dan ianya langsung tidak dilarang oleh Ar-Rasul juga tidak dihiraukannya. Begitu juga di zaman para Sahabat, Tabiin dan Taba-Tabiin selepas wafatnya Rasulullah, termasuk zaman Bani Umayyah, Abasiah sehingga Othmaniah keadaannya terus begitu.

Cabaran saya untuk dikemukakan pandangan walaupun seorang ulama muktabar pada zaman itu yang menyatakan bahawa kalimah Allah hak eklusif orang Islam dan haram untuk bukan Islam, juga tidak disahutnya. Apakan daya, beliau tidak tahu dan hanya mampu bertaqlid dalam soal ini walaupun tidak mengetahui apa sebarang hujjah di sebaliknya.

MENGAPA DIHARAMKAN

Mengikut fahaman saya, pada dasarnya pengharaman itu adalah berkaitan dengan usaha menghalang penyebaran agama lain kepada ummat Islam. Pada asalnya hukum penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah harus (dibenarkan) tetapi dalam konteks penggunaannya untuk menyebarkan agama mereka kepada orang Islam maka ianya diharamkan. Maka haramnya adalah atas cara dan tujuan ianya digunakan bukan kerana “Allah adalah milik ummat Islam” atau “Allah adalah Tuhan ummat Islam”, iaitu kata syirik yang terhasil dari golongan jahil berhubung isu yang dipolitikkan ini.

Dalam soal penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam, kita semua bersetuju ianya dilarang dan perlu dibenteras. Oleh itu buku dan kitab termasuk risalah serta apa jua usaha menyampaikan agama bukan Islam kepada ummat Islam perlu dihalang. Namun, adakah sesama bukan Islam juga ingin dihalang dan dipantau sedangkan ianya tidak sama-sekali melibatkan ummat Islam? Jika buku Bible ini tidak boleh diserahkan kepada orang Islam, apakah keperluan untuk kita sebagai ummat Islam menentukan perkataan apa yang digunakan di dalam Bible tersebut? Tidakkah ini bercanggah dengan maksud ayat yang masyur yang saya yakin Noh sendiri mengetahuinya iaitu, “Lakum diinukum wali yadiin” atau bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

Pada zaman Nabi, arab musyrikin mempunyai berbagai-bagai kekeliruan terhadap Allah sepertimana juga orang Kristian dan Yahudi. Dasar ‘bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami’ membiarkan mereka terus dengan kepercayaan mereka terhadap Allah sambil ummat Islam menyatakan kefahaman yang sebenarnya.

PERSOALAN AQEEDAH ?


Pada penghujung muzakarah tersebut, Noh merumuskan ucapannya dengan mengatakan ‘mempertahankan kalimah Allah’ adalah persoalan Aqeedah. Nampak gaya bukan sekadar Noh tidak mampu sekolahkan saya, beliau juga merupakan ‘guru’ yang kurang bijak. Beliau tidak mampu memahami bahawa ini bukan soal aqeedah tetapi kaedah untuk menyekat penyebaran agama lain di kalangan ummat Islam. Itu pun oleh kerana dianggap ummat Islam mudah dikelirukan.

Jika benar ianya Aqeedah, maka mengapa sebut kalimah Allah oleh bukan Islam ‘secara biasa’ dibolehkan? Sekiranya ianya Aqeedah, bagaimana ianya dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kalau ianya Aqeedah tidakkah ia bermakna seluruh dunia Islam, selain dari ummat Islam di Semenanjung sahaja telah sesat kerana membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah?

Akan tetapi apa yang disebut oleh bukan Islam berhubung Allah, seperti Allah ‘tiga dalam satu’, adalah tidak benar dan salah. Namun, walaupun salah menurut pandangan Islam, sebagai seorang Islam kita tidak boleh melarang kerana itu agama mereka dan kepercayaan mereka. Samada dikatakan Allah itu tiga atau Tuhan itu tiga ianya tetap salah menurut Islam.

Maka, Enakmen Agama Bukan Islam adalah kaedah untuk mengelak ummat Islam dikelirukan dan dengan itu terpengaruh dengan agama bukan Islam. Itu sahaja, bukan soal Aqeedah. Dan implikasinya ialah bahawa orang Melayu Islam di Semenanjung ini lebih mudah dikelirukan berbanding dengan yang berada di Sabah dan Sarawak! Maka itulah sebabnya di Sabah dan Sarawak ianya dibenarkan tetapi tidak di Semenanjung. Mungkin ianya ada kaitan dengan hakikat UMNO lebih lama di Semenanjung berbanding Sabah dan UMNO tidak ada di Sarawak maka orang Islam di Semenanjung mudah dikelirukan? Di mana adanya UMNO, di situ Melayu jahil dan mudah dikelirukan?

