Rowan Atkinson tidak peluk agama Islam

 

Berita mengenai pelawak terkenal dunia Rowan Atkinson yang dikatakan memeluk Islam nampaknya tidak benar sama sekali apabila jurucakap Rowan, Lucy mengesahkan bahawa pelawak yang popular dengan drama bersiri "Mr Bean" itu tidak berhasrat untuk memeluk Islam.

"Setahu saya, Rowan Atkinson tidak memeluk agama Islam," ujar Lucy. 

Berita ini mula tersebar menyatakan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam selepas menonton filem " Innocence of Muslim " iaitu sebuah filem kontroversi yang menghina Nabi Muhamad S.A.W. 

Apa yang menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah sumber itu turut medakwa tokoh agama dari Tunisia Sheikh Rashid Ghannousyi yang menjadi pembimbing dan individu bertanggujawab mengajar Rowan tentang Islam.


1 comment: