Dyana Sofya Mohd Daud : Wujud akaun Facebook palsu



Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud membuat laporan polis berikutan akaun laman sosial Facebook palsu yang dibuat terhadapnya.Laporan itu dibuat 9 Oktober lalu di Balai Polis Mutiara Rini, Nusajaya, Johor.Dyana berkata, laporan polis dibuat selepas beliau mendapati butir pengenalan diri dan namanya disalahgunakan.Dyana meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat siasatan dan bertindak ke atas pihak berkenaan. 

Sebelum ini, Dyana bekas pelajar UiTM itu disifatkan oleh penyokong tegar Umno sebagai pengkhianat Melayu apabila mencadangkan universitinya itu membuka pintu kepada orang bukan Melayu.Gadis ini pernah mencuri tumpuan apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu sidang media khas menjelang pilihan raya umum lalu di Johor Bahru. 

Dyana yang dikatakan berasal dari keluarga yang aktif dengan Umno, menjadi Setiausaha Politik kepada Lim di Parlimen Gelang Patah selepas pemimpin veteran DAP itu menang pada pilihan raya umum lalu.Dyana mencetuskan polemik baru apabila secara terbuka mencadangkan supaya UiTM dibuka untuk semua kaum.“Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.“Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran sama seperti kita bayar di UiTM,” katanya dalam wawancara dengan sebuah portal.

Komen Pengguna Yahoo
Antara komen berbaur lucah oleh insan yang bernama ROZAD. Inilah antara manusia yang mendapat didikan daripada UMNO. Dalam Barisan Nasional mesti ada babak lucah. Bukan setakat itu,Babak lucah dengan video seks adalah antara senjata utama untuk menjatuhkan musuh politik mereka. Siapa yang tidak kenal dengan Chua Soi Lek yang terkenal dengan skandal seks ? Chua Soi Lek hero utama patut dijadikan contoh pemimpin yang bersih.


 

Ulasan Penulis
Pemimpin kotor,rakyat juga kotor. Kata-kata lucah tidak terpisah bersama penyokong tegar Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment