Bawang putih baik untuk kesihatan

 

Pasti ramai yang tidak suka dengan bawang putih terutamanya golongan remaja kerana baunya yang kurang menyenangkan.

Namun tahukah anda bahawa bawang putih ini mempunyai pelbagai kebaikan dan khasiat untuk kesihatan kita?

Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan risiko kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai anti bakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi banyak iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Dapat tingkatkan sistem imunisasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Limau nipis untuk kecantikan

 

Manfaat limau nipis memang tidak dapat dinafikan lagi. Kandungan vitamin B yang terdapat di dalamnya memang terbukti boleh mendatangkan kebaikan buat tubuh badan kita.

Selain digunakan sebagai bahan dalam produk kecantikan, limau nipis selalunya digunakan untuk merawat kulit, wajah dan rambut. Malah limau nipis juga dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti batuk, radang serta melancarkan sistem pencernaan.

Antara manfaat limau nipis ialah:

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK RAMBUT

Mengatasi rambut gugur
Untuk mengatasi masalah keguguran rambut, ambil sebiji limau nipis dan perah untuk mendapatkan airnya. Air tersebut kemudiannya disapu pada kulit kepala dan biarkan semalaman. Bagi hasil yang lebih cepat, lakukan setiap hari.

Menghilangkan kelemumur
Gunakan air limau nipis dan sapukan pada rambut dan kulit kepala. Biarkan ia sehingga 20 hingga 30 minit sebelum dibilas. Anda boleh lakukan lebih daripada sekali untuk hasil yang tidak mengecewakan.

MANFAAT LIMAU NIPIS UNTUK WAJAH

Menghilangkan jerawat
Campurkan satu sudu besar air perahan limau nipis dengan satu sudu madu dan gaulkan sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran yang telah digaulkan tadi pada wajah selama 30 minit atau biarkannya sehingga kering. Setelah kering, bersihkan wajah dengan air sejuk.

Menghilangkan bintik hitam
Potongkan limau nipis menjadi dua bahagian dan gosokkan pada wajah secara lembut dan perlahan-lahan. Biarkan ia kering terlebih dahaulu sebelum membasuh muka dengan air suam. Selepas itu, bilaskan pula wajah dengan air sejuk. Pastikan limau nipis tersebut tidak disapu pada bahagian kulit yang luka akibat jerawat kerana ia boleh menimbulkan rasa pedih.

Mengecilkan pori-pori
Potong limau secara nipis dan sapukan pada sekitar hidung dan pipi serta bahagian-bahagian yang berpori besar.

Menghalus dan mencerahkan kulit
Potong limau secara nipis dan sapukan pada bahagian kulit yang gelap dan kusam. Kulit anda pasti akan kelihatan lebih cerah dan halus jika diamalkan setiap hari.

MANFAAT LIMAU NIPIS YANG LAIN

Menghilangkan bau ketiak
Campurkan air perahan limau nipis bersama sedikit kapur sirih dan gosokkan di celah ketiak. Kemudian, bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali sehari dan anda pasti dapat rasakan perubahannya.

Membersih dan mencantikkan kuku
Gunakan air perahan limau nipis dan gosokkan pada kuku anda. Anda pasti gembira melihat hasilnya!

Melegakan ketegangan
Untuk melegakan ketegangan otot, hiriskan limau nipis dengan tipis dan perah limau tersebut untuk mendapatkan airnya. Perahan air limau tadi haruslah dicampurkan dengan sedikit air. Gosokkan pada bahagian tubuh yang dirasakan tegang. 

Arang untuk kecantikan

 

Arang merupakan karbon yang mengandungi oksigen serta boleh menyerap gas dan toksin berbahaya. Dalam segimen kecantikan, arang banyak memberi manfaat kepada tubuh badan antaranya:

1) Membersihkan muka dan melembutkan wajah
2) Mengurangkan jerawat dan bintik hitam
3) Membersih jauh ke dalam untuk menghapuskan kotoran dan minyak
4) Nyahkan toksik dalam kulit untuk kulit bebas radikal.
5) Menghilangkan parut jerawat
6) Menghilangkan bau badan
7) Menjadikan gigi lebih putih
8) Membersihkan kulit kepala dan mengurangkan kelemumur

Berikut merupakan rawatan ringkas yang boleh anda lakukan di rumah dengan menggunakan tablet arang.

 

Rawatan pemutihan gigi
Jika anda merasa gigi anda kurang bersinar dan berwarna kekuningan, jangan bazirkan duit untuk berjumpa pakar gigi. Sebaliknya, hancurkan tablet arang, letakkan ubat gigi di berus gigi anda dan celupkan berus gigi yang mengandungi ubat gigi tersebut dalam serbuk arang itu tadi. Pada mulanya, anda pasti kaget melihat mulut anda yang kehitaman, namun setelah dicuci, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya.

Masker arang
Hasilkan masker arang dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti lidah buaya. Hancurkan satu hingga dua tablet arang dan campurkan ia dengan minyak pokok teh dan gel lidah buaya untuk membuat pes. Lumurkan pada wajah anda dan biarkan ia kering. Setelah itu, bilas dan lap sehingga bersih. Kulit pasti akan menjadi lebih segar dan bermaya.

Skrub badan
Jika anda menghadapi masalah bau badan, anda boleh membuat skrub arang dengan gula perang, pati minyak dan tablet arang yang telah dihancurkan menjadi serbuk. Campurkan sekali bahan-bahan tersebut dalam satu bekas dan gaul sehingga sebati. Lumurkan di bahagian yang terbabit seperti di bahagian kaki atau bahagian bawah lengan dan urut bahagian tersebut sewaktu mandi. Kemudian, bilas badan anda sehingga kering. 

Siapa kata Melayu / Islam tidak makan Babi ?





Siapa kata Melayu / Islam tidak makan Babi ? Tepung yang telah rosak akan dikitar semula menggunakan ' Bleach ' khas untuk memutihkan tepung yang telah rosak. Tepung yang telah dibasuh menggunakan Bleach tidak mengandungi vitamin. Tepung yang tadi dikatakan tidak mengandungi vitamin akan ditambah dengan vitamin B.

Sumber Vitamin B

1. Tumbuh-tumbuhan
    - Proses untuk mendapatkan vitamin B tersebut agak mahal

2. Rusa
    - Nak cari Rusa zaman sekarang agak susah

3. Babi
    - Senang didapati
    - Vitamin B dari Babi akan diletakkan dalam tepung dengan kuantiti yang sedikit.

Chen Peng meninggal dunia di Bankok

 
" If  I'm a Malay, It would be very much easier for me. Unfortunately I'm not a Malay " - Chen Peng

Nampaknya tidak ada harapan untuk mendengar cerita sejarah versi Chin Peng untuk tujuan kajian dan perbandingan. Chin Peng mati dalam buangan dan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia meskipun beberapa usaha telah dibuat untuk membawa dia kembali sebelum ini.Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya ( PKM ) Chin Peng yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di satu hospital di Bangkok. Laporan Bangkok Post menyebut, Chin Peng, 90, meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi.

NeverWet - Hydrophobic


Objek yang disalut dengan NeverWet tidak akan dapat ditembusi oleh cecair mahupun minyak. Pendek kata kalis air.  Ini bukan sahaja menakjubkan untuk dilihat, tetapi ia menyelesaikan pelbagai masalah.


Cacing keluar masuk dalam lubang ZAKAR lelaki !


Macam-macam boleh jadi !  Dunia sekarang dan dahulu tetap masih sama. Tidak ada perubahan. Tetapi perangai manusia semakin menjadi-jadi. Inilah akibatnya jika sudah gila seks. Sanggup lakukan apa saja demi memuaskan nafsu.


Mayat manusia boleh dijadikan UBAT

 

1. Abu Mayat

Sejak abad ke-12 hingga ke abad ke-17, setiap kedai yang menjual ubat di Eropah banyak menyediakan bahan abu mayat ini. Abu mayat ini telah menjadi salah satu makanan kesihatan pada Abad Pertengahan dan dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dari sakit kepala hingga sakit di bahagian bawah badan. Plaster yang diperbuat daripada abu mayat juga boleh digunakan untuk mengubati tumor.

Permintaan akan abu mayat ini jauh lebih banyak berbanding kuantitinya kerana mayat tidak mudah dicari. Beberapa orang perlu menggali kubur mayat yang telah kering kemudian mengisarnya sampai halus dan dijual sebagai "abu mayat".


2. Man Mellified
"Ubat" ini dibuat dengan cara memandikan mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-80 tahun dan diberi makan madu. Setelah meninggal, biasanya dalam sebulan kemudian, mayatnya disimpan dalam peti mayat penuh dengan madu selama 100 tahun. Ubat ini boleh digunakan untuk mengubati patah tulang dan cedera. Metode ini ditemui dalam buku ilmu perubatan China yang ditulis oleh Li Shih-chen pada tahun 1597.


3. The King's Drops
Ramuan ini diperbuat daripada abu tengkorak manusia dan menjadi popular kerana sempat dipromosikan oleh kerajan British. Charles II dari British sangat tertarik terhadap ilmu kimia selama tempoh  pengasingannya di Perancis. Dia kemudiannya membeli hak paten ubat ini dari Jonathan Goddard, pakar bedah dan professor di London Gresham College.

King's Drops atau sebelumnya disebut Goddard's Drops ini kemudian menjadi terkenal. Charles II menghasilkan dan menjual sendiri ubat ini. Ubat ini dikatakan dapat meningkatkan kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Para doktor lain kemudiannya  mengembangkan ubat yang diperbuat daripada abu tengkorak ini dan salah seorangnya adalah Sir Kenelm Digby yang mengubati epilepsi dengan ubat ini.


4. Hati dan Darah Gladiator
Di zaman Rom kuno, hati dan darah manusia dianggap ubat yang mujarab untuk mengubati epilepsi. Paling mujarab lagi jika hati dan darahnya berasal dari kalangan gladiator yang sihat, kuat, dan berani. Bahkan, setelah sang galdiator terkena serangan yang membawa maut, ramai orang akan meminum darah dari lengan yang terpotong itu. Di sekitar Colosseum pada waktu itu dikatakan anda akan banyak menjumpai sang penjual darah segar para gladiator.


5. Air Tapisan Otak Manusia
Pada abad ke-17, air tapisan otak manusia lebih dipercayai dalam mengubati epilepsi daripada hati. Seorang doktor Inggeris bernama John French dan ahli kimia Jerman bernama Johann Schroeder menulis ramuan ubat ini. French membuat ramuannya dengan menghiris halus otak seorang pemuda kemudian direndam dengan anggur dan kotoran kuda selama setengah tahun sebelum disulingkan . Schroeder membuat ramuannya dengan melarutkan tiga otak manusia dengan air bunga lili, lavender, dan malmsey. Seluruh tubuh mayat kemudian dipotong-potong kecil dan ditumbuk halus untuk dicampurkan bersama dengan otak manusia dalam proses penyulingan tersebut.


6. Peluh Mayat
Seorang doktor pada abad ke-17 di Inggeris, George Thomson, percaya bahawa tidak ada satu pun daripada bahagian tubuh manusia yang tidak bermanfaat, termasuk lah peluh. Peluh yang diperolehi daripada tangan lelaki yang dihukum gantung juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit kusta dan ketuat. Bahkan pada abad ke-19, masih banyak orang mempraktikkan amalan menyentuh tangan mayat yang mati digantung pada kulit yang terkena penyakit.


7. Lemak Manusia
Untuk mereka yang menderita penyakit sendi tulang, kejang otot dan kerosakan saraf, lemak manusia yang dicampur bir serta lemak, darah dan sumsum haiwan akan digunakan untuk menyembuhkan penyakit mereka. Di beberapa wilayah di Eropah, para musuh perang yang telah mati akan dibawa ke makmal pengolahan, di mana mayat-mayat tadi akan direbus dan lemaknya diambil.

Zaman dahulu, algojo di Belanda yang juga merangkap sebagai ahli bedah akan menjual lemak manusia yang dihukum mati pada tempoh hari.

Sebuah artikel dalam American Journal of Pharmacy tahun 1922 mengatakan lemak yang disebut sebagai "Hangman's Salve" atau "Lemak si Pembuat Dosa" itu masih digunakan untuk mengubati tulang yang bergeser atau rosak di Belanda. Namun, perlu di ingatkan bahawa  Belanda telah melarang hukuman mati sejak 70 tahun yang lalu, jadi sulit untuk memastikan bahawa lemak itu asli ataupun tidak.


8. Kapsul Tai Bao
Ubat ini masih digunakan di China hingga ke hari ini. Kapsul Tai Bao dikatakan berisi abu plasenta atau  janin yang digugurkan. Ubat ini dianggap berkhasiat untuk meningkatkan stamina seks, mengubati asma, dan memcantikkan kulit. Dalam sebuah siasatan yang dilakukan oleh Marry Roach, iaitu doktor di Hospital Shenzhen di China mengakui bahawa kapsul ini memang mengandungi serbuk abu janin.



Black sah jadi suami dengan sekali lafaz

Black sah jadi suami dengan sekali lafaz 

HANYA dengan sekali lafaz tepat jam 12.06 tengahari, Hanifah Md Hanafiah, 26, atau lebih dikenali sebagai Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan.Black dan Chira telah diijabkabulkan oleh bapa Chira sendiri dengan mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.


Majlis pernikahan ini menyaksikan pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran berupa sepasang telekung, beg tangan Chanel, minyak wangi Bvlgari, sebentuk cincin, iPad Mini, sepersalinan baju serta kasut Charles & Keith, dan juga set kosmetik Kanebo, lapor ohbulan!Manakala pihak perempuan pula membalas dengan 9 dulang hantaran. Untuk pengetahuan, majlis pernikahan kedua mempelai ini telah dihadiri oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga.

Majlis persandingan Black dan Chira akan diadakan di dewan komuniti Bangsar pada waktu malam berkonsepkan ‘english contemporary’ untuk sebelah perempuan. Sebelah lelaki pula akan diadakan pada 14 September bertempat di Zebra Square, Kampung Pandan.Bagaimana pun, Black akan mengadakan majlis resepsi mereka untuk kali ketiga di padang bola PPRT Pantai Dalam pada hari Ahad, 15 September ini bagi meraikan hari bahagianya bersama para peminat di tempat dia membesar.

Polis Raja Di Malaysia

 

Gambar pihak RTM silap atau salah siar logo PDRM telah cetus kontroversi. Kejadian itu berpunca akibat daripada tindakan salah seorang kakitangan RTM menyiarkan logo PDRM yang berjudul “Polis Raja Di Malaysia”. Ini merupakan kesalahan yang memalukan dan ada juga mendakwa ianya berkaitan dengan unsur sabatoj. Permohonan maaf telah dibuat secara terbuka oleh RTM berhubung isu tersebut. Pada masa yang sama, RTM telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM pada 10 september 2013 dalam Berita Nasional 12 malam .