6 sebab mengapa Dr Mahathir mahu sekat internet


 

Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan jika beliau kembali sebagai perdana menteri, beliau akan menapis internet. Ia langsung tidak menghairankan.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.

Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.

3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.

5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua

Ada orang marah bila volume masjid / surau terlalu kuat




Untuk lebih jelas sila klik gambar. Dalam negara majmuk kena ada sifat toleransi. Dalam hal agama dan adat resam tidak boleh komen. Marah itu boleh. Tetapi jangan luahkan dalam mana-mana laman sesawang seperti dalam facebook kerana ada orang akan ambil kesempatan dalam kesempitan. 

Paku Pakis tidak boleh nafikan sekiranya rumah berdekatan dengan surau mahupun masjid. Memang bising. Tetapi apa kita boleh buat ? Itu hak mereka untuk beragama dan mengamalkan ajaran agama seperti mana apa yang mereka percaya. Apa perasaan anda sekiranya orang kata dilarang menyambut Tahun Bahru Cina ? Mesti rasa kurang senang bukan ? Maklumlah Tahun Baru China banyak bising meletup sana sini. Sakit telinga dibuatnya.




Hilangkan Malaysia dari peta dunia atau patuhi 18/20

 

Hilangkan Malaysia dari peta dunia atau patuhi 18/20. Pisahkan Sabah Sarawak dari Persekutuan Malaysia seandainya tidak lagi mampu melindungi hak-hak Sabah Sarawak.Ceraikan Sabah Sarawak. Susah sangatkah mematuhi Perkara 18/20 ? Telah begitu banyak hak-hak Sabah Sarawak dicabuli.

Sebagai anak muda yang waras, jangan salahkan kami generasi baru menuntut Sabah dan Sarawak supaya berpisah dari Persekutuan Malaysia kerana kami anak muda generasi baru bukan lagi sama seperti anak muda zaman yang lalu yang mampu diperbodohkan. Percayalah Malaysia mampu dilenyapkan dari peta dunia atas nama perjuangan menuntut keluar dari Persekutuan Malaysia.

Sebagai anak muda yang waras,  kami sangat benci bila mana hak-hak kami diketepikan. Kenapa kami anak muda generasi baru benci tinggal bersama dengan Malaysia. Anda tahu kenapa ? Hak-hak kami dicabul ( Perkara 18/20  ). Bangsa Melayu yang rasis. Kami anak muda tidak dapat menafikan bahawa Bangsa Melayu memang rasis. Kenapa saya katakan rasis ?

Malaysia bukan hanya milik bangsa Melayu.Sikit-sikit Ketuanan Melayu. Jangan lupa bahawa Sabah dan Sarawak majoriti bukan Melayu. Bangsa Melayu jangan sesekali bermimpi disiang hari bahawa Malaysia milik Ketuanan Melayu.Sabah Sarawak memang terkenal dengan budaya dan adat resam yang aman dan damai tanpa mengira latar belakang agama. 

Namun, yang peliknya di Malaysia khususnya Persekutuan Tanah Melayu sibuk sangat memainkan isu agama. Seandainya, di Sabah dan Sarawak boleh hidup aman damai tidak ada krisis agama, mengapa Semananjung tidak boleh mencontohi Sabah dan Sarawak ? Kami anak-anak muda semakin hari semakin risau sifat rasis kaum Melayu dibawa masuk di Sabah Sarawak. Lebih baik keluar cepat dari Malaysia daripada korbankan keharmonian kaum yang sememangnya aman.

Rasisnya Ketuanan Melayu boleh menghakis keharmonian Sabah Sarawak. Penulis bukan bercakap bahawa Melayu itu semuanya rasis. Tidak semuanya rasis. Penulis bukan bercakap bahawa kaum lain tidak ada yang bersifat rasis. Setiap kaum ada yang bersifat rasis mengalahkan perangai setan.Namun, penulis tekankan bahawa Kaum Melayu dibawah payung Ketuanan Melayu memang rasis. Sifat rasis yang sangat menonjol. Apa contoh ? PERKOSA, UTUSAN MELOYA, UMNO, ISMA dan sebagainya.Memang banyak contoh. Semua contoh diatas ikut acuan pemimpin Melayu bukan ? Semuanya rasis.

Bolehkah Sabah Sarawak keluar dari Malaysia ? Sabah Sarawak boleh keluar dari Malaysia. Namun, ada Professor kangkung diseberang sana mengatakan Sabah Sarawak tidak boleh keluar dari Malaysia ? Dahlah Professor Kangkung atau memang sengaja mengelirukan orang ramai ? Inilah, yang baiknya bahawa kami anak-anak muda generasi baru tahu hak kami.Terima kasih kepada semua yang terlibat membangkitkan kesedaran kepada anak-anak muda tentang hak-hak Sabah Sarawak.

Perkara 7: Tidak ada hak untuk menarik diri daripada Persekutuan.Perkara ini adalah bertentangan dengan semangat pembentukan Malaysia oleh kerana mengikut Perkara 20, Sabah dan Sarawak tidak boleh berpisah langsung daripada Persekutuan walaupun mereka diskriminasi dan ditindas.

