Ewon bantah kenyataan Mufti Sabah


Isu kenyataan Mufti ‘melayukan’ bangsa Kadazan Dusun Murut (KDM) terus mendapat reaksi negatif daripada pimpinan Sabah.Terbaru Ahli Parlimen Ranau, Datuk Ewon Ebin mengeluarkan kenyataan sebagai bantahan dan menyelar cadangan Mufti Negeri.“Sebagai seorang yang berbangsa Dusun dan seorang jemaah Menteri di Malaysia yang mewakili masyarakat Dusun dan Murut membuat pendirian yang jelas bahawa saya tidak bersetuju sama sekali dan membantah cadangan Mufti Negeri Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar untuk mengadakan program ‘Memelayukan’ orang-orang KDM yang beragama Islam,” ujar beliau 

Beliau juga menambah bahawa beliau telah melihat dan meneliti setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Mufti tersebut melalui media sosial dan beliau membuat satu kesimpulan.“Mufti tersebut memaparkan kecetekan ilmu dan kurangnya sensitiviti beliau apabila mengatakan atau menggelarkan terma bangsa ‘Kadazan’ ini adalah bangsa yang direka-reka.“Bangsa Kadazan ini sudah wujud sebelum Pembentukan Malaysia lagi seperti dalam tulisan Owen Rutter dalam bukunya bertajuk ‘The Pagan of North Borneo’ yang diterbitkan pada tahun 1929,“Malahan buku tersebut juga ada mencatat bahawa ‘Dusun’ biasanya menggambarkan diri mereka secara umum sebagai ‘tulun tindal’ atau, di Pantai Barat, khususnya Papar sebagai Kadazan.” tegas beliau 

Mufti Negeri Sabah membuat cadangan tersebut semasa Simposium ‘Facing Foreign Agenda’ yang dianjurkan bersama oleh Badan Bukan Kerajaaan (NGO) Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pembina pada 28 September lepas.Kenyataan tersebut membangkitkan kemarahan rakyat Sabah dan terkini Kesatuan Kadazan Sabah (KSS) yang telah menyaman Mufti terbabit.Ewon berpendirian tegas bahawa agama dan bangsa adalah dua perkara yang berbeza.“Jangan ada pihak cuba untuk meniadakan hak kita dengan mengubah bangsa atau etnik yang kita warisi sejak turun temurun dengan mempunyai agenda tersembunyi, 

“Masyarakat Dusun yang saya wakili di parlimen Ranau di mana sebahagian besarnya beragama Islam tidak rela ditukar bangsa atau etnik mereka,“Dari bangsa Dusun ke bangsa Melayu walaupun mereka ini beragama Islam sejak dahulu lagi. Seorang Dusun tidak boleh sesuka hati ditukarkan kepada seorang Melayu kerana menentukan agamanya, Islam.” tegas beliau.Ewon juga berkata bahawa beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet pada 9 Oktober.

No comments:

Post a Comment