Saya sebenarnya letih dengan guru yang kurang bijak sebegini. Malam itu saya mengambil pendekatan tidak menyerang kerana saya datang untuk ‘disekolahkan’. Saya jelaskan fahaman saya dan jawab serangan Noh terhadap diri saya. Saya tidak menyerang dirinya. Namun dalam keadaan begitu pun saya sedih kerana kemampuannya untuk ‘menyekolahkan’ saya tidak sama sekali diserlahkan. Sebaliknya beliau hanya mengaku bahawa beliau tidak tahu serta tidak layak dan mendakwa begitu juga diri saya. Yang pasti, DIA yang tidak tahu dan oleh kerana tidak tahu, maka beliau tidak mampu juga menilai hujjah yang telah saya kemukakan. Oleh itu beliau tidak mampu menilai kemampuan saya.

Letih saya dengan guru sebegini; bukan sahaja tiada ‘udang’ di sebalik batu, bahkan tiada apa pun di sebalik batu !

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Apa kata anda ? Pukul wanita dan anak simbol kebanggaan Islam


 

Banyak yang boleh dibincangkan tentang kes Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Nurshal yang memukul anak mereka. Namun, di tulisan ini saya akan fokus pada beberapa perspektif sahaja. Semoga ada penulis lain yang boleh memberi huraian lebih dari pelbagai sudut.

Kes ini membuatkan saya teringat mengenai perdebatan semasa Malaysia mahu menggubal Akta Keganasan Rumahtangga  di Malaysia  lebih kurang 20 tahun dahulu. Ada tokoh-tokoh agama dan petubuhan Islam waktu itu menentang  pelaksanaan akta tersebut kerana menurut mereka, ‘Islam membolehkan pukul isteri !’

Ya, banyak yang boleh dibincangkan, namun oleh kerana ruang yang terhad, saya ingin fokuskan perbincangan mengenai apakah pukul isteri dan pukul anak sesuatu yang harus dibangga dan dipertahankan sebagai simbol Islam dan budaya Melayu?

Jangan marah bila orang bukan Islam kata orang Islam suka kekerasan

Orang Islam marah bila orang Barat kata Islam agama ganas, barbaric dan mendiskriminasi perempuan. “Mana ada . . . bohong dan fitnah ! ” katanya . . . .

Tapi hari ini, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia yang mendakwa mewakili umat Islam di Malaysia mahu upah orang untuk tampar Ahli Parlimen Teresa Kok.

Hari ini, ramai orang Islam di Malaysia membela perbuatan kakitangan Malaysia di Sweden yang pukul anaknya atas dasar agama dan budaya.

Bila kita lihat di youtube ahli-ahli Majlis Jemaah NGO Islam melumur darah ayam dan menginjak-injak poster Teresa, tentu kita malu dengan perbuatan tidak bertamadun itu.  Kita malu dan mengatakan itu bukanlah ajaran Islam.

Maka dalam kes di Sweden ini, cuba anda bayangkan apakah agaknya persepsi orang Barat apabila orang Islam dan kerajaan Malaysia mengatakan ( kalau nak tambah special effect lagi, bolehlah anda tutup mata sebentar dan bayangkan orang-orang Islam Malaysia di Sweden sedang demo memegang sepanduk-sepanduk yang berbunyi ) : “Kami pukul anak-anak kami bila mereka tidak sembahyang. Ini ajaran agama kami dan memang budaya kami ! ”

Bayangkan pula sekiranya yang dipukul itu bukanlah anaknya akan tetapi isterinya, (walaupun pukulannya tidak mencederakan), maka apakah orang Islam dan kerajaan Malaysia akan dengan bangga mengatakan “maaf, and harus faham bahawa ajaran agama kami mengatakan isteri yang tidak patuh pada suami boleh dipukul ! ”

Lalu, bolehkah kita salahkan orang bukan Islam kalau mereka punya persespi orang Islam ini sukakan kekerasan ?

Akta keganasan rumahtangga

Walaupun terdapat penentangan dari sesetengah orang Islam, namun atas desakan NGO-NGO wanita, akhirnya pada 1994 kerajaan Malaysia menggubal juga Akta Keganasan Rumahtangga.

Kini, semua wanita dan masyarakat Islam di Malaysia, termasuklah yang dulu menentangnya, mendapat perlindungan dengan adanya Akta Keganasan Rumahtangga.

Sebelum adanya akta itu, isteri yang dipukul suami dianggap hal peribadi dan hal urusan dalaman keluarga yang mana orang atau pihak lain tidak boleh masuk campur. Kini, jika mana-mana ahli keluarga, terutamanya isteri yang dipukul atau didera, boleh membuat laporan pada polis dan berhak mendapat perlindungan negara.

Anak-anak juga sebahagian dari ahli rumahtangga, maka jika mereka didera, mereka juga berhak mendapat perlindungan. Memandangkan kanak-kanak lebih lemah atau ‘vulnerable’, maka negara telah mengambil langkah perlindungan yang lebih bagi mereka, iaitu dengan menggubal Akta Perlindungan Kanak-kanak.

Kerajaan Sweden pula ialah negara yang paling terkehadapan dan sangat serius dalam memastikan perlindungan terhadap kanak-kanak.  Pada tahun 1970an, Sweden telah menggubal undang-undang yang melarang ibubapa atau sesiapa pun untuk memukul atau menggunakan sebarang kekerasan fizikal ataupun memalukan kanak-kanak.

Orang Islam Di Negara Bukan Islam

Apabila orang luar negara datang ke Malaysia, apakah anda setuju jika mereka mengatakan mereka tidak perlu patuh pada undang-undang negara ini?

Jika anda tidak bersetuju, maka anda juga harus tidak bersetuju bila ada pegawai tinggi Malaysia yang ditugaskan di luar negara mengatakan mereka tidak perlu akur dengan undang-undang di negara tempat dia ditugaskan.

Prof. Tariq Ramadan sudah banyak membicarakan bagaimana umat Islam yang hidup di negara Barat harus mencari titik pertemuan konstruktif dengan budaya dan undang-undang di Barat.

Seorang ulama yang kini di Arab Saudi, Syeikh Abdullah bin Bayyah, juga telah mengingatkan orang Islam bahawa apabila mereka berada di negara bukan Islam, mereka harus akur dengan undang-undang dan peraturan di negara itu.

Beliau memberi contoh “apabila saya datang ke negara ini (Amerika), saya telah menandatangani sesuatu. Semasa menerima visa dan menandatanganinya, suatu kontrak hukum (undang-undang) atau ‘a legally binding contract’ telah berlaku yang berbentuk sulh. Ia adalah persetujuan atau perjanjian bahawa apabila saya ada di negara ini, saya akur untuk menghormati undang-undangnya dan akan akur pada sebarang sekatan (restrictions) seperti yang termaktub di visa ini. Ini adalah perjanjian kontrak yang mengikat secara hukum (undang-undang).

Tanggungjawab kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara

Dalam kes ini, yang melanggar undang-undang bukanlah seorang Malaysia yang sedang melancong di Sweden, yang tidak tahu sangat tentang budaya dan undang-undang Sweden.  Yang melakukan kesalahan itu ialah Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden.

Apakah kerajaan Malaysia tidak beri kursus pada setiap kakitangan kerajaan yang ditugaskan ke luar negara tentang tatacara dan undang-undang negara itu, terutamanya yang berbeza dengan Malaysia?

Jika ada kakitangan kerajaan yang tidak bersetuju pada undang-undang negara tempat dia harus  berkhidmat, maka tidak seharusnya dia dihantar ke negara itu.  Apatah lagi apabila jawatannya ialah Pengarah Pelancongan yang ingin menarik orang Sweden datang ke Malaysia.

Tanggungjawab kerajaan Malaysia

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, tentulah ia harus ambil berat terhadap apa jua yang berlaku ke atas warganegaranya walau mereka berada di luar negara.   Sememang wajarlah kerajaan Malaysia mengambil tahu kedudukan perkara mengenai Azizul Raheem Awalludin dan isterinya Shalwati Nurshal yang ditahan reman, serta mengambil berat terhadap keadaan anak-anak mereka yang ditempatkan bersama keluarga angkat sementara.

Pastinya kerajaan Sweden perlu dipersoalkan tentang tempoh tahanan reman yang lama.  Hak asasi orang terdakwa juga perlu dipertahankan. Pastinya juga keselesaan anak-anak mereka yang telah terpisah dari ibubapa mereka harus diambil berat.

Namun, apakah perlu kerajaan Malaysia membuang wang rakyat dengan menghantar pegawai dan menteri dari Malaysia untuk pergi ke Sweden? Bukankah kita sudah ada duta dan kedutaan di sana yang sememangnya menjadi tugas mereka untuk menangani kes-kes yang melibatkan rakyat Malaysia? Lagi pun, bukankah sebaik-baiknya sebarang urusan hanya melalui saluran kedutaan?  Apakah ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara yang genting sehingga duta kita tidak mampu lagi menguruskannya?

Selain bertanggungjawab terhadap keluarga Azizul Raheem, kerajaan Malaysia juga punya tanggungawab terhadap Malaysia secara keseluruhannya. Kerajaan Malaysia harus tegas berpendirian bahawa sebarang bentuk kekerasan fizikal terhadap ahli keluarga tidak boleh diterima. Apatah lagi jika kerajaan komited dengan wawasan untuk menjadi negara maju dengan tamaddun dan peradaban yang dihormati dunia.

Keluarga ideal menurut Islam

Bagi masyarakat Islam pula, mengapa pukul isteri dan pukul anak mahu dijadikan simbol Islam yang dibanggakan.  Bukankah sunnah Rasulullah saw sendiri tidak pernah pukul wanita ataupun kanak-kanak?

Bukankah wawasan Islam dan al-Qur’an ialah terhadap pembentukan keluarga yang mawaddah warahmah, iaitu yang berkasih sayang, serta mengutamakan pedekatan perbincangan dalam menyelesaikan masalah ? Bukankah pendekatan psikologi dan perbincangan antara ahli keluarga sama ada antara suami isteri atau antara ibubapa dan anak-anak jauh lebih baik, harmoni dan efektif ?


Pasangan warga Malaysia di Sweden didakwa pukul anak

 

Pasangan Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal didakwa di mahkamah di Sweden hari ini, atas tuduhan memukul dan mendera keempat-empat anak mereka dalam beberapa insiden sepanjang tiga tahun sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Pendakwaraya mengemukakan kertas pertuduhan setebal 11 muka surat itu yang bagaimanapun tidak menyebut punca atau sebab kenapa keempat-empat kanak-kanak itu, Aisyah Azizul Raheem, 14, Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7) dipukul dan didera.

Perbicaraan kes berkenaan mungkin ditetapkan pada 18 Februari dan dijangka berlangsung selama 14 hari.

Pertuduhan antara lain mendakwa Azizul dan Shalwati memukul sehingga meninggalkan kesan fizikal dan mengakibatkan kesakitan dengan mengunakan objek seperti rotan, tali pinggang dan tangan serta turut dicubit dan dipulas telinga.

Shalwati didakwa memukul dan mendera anaknya Ammar sebanyak 11 kali, Adam sebanyak tiga kali, Ariff empat dan Aisyah empat kali.

Kesemua kesalahan itu dilakukan Shalwati dengan menggunakan tangan, rotan, tali pinggang, termasuk menampar dan memulas telinga serta memukul di tubuh badan.

Sementara itu, suaminya pula didakwa mendera dan mendedahkan anaknya kepada kemudaratan di mana terdapat enam pertuduhan menyeksa anaknya Ammar termasuk tidak membenarkan Ammar untuk makan serta memukul kepala kanak-kanak itu sehingga terhantuk ke pinggan, empat tuduhan memukul Adam, tiga Arif dan sekali Aisyah.

Dokumen tersebut turut menyenaraikan beberapa individu yang terlibat dalam soal siasat bagi kes tersebut termasuk kaunselor dan guru-guru sekolah kanak-kanak terbabit dan petugas kebajikan.

Undang-undang Sweden menetapkan tindakan memukul anak adalah salah disisi undang-undang.

Laporan terdahulu memetik peguam pasangan itu Kristopher Stahre memaklumkan, Azizul dan Shalwati akan mencabar pertuduhan tersebut.

Sebelum ini pihak pendakwaan menghantar permohonan bertulis kepada mahkamah untuk mendakwa pasangan berkenaan sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Isnin.

Ulasan Penulis

Terbalik. Di Sweden ibubapa bukan sahaja dilarang memukul, malah menengking anak-anak tidak dibenarkan. Sedangkan di dalam Islam, anak-anak tidak boleh bercakap kasar, apatah lagi menengking kedua ibu-bapanya.

Firmanullah s.w.t.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’:23)

Memukul anak untuk memberi pengajaran supaya solat dianjurkan di dalam ajaran Islam.Tetapi, dianggap sebagai satu penderaan oleh undang-undang di Sweden.

Nabi saw pernah bersabda: "Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur."

Hadis ini adalah merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak itu belum lagi wajib bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya bersembahyang.

Semuga Allah swt selamatkan keluarga berkenaan kerana mematuhi ajaran Islam sekalipun ia bertentangan dengan undang-undang dunia. 

* Memberi tunjuk ajar kepada anak-anak adalah tanggungjawab. Namun, apabila ia disertai oleh pukulan yang melampau adalah salah. Mengajar kanak-kanak secara kasar dan ganas dalam hal peraturan agama mahupun peraturan keluarga adalah salah. Memang layak kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut didakwa.




 

AirAsia berjaya sindir MAS kerana Nasi Lemak yang telanjang



 

Nampaknya nasi lemak telanjang yang diutarakan Chef Wan menarik minat pelbagai pihak.Kalau sebelum ini Chef Wan naik angin dengan nasi lemak telanjang Syarikat Penerbangan Malaysia -MAS kini Air Asia seakan-akan menyindir MAS dengan iklan “Nasi Lemak kami LENGKAP” ditambah dengan slogan sindiran ‘Sejuklah di udara kalau telanjang!’.

“Isu nasi lemak sedang hangat buat masa ini dan iklan AirAsia itu untuk mengingatkan pengguna bahawa ada nasi lemak lengkap yang dihidangkan 35,000 kaki di udara dalam semua penerbangan AirAsia,” kata kenyataan  Air Asia.

Cuma penumpang Air Asia kenalah hulurkan RM 12 dahulu sebelum merasa nasi yang tak telanjang kata AirAsia.Pihak Air Asia berkata tujuan iklan itu bukanlah untuk membidas mana-mana pihak tetapi ia terkena "batang hidung" Sistem Penerbangan Malaysia - MAS dengan ayat yang digunakan.

Jadi MAS kena buat sesuatu dengan nasi lemak telanjangnya berbanding dengan nasi lemak tak telanjang Air Asia  yang nampaknya lebih berselera untuk dinikmati.Cuma RM12 yang perlu dikeluarkan untuk merasai nasi lemak Air Asia nun di atas sana.


Siti Nurhaliza dicium peminat lelaki, Dato ' K tarik muka masam



Dek kerana terlalu gembira dan teruja, seorang peminat fanatik Dato Siti Nurhaliza bertindak secara spontan mencium tangan penyanyi nombor satu negara itu.

Momen yang mencuri tumpuan ramai tersebut berlaku ketika peminat yang dikenali sebagai Princes Ahak itu menerima hadiah daripada Siti Nurhaliza di malam konsert amal eksklusifnya, Dato' Siti Nurhaliza Live in KLCC- Where the Heart Is yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC, malam tadi.

Hadiah tersebut sebagai saguhati selepas peminat berkenaan terpilih untuk bertanyakan soalan kepada Siti sewaku di sesi interaksi bersama para peminat yang berada di dalam dewan.

Tenang dan hanya tersenyum, Siti bagaimanapun cepat-cepat 'memujuk' suaminya, Dato' Seri Khalid Muhammad Jiwa (Dato' K) yang menonton dari tempat duduk penonton dengan berkata,

"Ala yang (sayang)... budak-budak jer", katanya sambil memandang ke arah Dato' K. Reaksi Siti itu juga sekaligus mengundang gelak ramai.

Sementara itu Siti yang ditemui sejurus usai konsert meluahkan rasa puas hati dan syukur apabila berjaya membuat persembahan pada malam pertama. Bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian dan ketulusan, menariknya pada konsert selama 1 jam 30 minit itu, Siti memulakan persembahan dengan konsep drama muzikal yang mana secara ringkas menceritakan perjalanan hidupnya, bagaimana karier nyanyiannya bermula hinggalah beliau bertemu jodoh dan terus dikagumi hingga ke hari ini.

Siti mendendangkan sebanyak 14 buah lagu hits antaranya 'Siti Situ Sana Sini', 'Kesilapanku Keegoaanmu', medley 'Purnama Merindu' & 'Nian Dihati', 'Jerat Percintaan', 'Kau Mawarku', 'Bukan Cinta Biasa', 'Kau Kekasihku', 'Seindah Biasa', 'Ku Mahu' dan 'Pendirianku'.

Tidak cukup dengan itu Siti yang yang tampil anggun dengan persalinan kedua, terus menghangatkan suasana dengan lau Muara Hati serta sesi persembahan akustik yang memperdengarkan lagu medley 'Tanpa Kalian' & 'Intrig Cinta'.
Meninggalkan peminat beberapa ketika untuk menukar persalinan, tidak lama kemudian Siti muncul semula di pentas dan sambung menghiburkan penonton dengan lagu medley 'Stand Up' dan 'Remember You'. Sebagai kejutan, Siti menampilkan penyanyi Hazama lalu mereka berduet lagu cover 'Just Give Me A Reason' (nyanyian asal Pink).