Lord Lansdowne memberi alasan tidak memasukkan peruntukan pemisahan di dalam Perlembagaan Malaysia oleh kerana “mana-mana Negeri secara sukarela memasuki persekutuan mempunyai hak intrinsik untuk menarik diri, oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam Perlembagaan”.  Apa yang dimaksudkan oleh Lord Lansdowne bahawa Sabah dan Sarawak adalah bebas apabila membentuk Malaysia oleh itu mereka juga bebas untuk meninggalkan Persekutuan.

Sabah dan Sarawak tidak memerlukan Perkara 2 Perlembagaan Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia; Sabah dan Sarawak tidak perlu mendapat persetujuan daripada setiap negeri-negeri di Persekutuan Malaya untuk keluar; Sabah dan Sarawak tidak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk meninggalkan Malaysia.  Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah untuk meluluskan satu resolusi dalam Dewan Undangan Negeri masing masing untuk meninggalkan Malaysia, Sabah dan Sarawak secara serta merta boleh menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.  Ini lah langkah yang telah di ambil oleh Singapura dalam tahun 1965.

Bercakap tentang Singapura, Singapura “dikeluarkan”, “ditendang” atau “disingkirkan” daripada Malaysia, mereka membuat kenyataan salah.  Bukti daripada dokumen-dokumen rasmi menunjukkan bahawa Singapura telah meninggalkan Malaysia pada 7 Julai 1965, dua hari penuh sebelum Rang Undang-undang Pemisahan Singapura dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Ini sebabnya semua ahli PAP (Singapura) kecuali MP Bangsar tidak menghadiri didalam sidang Parlimen tersebut kerana mereka bukan lagi rakyat Malaysia.  Rang Undang-undang ini memerlukan tiga bacaan (selalunya hanya dua bacaan) dan telah diluluskan dalam tempoh 4 jam.Kepantasan kelulusan ini lebih menunjukkan kepada usaha Malaysia untuk “menutup malu” dan bukan untuk “mengeluarkan”,”menendang” atau”menyinkir” Singapura dari Malaysia.


Permohonan calon guru tajaan KPM lulusan SPM diterima

Nak jadi guru ? Inilah peluang anda untuk menjadi seorang guru yang boleh mendidik anak bangsa permata negara. Guru merupakan kerjaya yang mulia dimana mendidik anak-anak murid bukanlah senang. Sangat susah. Untuk tidak membuang masa para pembaca ada baik Pakis Monyet beri tunjuk ajar serba sedikit cara untuk memohon jawatan tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

1 . Klik link ini http://www.moe.gov.my

2 . Klik link dalam kurungan merah 

 

3. Klik lagi  link dalam kurungan merah

 

4. Dan anda akan melihat paparan seperti ini. Selepas itu.

 

5. Fokus kepada bahagian kanan website tersebut. Anda akan melihat kotak kosong yang perlu diisi. Sila klik ' Daftar Baru '

 

6. Paparan seperti ini akan anda nampak dan sila isikan No.Kad Pengenalan anda. Perhatian, umur mestilah tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 yang mana ia dikhususkan kepada mereka yang lahir pada atau selepas 30 Jun 1994

 

7.Jikalau anda memenuhi kriteria tersebut maka anda akan masuk ke ruangan ini.

 

Setakat ini sahaja Pakis Monyet dapat membantu. Maka dengan itu, Pakis Monyet ingin mengucapkan semoga berjaya dan adilah warga pendidik anak bangsa yang sejati.





Memahami IGC dan Perjanjian Malaysia 1963

 
 

Masih terdapat kekeliruan di kalangan ahli akademik dan penyelidik profesional terutamanya mereka yang berasal dari Malaya ketika membuat kajian terhadap perspektif sejarah dan pembentukan Malaysia.  Ini jelas melibatkan tajuk yang luas dan tidak adil untuk kertas ini dapat menerangkan setiap perkara yang terlibat.  Oleh itu kertas ini akan cuba untuk menerangkan isu-isu asas yang berkaitan dan bertujuan mengurangkan kekeliruan diantara ahli akademik dan penyelidik khususnya yang datang dari Malaya.  Kertas kerja ini di harapkan dapat dijadikan asas perbincangan kepada pembentukan Malaysia.

Untuk memahami pembentukan Malaysia dengan lebih baik, Dokumen British di Akhir Empire, Siri B Jilid 8 – MALAYSIA disunting oleh AJ Stockwell adalah buku yang wajib dibaca untuk setiap penyelidik yang serius.  Selain buku ini laporan, rang undang-undang dan enakmen berikut juga mesti menjadi sebahagian daripada bahan-bahan penyelidikan.

  1.      The Cobbold Commission Report 1962
  2.      The Inter-Government Committee Report (IGC) 1963
  3.      The Malaysia Agreement 1963
  4.     The Malaysia Constitution both as a Bill in the Annex A of the Malaysia Agreement 1963 and the original version approved by Parliament.

Laporan Suruhanjaya Reid adalah bahan bacaan perlu untuk memahami asas penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaya.  Di sini wujud salah faham ketara para ahli akademik penyelidikan Perlembagaan khususnya penyelidik dari Malaya.  Ini di sebabkan tidak ada perlembagaan baru digubal bagi Malaysia, Perlembagaan Malaysia dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaya namun diubah dengan menambah perlindungan dan kaveat terutamanya bagi Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai pra-syarat bagi pembentukan Malaysia.

