29 buah kenderaan polis itu juga turut jatuh ke laut ?



Setakat ini, orang awam dimaklumkan oleh ketua polis negara dan menteri dalam negeri bahawa senjata api yang hilang itu berkemungkinan jatuh ke dalam laut. Laporan audit mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 44 senjat api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain berjumlah RM1.3 juta. Bercakap tentang 29 kenderaan yang hilang. Adakah 29 buah kenderaan polis itu juga turut jatuh ke laut  ?

Situasi 1
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendakwa bahawa beliau telah memaklumkan kehilangan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie dan 22 radio kepada Jabatan Audit, tetapi ia tidak dimasukkan dalam laporan.

Situasi 2
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang  menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai peralatannya yang hilang.

* Ada kemungkinan Ketua Audit Negara telah bercakap benar manakala Datuk Seri Ahmad Zahid tidak bercakap benar atau sebaliknya ?

No comments:

Post a Comment