Sepanjang persembahan yang diketui pengarah muzik Aubrey Suwito serta diiringi mini okestra itu, sesekali Siti mengambil peluang sesi berinteraksi bersama para peminat dengan lebih dekat.

Tambah istimewa, buat pertama kali Siti memperdengarkan lau baru berjudul 'Jaga Dia Untuk Ku'. Menurut Siti, lagu tersebut menceritakan tentang beliau dan suaminya. Lagu itu akan dimuatkan dalam album terbaru yang bakal dilancarkan pada Mac ini.

Konsert yang berakhir kira-kira jam 11 malam itu diakhiri dengan lagu 'Biarlah Rahsia' (versi Rock) dan Lebih Indah.

Konsert amal terbitan Yayasan Nurjiwa (Yayasan yang ditubuhkan Siti bersama suaminya) dengan kerjasama Siti Nurhaliza Production dan SimplySiti Sdn Bhd ini bertujuan mengumpul dana bagi tujuan kebajikan.

Dewan tidak hanya dipenuhi peminat-peminat setia Siti Nurhaliza, malahan turut hadir tetamu istimewa Siti iaitu D.Y.A.M Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir dan permaisuri Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Menteri Pertahanan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan isteri juga Ketua Menteri Besar Melaka, Datuk Ir Idris Haron dan isteri.

Selain para selebriti popular tanah air yang turut kelihatan seperti Ziana Zain, Erra Fazira, Shila Amzah, Sharifah Sakinah, Faradhiya, Ezlyn dan Izara Aishah.

Berlangsung selama dua hari (semalam dan hari ini) menerusi konsert ini pihak yayasan Nurjiwa mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM1 juta supaya bantuan lebih banyak dapat diberikan kepada yang memerlukan sekali gus menjadikan yayasan sentiasa aktif dan prihatin.

Mangsa dendam teman lelaki tiada tempat hendak dituju


Teman lelaki Jenny memujuknya untuk berbogel dan beraksi di hadapan kamera. Dia berjanji yang gambar ini hanya untuk tatapannya seorang sahaja.

Dia turut berjanji yang gambar Jenny akan selamat disimpan dalam komputernya. Jenny mempercayainya.

Tetapi apabila mereka berpisah, gambar ini muncul di Internet. Bekas teman lelakinya mengancam untuk memuatnaik gambar ini dan menghantarnya kepada keluarga dan majikan Jenny. Mimpi ngeri Jenny baru sahaja bermula.

Jika Jenny tinggal di California, masalah Jenny mungkin dapat diselesaikan. Gabenor, Jerry Brown telah meluluskan sebuah rang undang-undang yang menjadikan rakaman lucah dendam, satu perbuatan melanggar privasi yang dilakukan bekas suami/isteri atau kekasih dengan menyebarkan gambar lucah peribadi seseorang itu dengan tujuan memalukannya, sebagai suatu tindakan jenayah.

Bagi ramai mangsa, gambar mereka muncul hanya selepas beberapa bulan atau tahun hubungan mereka putus. Menerusi undang-undang baru California ini, pesalah kali pertama akan dipenjara selama enam bulan dan didenda sebanyak US$1,000 (RM3,150). Malahan di sana, perbuatan mengambil gambar atau video bogel seseorang tanpa kebenaran dan pengetahuan orang itu adalah suatu jenayah.

Tindakan ini menangani perbuatan mengkhianati kepercayaan yang selalunya dilakukan pasangan sebagai membalas dendam atas tindakan memutuskan perhubungan. Rakaman ini selalunya tersiar di laman-laman sesawang yang menyiarkan kandungan seperti ini, dan ada antaranya yang meminta bayaran dari mangsa yang ingin gambar mereka dari dihentikan siarannya.

Di Malaysia, tiada sesiapa yang lebih masak dengan kejadian ini selain Datuk Seri Michael Chong, pengerusi jabatan perkhidmatan dan aduan awam MCA.

Tahun lepas sahaja, dia menguruskan 21 kes seperti ini. Dalam enam dari kes ini, gambar ini dihantar kepada wanita itu sendiri oleh bekas pasangan mereka. Dalam kes selebihnya, pasangan yang dikatakan memiliki gambar itu, tidak menyebarkannya.

Chong kemudiannya mengadakan empat sidang media untuk memberi amaran kepada orang awam terhadap bahaya perlakuan ini, dan untuk memberi kesedaran kepada wanita supaya tidak menjadi mangsa. Malangnya usaha beliau sia-sia apabila bilangan kes ini tidak menurun.

Sehingga penghujung November 2013, dia telah menghadapi 19 kes ini, enam darinya dengan bukti yang jelas. Kebanyakan mangsa berumur dalam 20an dan 30an. Walaupun mangsa ini adalah wanita berpendidikan, mereka bagaimana pun sangat mentah. Ada beberapa dari mereka telah menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka beberapa tahun lamanya.

“Apabila lelaki ini menyatakan hasrat untuk mengahwini mereka, wanita ini akan diminta membuktikan dara mereka dengan cara menghantar gambar bogel kepada teman mereka. Itulah mula masalahnya,” jelasnya.

Baru-baru ini, media melaporkan yang laman blog sweetyoungmalaysiangirls.blogspot.com dan laman Instagram gadismukabukumy telah disekat kerana menyebarkan gambar gadis Malaysia yang diambil tanpa kebenaran. Seperti yang dijangka, orang awam mengecam pencerobohan privasi dan perbuatan mengseksualkan gadis ini, yang tidak menyedarinya.

Apabila mangsa kejadian ini meminta bantuan Chong, mereka selalunya terdesak dan menghadapi tekanan perasaan, dan ada yang sudah berkira-kira membunuh diri.

“Mereka datang kepada saya sambil bercucuran air mata. Mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat,” jelasnya.

Jumlah sebenar mangsa kejadian ini tidak diketahui, kerana ramai dari mereka takut untuk membuat laporan polis. Cubaan untuk mendapatkan statistik kejadian dari pihak berkuasa tidak berhasil.

Seorang peguam yang enggan namanya didedahkan, menceritakan sebuah kes pada tahun 2011 di mana bekas kekasih seorang anak guamnya telah memuat naik gambar lucah, dan mengugut untuk menyebarkan banyak lagi. Dia hanya menghentikannya setelah diancam dengan tindakan undang-undang.

Satu lagi cara yang boleh diambil adalah dengan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di bawah tuduhan penggunaan Internet secara tidak wajar, menerusi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun tidak seperti California, Malaysia tidak memiliki undang-undang khusus untuk menangani rakaman lucah dendam. Jadi tidak banyak kes yang dibawa ke mahkamah, dan tidak ramai mangsa yang tampil membuat laporan polis.

Sudah tentu Chong kecewa apabila menghadapi kes seperti ini. “Bila saya bertanya kepada mangsa mengapa mereka membenarkan diri mereka dirakam, mereka berkata yang mereka sedang dilamun cinta. Jadi mereka merelakannya kerana percaya yang teman mereka tidak akan melakukan apa-apa untuk membahayakan mereka. Yang lelakinya pula sanggup menitiskan air mata dan membuat janji palsu bagi meyakinkan pasangan mereka,” tambahnya.

Apabila mangsa kejadian ini datang kepadanya, Chong bertegas supaya mereka membuat laporan polis, walaupun ramai yang enggan. Buat mangsa yang hanya mendapat ancaman tetapi belum disebarkan gambar mereka, Chong memainkan peranan sebagai orang tengah. Jika ini gagal, dia akan bertindak mengugut lelaki ini dengan mendedahkan pula mereka kepada media, untuk memalukan mereka.

Ramai dari mangsa ini melupakan episod kelam ini. Ada pula yang bertindak meninggalkan negara ini dan orang yang mengenali mereka, seperti Australia dan Taiwan.

Namun bagi Chong, ini ibarat melarikan diri dari masalah. Dia percaya yang undang-undang perlu melindungi mangsa, supaya mereka tidak diganggu lagi. 

* Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam The Heat isu 14 Disember 2013


Tangan putus kerana pulas telinga murid atau ada cerita lain ?


 

Tangan guru di atas ditetak putus kerana kesalahan memulas telinga muridnya.Tinggi harga yang perlu dibayar seorang guru untuk mendidik muridnya. Begitulah cerita yang terseber luas di alam maya sejak kebelakangan ini. Cerita tangan putus ditetak kerana pulas telinga murid adalah tidak benar sama sekali.

Tangan putus ditetak bukan kerana pulas telinga murid seperti yang disiarkan sebelum ini. Kejadian dikatakan berlaku di Kuching kerana tagih hutang. Cerita sebenar disebalik tangan putus ialah, pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.

Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak RM 300 daripada Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.

Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.

Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke klinik kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.


[ Melayu Kini ] Golongan Melayu songsang hampir 30,000++

 

Pelik ? Kenapa rasa pelik pula ? Kalau ada yang sanggup tukar agama hanya kerana wang ringgit, inikan pula nak jadi gay. Cuma yang pelik sangat ialah, kenapa minat dengan sesama jenis ? Macam mana mereka ada selera dengan jenis kelamin yang sama ? Dapat bayangkan bagaimana situasi hubungan tersebut ?

Rugi ! Rugi ! Memang rugi. Berapa ramai perempuan cantik miut diluar sana dengan kecantikan yang menawan lagi ketat seksi sana sini sungguh menawan lelaki kacak bergaya mahupun segak tampan. Tetapi, semuanya gagal. Apa yang membuatkan lelaki kacak tampan tidak tertarik dengan perempuan cantik ?





Remaja Melayu perempuan jadi model promosi iklan ' lucah '

 

Empat remaja perempuan dalam lingkungan umur 20 menunjukan perkataan Will you fuck me??  tersebar di laman facebook dan blog sejak beberapa hari yang lepas. Tidak diketahui apakah motif mereka berbuat demikian.

Setelah diselidik melalui Google Images, tiada sumber lain melainkan gambar tersebut datang dari blog pro Kerajaan, Apple Biru.

Jika dilihat pada contrast perkataan di kertas berkenaan, dapat dilihat perbezaan warna yang agak ketara. Besar kemungkinan gambar ini telah di edit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menjatuhkan maruah empat gadis tersebut.

Tindakan tidak bermoral ini mencalar imej-imej wanita bertudung. Mohon pembaca jangan cepat percaya, sebaliknya selidik lebih lanjut. Mungkin 4 gadis ini adalah rakan anda.






Usir masyarakat Cina, Kristian yang tidak fasih bahasa Malaysia

 

Kurang ajar betul idea macam ini. Sifat perkauman yang telah menebal itulah puncanya berlaku kes seperti ini.Muka macam babi tidak sedar diri. Hampir 90 % kaum bangsa Melayu tidak fasih bahasa sendiri. Cara guna bahasapun salah.Sebagai bukti bila bertanya ' Di mana anda tinggal ? ' mereka akan bertanya begini ' Di mana anda duduk ? ', ' Tidak ada ' diganti dengan ' tak der ' , ' Tidak apa ' diganti dengan ' tak per '.

Kalau tidak silap bahasa yang digunakan oleh kaum Melayu di Semananjung hampir 98 % tidak ada dalam kamus bahasa melayu. Jangan halau orang lain. Halau diri sendiri. Tidak sedar diri. Mereka ingat Malaysia hanya milik mereka saja ? Dasar bodoh. Terasa juga nak beri penampar pada mereka yang terlibat dengan idea kurang ajar tersebut.

Kalau pakai Al-Kitab dalam bahasa Melayu, mereka macam cacing kepanasan tidak selesa. Bila tidak selesa kaum bodoh Melayu sibuk marah sini, marah sana.Kalau guna Al-Kitab bahasa English, mereka cakap tidak patriotik. Sakit hati betul dengan kaum Melayu yang selalu menimbulkan masalah dikalangan kaum yang lain.

Lihat saja drama Melayu. Manalah tahu ada kata ganti yang lain. Tidak sedar diri yang Melayu banyak guna kata ' Korang 'dalam drama. Pengunaan kata ' Korang ' memang tidak betul. Publisiti murahan. Memang begini mentaliti Melayu ? Aduh ! Teruk betul.Inilah kaum Melayu yang paling bodoh dalam dunia.

Dari hari ke hari semakin kelihatan bodoh bangsa Melayu. Kalau mahu halau, batalkan perjanjian Malaysia 1963.Orang Sabah dan Sarawak memang tidak sudi tinggal dengan golongan yang kuat sifat perkauman.

Hanya pasal tidak fasih bahasa Melayu nak usir ? Kenapalah buat Malaysia macam ini ? Kaum lainpun ada yang tidak fasih dengan bahasa Melayu. Jangan salahkan hanya satu kaum saja. Kenapa banyak sangat spesis yang bodoh di Malaysia ? Cermin muka diri sendiri dulu sebelum buat kenyataan.

Kesian betul spesis kaum Melayu buta sejarah. Nak halau Cina dan Kristian konon. Orang Asli sebenarnya yang berhak halau, kerana mereka adalah memang Orang Asal di tempat ini. Kaum Melayu,Cina, India datang kemudian menumpang di tanah milik Orang Asal. Inilah cara fikir orang tidak bertamadun.Corak cara fikirpun macam cara orang kuno.Kaum Melayu golongan bodoh sombong. Melayu golongan primitif. Maaf, penulis memang emosi kerana isu ini. Apa sebenarnya yang Melayu ingin pamerkan ?