Permit Securiforce Sdn Bhd dibatalkan serta-merta oleh KDN

 


Kini telah menjadi perbualan secara terbuka dimana-mana saja bahawa pengawal keselamatan yang menembak mati seorang wanita Pegawai Bank AmBank baru-baru ini, serta melarikan sejumlah wang. Pengawal tersebut berkerja dengan syarikat yang dimiliki oleh seorang exco wanita UMNO Malaysia Securiforce Sdn Bhd. Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce) ialah Datuk Maznah Hamid.

Jika kisah ini benar maka perlu pihak berwajib dan penguatkuasa yang mengeluarkan lesen dan permit kepada syarikat keselamatan yang membolehkan para pengawalnya membawa dan menggunakan senjata api memberi penjelasan kepada Rakyat Malaysia kerana di percayai juga pengawal keselamatan berkenaan memiliki MyKad Palsu.

Rakyat ingin tahu akan kebenaran sehingga ke akar umbi tanpa ada sebarang percubaan untuk melindungi pihak tertentu.Setahu Penulis Kementerian Dalam Negeri mempunyai prosedur dan tata cara yang amat ketat untuk mengeluarkan lesen kepada pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.Jika ada sebarang perlanggaran syarat permit dan lesen di keluarkan kepada Syarikat Securiforce Sdn Bhd jatuhkan hukuman berat. Jika benar pengawal keselamatan ini bertugas dan berkhidmat dengan Syarikat Securiforce Sdn Bhd, perlu dan wajar segera diambil tindakan. Kalau perlu heret Pengarah Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd ke muka pengadilan dipersilakan tanpa ada perasaan gentar dan memihak.





No comments:

Post a Comment