Dr.M Sang kuku besi dan penipu rakyat

 

Dr. Mahathir adalah perdana menteri yang KUKU BESI & PENIPU RAKYAT khususnya kepada rakyat Sabah..dia pernah memberi nasihat kepada Datuk Dr. Jeffry Kitingan tentang 20 PERKARA, Mahathir berkata: " Jeffry, orang-orang kampung tidak tahu tentang hak-hak negeri Sabah dan 20 PERKARA, kenapa kita harus memberitahu mereka? "

Apabila Datuk Dr. Jeffry Kitingan bertanya kepada Mahathir untuk menambah royalti negeri ini daripada pendapatan minyaknya, Mahathir berkata: "Kamu bernasib baik Kerajaan Persekutuan memberi kamu 5%. Ingat bahawa tidak ada minyak di Sabah sehinggalah Malaysia wujud . . ."

Apa yang diperkatakan oleh Mahathir ialah negeri ini tidak mempunyai hak kepada minyak dan hasil buminya dan bukan Tuhan yang memberikan kita minyak tetapi Malaysia yang memberikanya.Objektif lain Mahathir ialah untuk menjadikan Sabah sebagai tanah jajahan atau sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu. Dia berkata: " . . . .hak-hak negeri adalah sementara. Sabah adalah sepatutnya sama seperti Kedah ataupun Perlis . . ."

Ini adalah jelas bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman sewaktu pembentukan Malaysia, bila mana dia berkata: "Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi negeri yang ke-13 atau ke-14 negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) kerana mereka akan masuk sebagai rakan yang sama taraf (dengan Persekutuan Tanah Melayu) dan mendapat kuasa dan status yang sama . . ."



No comments:

Post a Comment