Keluar dari Malaysia : Pelawaan Isma disambut baik

 

Seringkali rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pelbagai keputusan dan tindakan kerajaan Barisan Nasional disergah agar keluar meninggalkan Malaysia, jika tidak berpuas hati.Isu keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald, tidak terlepas daripada seruan dan sergahan ini.Tempiasnya dirasai oleh rakyat Malaysia yang beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Rasanya, pada kali ini lebih ramai rakyat yang akan bersetuju dengan seruan 'keluar daripada Malaysia' sama ada yang berada di Sabah dan Sarawak, mahupun di Semenanjung.

Bagi rakyat di Sabah dan Sarawak yang majoriti beragama Kristian sudah pasti menerima seruan ini dengan dada yang lapang. Begitu juga sebahagian besar rakyat Malaysia di sebelah Semenanjung, yang berkemungkinan mengalu-alukan Sabah dan Sarawak keluar meninggalkan Malaysia kerana tindakan ini bolehlah dianggap sebagai situasi 'win-win'.Kebanyakan rakyat pengundi di Sabah dan Sarawak yang selama ini mengundi Barisan Nasional untuk berkuasa di peringkat nasional sering merasakan mereka terpinggir daripada pelbagai segi infra-struktur, walaupun memiliki hasil bumi yang melimpah-ruah.

 Namun hasil mahsul produk petroleum dan kayu-kayan tidak dinikmati oleh anak-anak peribumi Sabah dan Sarawak kecuali beberapa kerat golongan elitis yang akrab dengan kerajaan yang berpusat di Putrajaya.Mungkin dengan membawa Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia seperti sebelum tahun 1963, akan membolehkan peribumi Sabah dan Sarawak menentukan hala-tuju sendiri. Kami rakyat di sebelah Semenanjung, tidak rugi apa-apa kerana masih memiliki telaga-telaga minyak di sekitar perairan Kelantan dan Terangganu.

Dan sebahagian besar rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung pastinya amat mengalu-alukan tindakan tersebut kerana selama Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, nasib dan masa depan rakyat di Semenanjung seringkali ditentukan oleh undi penentu daripada Sabah dan Sarawak.Undi yang disumbangkan oleh pengundi di Sabah dan Sarawak telah berjaya mengekalkan pemerintahan korup kerajaan Barisan Nasional walaupun rakyat di sini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menukar kerajaan Barisan Nasional yang terbukti sudah terlalu korup, namun telah dikecewakan dengan undi daripada Sabah dan Sarawak.

Dengan lain perkataan, sebahagian besar pengundi 'buta huruf' dan 'buta maklumat' yang tinggal di daerah pedalaman di Sabah dan Sarawak sebenarnya berperanan memilih kerajaan di peringkat persekutuan dan seterusnya menentukan kehidupan rakyat di Semenanjung Malaysia!Tanpa pengundi daripada Sabah dan Sarawak, kerajaan Barisan Nasional tidak akan dapat terus mencengkam kuasa sehingga ke hari ini. Tanpa undi mereka, kemungkinan rakyat di Semenanjung telah pun dapat hidup dengan lebih selesa dengan ketiadaan kenaikan harga petroleum serta barangan keperluan harian, ketiadaan tol di lebuhraya dan akan berkurang laporan ketirisan perbelanjaan negara yang saban tahun ditimbulkan oleh Ketua Audit Negara gara-gara pengurusan 'bodoh' yang tidak boleh didakwa !

Pengundi rakyat Sabah dan Sarawak, sekarang bola berada di kaki anda. Kami mengalu-alukan Sabah dan Sarawak untuk keluar meninggalkan Malaysia dan menjadi negara yang merdeka seperti Negara Brunei Darussalam dan Singapura. APA DITUNGGU LAGI ?

 Keluar dari Malaysia : Pelawaan Isma disambut baik

Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka. 

“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.

Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo.Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…” “Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son

Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.

“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak

Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”

Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman  (gambar) berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini.

“Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama,” ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin

Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang








 
 


Ulasan Penulis

Penulis menyokong penuh hasrat rata-rata rakyat Sabah / Sarawak untuk keluar dari Kerajaan Persekutuan Malaysia. Keluar sebelum masalah bertambah parah dan merebak ke Sabah / Sarawak. Ini adalah untuk kebaikan bersama.

* Sabah ada HAK untuk berpisah dengan Persekutuan


No comments:

Post a Comment