Sabah ialah Negara dalam Negara

 

Pada 2010, Bank Dunia dengan ‘lunaknya’ mendakwa bahawa Sabah negeri yang pada dasarnya adalah ‘Negara dalam Negara’ lebih miskin daripada Perlis dan terus memecah rekod ‘Guinness World of Book Record’ sebagai ‘negara’ yang termiskin di dunia?

Bank Dunia boleh berkata apa sahaja, tetapi sebagai rakyat Negara Sabah yang ‘bermaruah’ harus membela nama baik Negara mereka dan mengajar Kerajaan Persekutuan tentang hak yang dinafikan selama ini terutama agihan kekayaan yang tidak seimbang setelah tarafnya sebagai ‘Negara’ diturunkan sebagai ‘Negeri’ .

Status ‘Yang Di Pertuan Negara’ yang dijenamakan semula sebagai ‘Yang Di Pertua Negeri’ menunjukkan Sabah telah kehilangan status Negara dan terpaksa melutut kepada Kerajaan Persekutuan kerana semua hasil cukai disedut masuk ke akaun ‘Hasil Yang Disatukan’ dan hanya menerima sekitar 5% sahaja, sekadar nyawa-nyawa ikan untuk membangunkan negeri yang dimungkiri janji ‘Sabah Baru’ pada 1994.
Namun kata pepatah, ‘hati gajah sama dilapah dan hati nyamuk sama dicecah’ tidak berlaku dalam hubungan Negara Sabah dengan Kerajaan Persekutuan yang masih curiga untuk membenarkan Sabah berdiri sebagai sebuah kuasa ‘autonomi.

Setelah menjahanamkan politik Sabah dengan Projek X-Files ‘Pendatang Asing Tanpa Izin’ dengan membawa lebih 322,903 warga Filipina, Indonesia, India, Pakistan sebagai ‘Pengundi Untuk Disewa’ dan diberi kerakyatan Malaysia melalui jalan songsang; kini jumlah mereka sudah terlalu mendominasi demografi Sabah seramai lebih 1.7 juta mendatangkan ancaman yang besar kepada Sabah, bahkan Malaysia.
  


No comments:

Post a Comment