Salah faham oleh para ahli akademik dan penyelidik seperti ini, kini merebak ke domain awam dan ia perlu di perbetukan, sekiranya tidak, ini akan mewujudkan kekeliruan kepada para serjana Perlembagaan, Pengamal undang undang dan para pelajar undang undang di masa hadapan.

Dua pakar akademik dan penyelidik terkemuka di Malaysia ia itu bekas Profesor dari Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan dan Dr Wong Chin Huat, felo di Institut Pulau Pinang dan pemikir kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat tuntutan bahawa Sabah dan Sarawak tidak boleh menarik diri dari Malaysia berdasarkan Artikel 2 Perlembagaan Malaysia.  Kenyataan mereka ini salah dan tidak berasas, ini kerana Perkara 2 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa:

Perkara 2. Penerimaan masuk wilayah-wilayah baru ke dalam Persekutuan.

Parlimen boleh melalui undang-undang

(a) menerima masuk Negeri-negeri lain ke dalam Persekutuan;

(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri, tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.

Ekstrak diatas dari Perlembagaan Malaysia merupakan peruntukan untuk kemasukan negara/negeri ke dalam Persekutuan dan peruntukan untuk mengubah persempadanan.  Perkara 2 Perlembagaan Malaysia tidak pun menyebut tentang pemisahan atau perkara untuk meninggalkan Persekutuan.  Perlembagaan Malaysia tidak ada peruntukan tersurat atau tersirat untuk pemisahan mau pun meninggalkan Persekutuan.  Bagaimana boleh pakar akademik dan penyelidik membuat rumusan seperti di atas?

Satu-satunya penjelasan yang munasabah kenapa Perlembagaan Malaysia tidak mempunyai fasal pemisahan telah diberikan oleh Lord Lansdowne Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Government Committee (IGC)) yang mempunyai tugas “untuk menyediakan perkiraan perlembagaan akan datang, termasuk perlindungan untuk kepentingan khas Borneo Utara dan Sarawak untuk menampung perkara-perkara seperti kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen Persekutuan, kedudukan penduduk asli, kawalan imigresen, kewarganegaraan dan Perlembagaan Negeri”

Terdapat 2 perkara yang kita perlu sedar di sepanjang hayat kerja IGC ini.

Pertama, pada masa ini lah terdapat 5 parti-parti politik dari Sabah yang mengemukakan memorandum mereka pada 29 Ogos 1962 kepada Lord Lansdowne.  Sekarang memorandum ini dikenali sebagai 20 Perkara.  Terdapat salah faham diantara orang Sabah sendiri yang mengiktiraf 20 Perkara ini sebagai satu “perjanjian” atau asas Perjanjian Malaysia 1963.  Dokumen ini bukan perjanjian atau asas perjanjian ia hanya satu memorandum yang diserahkan kepada Lord Lansdowne untuk pertimbangan beliau tidak lebih, tidak kurang.  Sesiapa yang menyatakan Perkara 20 ini sebagai satu perjanjian atau asas perjanjian, mereka hanya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Kedua, peruntukan pemisahan tidak dimasukkan dalam laporan IGC atau pun Perlembagaan Malaysia, walaupun ia adalah salah satu perkara yang tersenarai dalam Perkara 20.  Perkara 7 menyatakan:

Perkara 7: Tidak ada hak untuk menarik diri daripada Persekutuan

Perkara ini adalah bertentangan dengan semangat pembentukan Malaysia oleh kerana mengikut Perkara 20, Sabah dan Sarawak tidak boleh berpisah langsung daripada Persekutuan walaupun mereka diskriminasi dan ditindas.

Lord Lansdowne memberi alasan tidak memasukkan peruntukan pemisahan di dalam Perlembagaan Malaysia oleh kerana “mana-mana Negeri secara sukarela memasuki persekutuan mempunyai hak intrinsik untuk menarik diri, oleh itu tidak perlu untuk memasukkannya ke dalam Perlembagaan”.  Apa yang dimaksudkan oleh Lord Lansdowne bahawa Sabah dan Sarawak adalah bebas apabila membentuk Malaysia oleh itu mereka juga bebas untuk meninggalkan Persekutuan.

Sabah dan Sarawak tidak memerlukan Perkara 2 Perlembagaan Malaysia untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia; Sabah dan Sarawak tidak perlu mendapat persetujuan daripada setiap negeri-negeri di Persekutuan Malaya untuk keluar; Sabah dan Sarawak tidak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk meninggalkan Malaysia.  Apa yang Sabah dan Sarawak perlu lakukan ialah untuk meluluskan satu resolusi dalam Dewan Undangan Negeri masing masing untuk meninggalkan Malaysia, Sabah dan Sarawak secara serta merta boleh menjadi sebuah negara merdeka dan berdaulat.  Ini lah langkah yang telah di ambil oleh Singapura dalam tahun 1965.

Oleh itu apabila kedua-dua profesor tadi berkata bahawa Singapura “dikeluarkan”, “ditendang” atau “disingkirkan” daripada Malaysia, mereka membuat kenyataan salah.  Bukti daripada dokumen-dokumen rasmi menunjukkan bahawa Singapura telah meninggalkan Malaysia pada 7 Julai 1965, 2 hari penuh sebelum Rang Undang-undang Pemisahan Singapura dibentangkan di Parlimen Malaysia.  Ini sebabnya semua ahli PAP (Singapura) kecuali MP Bangsar tidak menghadiri didalam sidang Parlimen tersebut kerana mereka bukan lagi rakyat Malaysia.  Rang Undang-undang ini memerlukan tiga bacaan (selalunya hanya dua bacaan) dan telah diluluskan dalam tempoh 4 jam!.  Kepantasan kelulusan ini lebih menunjukkan kepada usaha Malaysia untuk “menutup malu” dan bukan untuk “mengeluarkan”,”menendang” atau”menyinkir” Singapura dari Malaysia.

Sekiranya profesor dan pakar penyelidik ini telah melakukan penyelidikan mereka secara menyeluruh sudah tentu mereka menjumpai kenyataan yang dibuat oleh Lord Lansdowne dan perbincangan dalam Hansard Parlimen Malaysia bertarikh 9hb Ogos 1965.

Persendaan Keadilan (Travesty of Justice)

Usaha untuk menafikan hak-hak Sabah dan Sarawak sudah meresap ke semua peringkat masyarakat di Malaysia khususnya mereka yang datang dari Malaya. Contoh terkini dapat di lihat berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Hakim Negara Malaysia Tun Arifin bin Zakaria, dalam pelancaran buku, “Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak” yang ditulis oleh seorang peguam yang berkerja di Sabah, Sukumaran Venugopal daripada Persatuan Undang-Undang Sabah beliau berkata “Laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah diterbitkan pada 1 Ogos 1962 mengandungi kesimpulan sebulat suara bahawa Persekutuan Malaysia adalah yang terbaik demi kepentingan Sabah dan Sarawak”.

Kesimpulan sebulat suara yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Negara jelas merujuk kepada kesimpulan Lord Cobbold dalam laporan Suruhanjaya Cobbold di mana beliau berkata bahawa 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia, 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak memberi sokongan tetapi dengan perlindungan yang dipersetujui, dan 1/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak tidak bersetuju untuk membentuk Malaysia.  Berdasarkan kepada keputusan ini, Kerajaan British dan Persekutuan Malaya memutuskan bahawa 2/3 daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong idea membentuk Malaysia.  Apa yang mereka tidak mahu orang ramai tahu ialah masa depan rakyat Sabah dan Sarawak sebenarnya telah ditipu oleh British dan Persekutuan Malaya.

Jika Ketua Hakim Negara telah membaca Laporan Suruhanjaya Cobbold beliau sudah tentu tahu bahawa Laporan Suruhanjaya Cobbold hanyalah satu persendaan terhadap keadilan dan tidak seharusnya mengaitkan dirinya dengan perkara seperti ini, kecuali jika beliau adalah sebahagian daripada persendaan ini.

Ketua Hakim Negara sepatutnya tahu bahawa Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak.  Suruhanjaya Cobbold bertemu dengan 4,000 penduduk dari Sabah dan Sarawak daripada jumlah penduduk negeri Borneo ini seramai 1.2 juta.  Disamping itu, Suruhanjaya Cobbold juga menerima 2,200 memo dan surat daripada rakyat Sabah dan Sarawak.  Suruhanjaya Cobbold telah mengumpul pandangan daripada rakyat, yang bermakna tugas mereka bukan untuk mendapatkan pungutan suara atau satu referendum untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Terdapat dilaporkan didalam berita tempatan bahawa lebih daripada 7,000 orang menunjuk perasaan di hadapan di ibu pejabat SUPP di Kucing yang membantah pembentukan Malaysia.  Bilangan penunjuk perasaan di Kuching sahaja sudah lebih daripada cukup untuk mengatasi 4,000 orang yang di dakwa oleh Lord Cobbold mereka telah bertemu – Bukti yang cukup berasaskan rekod yang lengkap dengan dokumen-dokumen rasmi dan gambar.

Suruhanjaya Cobbold menyiapkan kerja mereka pada 1 Ogos 1962 dan mengemukakan laporan itu melalui – CMND 1794 kepada kerajaan British dan Persekutuan Malaya.  Laporan ini tidak di maklumkan kepada orang ramai sehingga laporan tersebut dituntut secara terbuka oleh Donald Stephen.  Laporan Suruhanjaya Cobbold merupakan pelopor kepada pembentukan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan atau IGC.

Ini sudah jelas bahawa laporan ICG adalah asas dalam merangka Perjanjian Malaysia 1963.  Namun, laporan IGC dan Perjanjian Malaysia sahaja tidak boleh meliputi keseluruhan isu menubuhkan Persekutuan yang baru – Perjanjian Malaysia 1963 yang sepatutnya menjadi dokumen hidup.  Sudah tentu terdapat masa dimana isu-isu lain mungkin timbul dan ruang untuk rundingan di kalangan pihak yang yang membentuk Malaysia diperlukan.  Untuk tujuan ini Artikel 8 telah di peruntukan didalam Perjanjian Malaysia 1963 yang berbunyi:

“Perkara VIII

Kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak akan mengambil apa-apa tindakan perundangan, eksekutif atau tindakan lain sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan jaminan, aku janji dan syor yang terkandung dalam Bab 3, dan Annexes A dan B kepada, Laporan Jawatankuasa antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari, 1963, setakat yang ia tidak dilaksanakan oleh peruntukan nyata Perlembagaan Malaysia.”

Perkara ini dalam Perjanjian Malaysia yang memperuntukan ruang untuk rundingan d kalangan rakan-rakan sebaya, yang bermaksud apabila terdapat isu-isu yang timbul dari kesatuan ini, setiap masalah harus diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak secara rundingan dan enakmen yang sesuai luluskan sebagai penyelesaian.  Walau bagaimanapun, Malaya tidak pernah membuat apa jua usaha untuk menubuhkan “mekanisme pematuhan” ini (Compliance Mechanism).

Perjanjian Malaysia dan had Perlembagaan Malaysia

Sungguh menyediakan ramai rakyat Sabah dan Sarawak dalam perbincangan mereka di domain awam dan media massa hanya sekadar berdasarkan kepada apa yang mereka baca dan apa yang mereka dengar.  Tidak ramai yang sanggup bekerja keras dan menyaring maklumat yang bergunung untuk lebih memahami isu-isu pembentukan Malaysia.  Walau bagaimanapun untuk rakyat Sabah dan Sarawak yang berpendidikan dan ingin melihat cerita sebenarnya pembentukan Malaysia, mereka boleh melihat bahawa pembentukan Malaysia adalah lakaran British untuk memberi peluang kepada Malaya menjajah negeri negeri Borneo.

Ini mungkkin sebab nya kebanyakan sarjana Perlembagaan Malaysia cenderung untuk mengkaji laporan Suruhanjaya Reid apabila menganalisis Perlembagaan Malaysia dan tidak mengkaji laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963.  Perjanjian Malaysia 1963 sebenarnya ibu di mana Perlembagaan Malaysia (Perlembagaan Persekutuan Malaya yang di pinda) dilampirkan sebagai Annex A.  Kegagalan mereka untuk memahami perlindungan dan kaveat dalam laporan IGC dan dokumen berikutnya Perjanjian Malaysia 1963 mungkin merupakan sebab-sebab ramai dari Malaya tidak memahami bahawa Sabah dan Sarawak adalah TIDAK sama seperti negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaya.

Ramai orang menyangka Perlembagaan Malaysia adalah suratcara Agung (Supreme), namun tidak ramai orang berbincang, menulis atau memahami bahawa Keluhuran Perlembagaan Malaysia adalah terhad oleh Perlindungan dan kaveat yang terkandung dalam laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 – perkara ini berlarutan kerana ia kurang dicabar – sila lihat Robert Linggi vs Malaysia Government.

Pindaan keatas Perlembagaan Malaysia dan diluluskan oleh 2/3 ahli di Parlimen, tidak akan afektif di Sabah dan Sarawak, selagi pindaan tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri negeri Borneo terutamanya perkara yang menyentuh perlindungan dan kaveat seperti yang diperuntukkan dalam laporan IGC.  Tiada Enakmen baru yang menyentuh hak-hak negeri Borneo seperti yang tersenarai didalam Jadual 9 Perlembagaan Malaysia boleh dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak melainkan jika ia diluluskan oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.  Ini adalah isu-isu yang sering diabaikan oleh sarjana Perlembagaan Malaysia dan mempunyai implikasi yang meluas.

Ambil sebagai contoh, Akta Imigresen 1959/63.  Akta ini adalah undang-undang Persekutuan digubal untuk mengawal pergerakan penduduk di Malaysia dan kuasa yang diberikan tersenarai dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Walau bagaimanapun, laporan IGC yang diperincikan untuk melindungi hak-hak orang di negeri negeri Borneo.  Akta Imigresen 1959/63 telah menggabungkan kuasa negeri-negeri Borneo ke dalam Akta dari Seksyen 62 sehingga Seksyen 74. Dalam menguatkuasakan undang-undang ini, Pengarah Imigresen di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai rekursa apabila diarahkan oleh “Pihak Berkuasa Negeri” untuk menghentikan orang orang tertentu dari dibenarkan memasuki Sabah dan Sarawak.  Hakikat bahawa Perkara 5 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pergerakan bebas di Persekutuan tiada kaitan dengannya dengan peruntukan Akta. Ini adalah satu contoh yang jelas had yang dikenakan ke atas Perlembagaan Malaysia oleh laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963.

Terdapat banyak contoh lain yang boleh dipetik seperti kuasa negeri negeri Borneo keatas Akta Pembangunan Petroleum 1974 disebabkan  tanah dan sumber mineral ada lah kuasa mutlak Negeri dan bukannya Persekutuan, tetapi ini akan dibincangkan di masa hadapan.

Raja Bomoh dakwa pesawat MH370 ' TERGANTUNG '


 

Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar seketika petang semalam selepas muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP yang kononnya mampu membuat ramalan berhubung keadaan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Bomoh terbabit, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.

"Saya nampak pesawat itu masih tergantung di ruang udara, di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit.

"Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib", katanya semalam.

Upacara ritual itu menggunakan peralatan khas iaitu teropong buluh serta bubu mata pancing sebagai simbolik untuk memperoleh alamat terkini berhubung keadaan pesawat terbabit.

Ibrahim berkata, bubu mata pancing terbabit sebagai simbolik penjara di mana pesawat itu dipercayai berada dalam cengkaman pihak tertentu atau ditawan di alam bunian.

"Kita gunakan teropong sebagai simbolik meminta anasir-anasir terbabit untuk membebaskan pesawat terbabit secepat mungkin.

"Upacara yang kita buat turut menggunakan ayat-ayat suci al-Quran iaitu surah Nabi Yunus dan surah Yassin,"katanya.

Dalam upacara tersebut, Ibrahim turut mempelawa beberapa individu daripada pelbagai bangsa termasuk seorang wakil media untuk membuat ritual pembebasan dengan meletakkan bubu mata pancing di atas kepala mereka.

Menurut bomoh yang mendakwa pernah menampar buaya tembaga sehingga mati itu, selain upacara terbabit, seramai 100,000 ahli Persatuan Silat Gayung Ghaib dan Selendang Merah turut melakukan solat hajat serta berdoa semoga pesawat yang hilang ditemui dalam minggu ini.

Katanya, pihaknya sudah melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

Beliau berkata, pihaknya mendapat jemputan daripada seseorang yang 'penting' untuk melakukan upacara tersebut semalam.

Ibrahim sebelum ini mendakwa pernah terlibat dalam membuat ramalan untuk kes antaranya berkaitan kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.






MAS hilang Malaysia minta bantuan dari orang Kafir ?!

 

Pakis Monyet setuju sangat dengan Grace Tang. Bila Pakis Monyet baca blog orang Melayu beragama Islam mesti kutuk Amerika. Kutuk membabi buta. Nah sekarang Pak Menteri Ayam minta tolong dengan Amerika dalam usaha mencari kapal MAS yang hilang. Kenapa tidak guna teknologi sendiri untuk mencari kapal tersebut ?

Bila lihat pemikiran segelintir Melayu memang mundur terkebelakang. Selalu melemparkan kata-kata tomahan yang sepatutnya tidak perlu keluar dari mulut. Dulu beri label Amerika dengan negara kafir, tetaapi tidak sedar diri guna kemudahan teknologi dari Barat. Apa contoh teknologi dan kemudahan yang Malaysia guna ? Kapal terbang, kapal tentera, dan banyak lagi. Semuanya asal dari Barat. Apa buatan Malaysia yang boleh dibanggakan ? Apa ? Tolong senaraikan ?

Sekarang gunalah unta untuk mencari kapal tersebut. Jangan guna teknologi buatan kafir. Jangan guna buatan tangan kafir. Jangan guna kapal pergi naik haji.Pakis Monyet memang sangat meluat dengan sesetengah beruk Islam Malaysia yang sikit-sikit kata kafir. Senangnya kata orang kafir. Siapa anda mengatakan orang lain kafir ? Hanya Tuhan saja berhak menentukan hala tuju sesorang selepas mati. Manusia tidak berhak langsung untuk menghakimi.

Kalau bukan beruk Islam Malaysia kata kafir, mesti mereka akan berhujah bahawa darah orang kafir halal. Halal ? Nampak sangat meroyan melantun lantun. Sikit-sikit kata kafir, kalau bukan kata kafir, mereka akan kata darah orang kafir adalah halal. Renung-renungkan.




Mabuk ke ? Sejak bila Malaysia asalnya milik Tanah Melayu ?


" Negara Malaysia asalnya milik tanah melayu,jadi dengan toleraansi yang ada diberikan juga hak kewarganegaraan kepada migran yang datang dari China dan India "  Sejak bila Malaysia menjadi negara ? Malaysia bukanlah sebuah negara tetapi Persekutuan Malaysia yang dibentuk oleh Persekutuan Tanah Melayu, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura yang kemudiannya dibuang dari menyertai persekutuan yang dinamakan Persekutuan Malaysia.

Negara Malaya juga tidak wujud pada umumnya kerana Malaya merupakan gabungan oleh beberapa tanah jajahan British pada ketika itu untuk menumbangkan Malayan Union. Itulah alasannya mengapa Malaya tidak disebut negara kerana Melaya sendiri merupakan Persekutuan Tanah Melayu. Negara yang berjaya menyertai Persekutuan Malaysia adalah Negara Sabah dan Negara Sarawak saja.

Sejak bila Malaysia menjadi hak Melayu ? Malaysia bukanlah hak Melayu tetapi hak semua bangsa. Apa akan jadi sekiranya Negara Sabah dan Negara Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia ? Boleh bayangkan apa akan jadi dengan Ketuanan Melayu ? Terus terang Pakis Monyet sangat benci dengan cara berfikir segelintir Melayu yang tidak tahu malu. Macam Melayu saja yang ada di Malaysia.

Tidak hairanlah wujud sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Memang wajar sentimen tersebut bercambah.Berhenti bercakap yang Malaysia hanya milik Melayu dan jangan ketepikan bangsa lain terutama sekali bangsa suku kaum dari Negara Sabah dan Negara Sarawak.Pakis Monyet cuma orang biasa tidak terkenal tidak ternama. Tetapi, Pakis Monyet ingin tegaskan bahawa berhenti dari melemparkan kata-kata kosong yang tidak bermakna yang mengatakan Malaysia adalah milik Melayu.

20 / 18 Perkara Negara Sabah dan Sarawak dikatakan oleh sesetengah pihak bahawa perkara tersebut adalah rasis. Apa yang rasis sangat ? Perkara 20/18 merupakan modal yang sangat berharga perlu dijaga kerana hanya 20/18 perkara saja yang sehingga kini perlu dipertahankan kerana ia dibentuk untuk melindungi hak-hak Sabah dan Sarawak. Tanpa 20/18 perkara Sabah dan Sarawak sudah lama tersungkur menyembah kaki pembelot dan perompak hasil dari Melaya.

Walaupun ada 20/18 Perkara, kerajaan Persekutuan Malaysia mahu sedaya upaya untuk menghancur menghakis hak-hak Sabah dan Sarawak secara halus. Banyak sudah perkara yang tidak dipatuhi malahan mencabuli Perkara 20/18. Rakyat Sabah dan Sarawak bukannya buta. Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Jangan menyasal jika pada suatu hari nanti kebangkitan semangat dari Sabah dan Sarawak akan menumbangkan Persekutuan Malaysia yang dibina sekian lama.

Mana yang lebih rasis ? 20/18 Perkara atau kontrak sosial yang ada di Malaya ? Pakis Monyet tinggalkan para pembaca untuk menilai sendiri. Negara Sabah dan Negara Sarawak bebas menyertai gagasan Persekutuan Malaysia, Negara Sabah dan Negara Sarawak juga bebas keluar dari Persekutuan Malaysia. Siapa kata Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak boleh keluar dari Persekutuan Malaysia ? Pakis Monyet sangat menyokong penuh 100 % sentimen Sabah Sarawak Keluar Malysia. 

Apa yang Sabah dan Sarawak boleh banggakan sekian lama berada di dalam Malaysia ? Apa yang Malaysia sudah berikan kepada Sabah dan Sarawak ? Sabah dan Sarawak merupakan negara yang kaya dari segi hasil minyak dan gas. Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber alam. Kemana semua hasil tersebut pergi ? Ia disedut oleh kerajaan Persekutuan Malaysia untuk membanggunkan Persekutuan Tanah Melayu.

Amat membimbangkan, amat mengejutkan bahawa negara yang kaya dengan hasil tetapi menjadi miskin dan mundur terkebelakang dari Persekutuan Tanah Melayu.Terus terang Pakis Monyet tidak suka dan benci dengan tindakan serta gerak kerja yang dikemudikan oleh UMNO yang ternyata banyak melencong untuk membelot harta dari Sabah dan Sarawak. Pakis Monyet juga tidak suka dan sangat benci dengan PERKASA dan ISMA yang selalu menabur benih perkauman yang boleh menimbulkan perpecahan dikalangan Malaysia. Jangan bawa sifat rasis PERKASA,UMNO dan ISMA masuk di Sabah dan Sarawak.


Pakis Monyet dengan rendah hati memanggil teman-teman dan para pembaca yang berakal lagi bijaksana untuk menyertai gerakan untuk menghangatkan lagi sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia. Adakah Malaysia berani menentang sentimen Sabah Sarawak Keluar Malaysia ? Persekutuan Malaysia tidak akan berani. Mereka akan memilih untuk berdiam diri tidak memberi sebarang komen. Mereka akan komen tetapi tidak banyak.

Semakin Persekutuan Malaysia buka mulut beri komen tentang hak-hak Sabah dan Sarawak semakin ia mengeruhkan lagi keadaan. Itulah alasan yang kukuh mengapa selama ini Persekutuan Malaysia memilih untuk berdiam diri. Mereka sebenarnya takut Pendora's Box mereka terbuka.Rakyat dari Sabah dan Sarawak harus kecoh sepanjang masa memperjuangkan hak-hak yang telah dicabul oleh Persekutuan Malaysia dengan pelbagai cara.

Kalau bukan anak-anak muda zaman sekarang siapa lagi harapan Sabah dan Sarawak untuk mempertahankan kedaulatan Negara Sabah dan Negara Sarawak ? Jangan hanya berharap dengan Persekutuan Tanah Melayu saja dalam hal mendidik anak-anak muda kerana dalam sistem pembelajaran ternyata banyak perkara yang tidak betul terutama sekali dalam subjek Sejarah. 

Banyak cerita dan sejarah yang sepatutnya dimasukkan dalam subjek sejarah tetapi ia tidak dimasukkan. Jadi siapa harapan kita untuk menceritakan cerita-cerita penting yang patut diketahui anak-anak muda masa depan ? Siapa lagi kalau bukan kita anak muda zaman sekarang yang harus bercerita dan menceritakan cerita-cerita penting tersebut kepada anak-anak muda. Kita anak jati Sabah dan Sarawak harus mendidik anak -anak kita tentang sejarah Malaysia.

Didikan tentang sejarah harus bermula dari rumah. Mesti bermula dari ibu bapa. Jangan berharap dan bergantung dengan sistem pendidikan yang banyak sekali memesongkan fikiran anak muda selama ini. Pemimpin politik dari Sabah dan Sarawak juga harus memainkan peranan untuk membuka minda anak-anak muda untuk melihat  sejarah Malaysia dan masa depan negara.Negara Sabah dan Negara Sarawak mesti pertahankan hak-hak yang berharaga sekali yang termaktub dalam 20/18 Perkara. Perjuangkan hak Negara Sabah dan Negara Sarawak.





Kesetiaan kepada Raja dan Negara


Rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Serawak perlu tahu sesuatu tentang Rukun Negara. Dalam Rukun Negara ada tertulis ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara '. Buka minda luas-luas dan baca dengan dada yang lapang. Malaysia ditubuhkan atas dasar perkongsian sama taraf. Malaysia terbentuk apabila Negara Sabah , Negara Sarawak, Negara Malaya dan Negara Singapura ( Negara Singapura kemudiannya dibuang dari menyertai Persekutuan Malaysia ) bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan yang dipanggil sebagai kerajaan Persekutuan Malaysia. 

Malaysia bukanlah sebuah negara. Malaysia merupakan gabungan tiga negara berkongsi sama taraf dalam kerajaan yang dinamakan kerajaan Persekutuan Malaysia. Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak mempunyai Sultan mahupun Raja. Hanya Negara Malaya saja ada Sultan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, setia dengan Raja mana yang dimaksudkan ? Negara mana yang dimaksudkan ?  Malaysia tidak mempunyai Raja mahupun Sultan. Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia. Sejak bila Malaysia ada Sultan atau Raja ?

Kita orang biasa tidak ternama tidak terkenal. Namun, Pakis Monyet ingin sekali tegaskan bahawa ada beberapa rakyat yang masih tertanya-tanya bahkan ada yang tidak terfikir langsung tentang ini. Wajarlah, Pakis Monyet berkongsi sedikit maklumat. Pakis Monyet bukan mempersoalkan Rukun Negara tersebut, tetapi rakyat perlu sedar bahawa Malaysia sebenarnya tidak mempunyai Sultan mahupun Raja. Sultan dan Raja hanya terpakai di Negara Malaya.

Rukun Negara sepatutnya ditukar dari perkataan Rukun Negara ke Rukun Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara juga harus dilenyapkan atau ditukar terus perkataan ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara  ' ke Kesetiaan kepada Pemimpin Malaysia.

Pakis Monyet rasa keliru mengapa perkataan ' Kesetiaan kepada Raja dan Negara ' diserap terus dalam perlembagaan Malaysia tanpa ada tapisan pada masa lalu. Mungkinkah pemimpin yang lalu atau yang terlibat menggubal Rukun Negara terlepas pandang tentang perkara ini atau ?

Pakis Monyet tidak menolak kemunginan bahawa rukun kedua dalam Rukun Negara memang sengaja diketengahkan ( Pemimpin Malaya ambil kesempatan dalam kesempitan ) untuk mempermainkan fikiran anak muda generasi masa depan bahawa Malaysia merupakan Negara. Hakikatnya, Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia.

Ada berjuta-juta tanya tanya dalam fikiran Pakis Monyet.Kesetiaan kepada Raja dan Negara memang berjaya mempermainkan fikiran rakyat terutama sekali rakyat dari Negara Sabah dan Negara Sarawak. Rakyat dari Borneo telah diperkotak katikkan atau diperbodohkan dengan idea dan fahaman yang salah. Namun, rakyat dari Borneo masih belum terlambat untuk mendidik anak-anak masa depan tentang sejarah  penubuhan Malaysia.

Salahkah Pakis Monyet berfikir begini ? Salahkah Pakis Monyet melontarkan pandangan ? Salahkah Pakis Monyet meluahkan rasa di dada ? Jangan-jangan selepas ini Pakis Monyet akan ditangkap dibawah akta ISA kerana kesalahan menghasut ?! Rakyat Malaysia haruslah diberi kebebasan bersuara dan bukannya dikongkong bukan ? Sekiranya idea dan fikiran Pakis Monyet ternyata salah harap Pakis Monyet dimaafkan.

Sekiranya pandangan dan tafsiran Pakis Monyet ternyata salah, Pakis Monyet harap kepada para pembaca yang arif lagi bijaksana untuk menegur dan memperbetulkan fakta. Pakis Monyet tidak terniat sama sekali menghina kedudukan Sultan mahupun Raja dalam Malaysia. Namun, Pakis Monyet tidak faham dan keliru sangat-sangat kerana menurut apa yang Pakis Monyet tahu, Malaysia bukan negara tetapi Persekutuan Malaysia. 

Sekiranya Malaysia bukan negara, kenapa harus kekalkan Kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam rukun tersebut ? Pada hemat Pakis Monyet perkataan Kesetiaan kepada Raja dan Negara harus digugurkan dari rukun tersebut atau mansuhkan terus Rukun Negara. Gantikan dengan yang lain yang bertepatan dengan status Malaysia.

Jari jemari Pakis Monyet sudah rasa sakit untuk menaip.Rasanya sampai disini saja luahan hati dan pandangan dari Pakis Monyet tentang Rukun Negara yang ke dua. Pada masa akan datang, jika ada kesempatan pasti kita bertemu lagi dalam ruangan ini.Sekali lagi Pakis Monyet minta maaf sekiranya cara fikiran Pakis Monyet ternyata melencong jauh dari realiti.


PKR tidak peduli dengan hak Negara Sabah / Sarawak


Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional terutama sekali UMNO sama saja mempunyai agenda tersendiri untuk merompak hasil dari Negara Sabah dan Negara Sarawak. Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Dr . Jeffery Kitingan bahawa pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.

Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung.Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak.

Layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.

Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi.Ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.

Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting.Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.

Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar.jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo.

GEMPAR ! Ultraman gugat keselamatan negara ?!


Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Buku terbitan bahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya Network Printers.

Mengikut kenyataan kementerian itu hari ini, warta larangan itu berkuat kuasa 18 Feb lepas mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan,” menurut kenyataan itu.

Mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.Sebab apa diharamkan ? Kerana terjemahannya ada menyebut kalimah Allah.





‘ Sultan ’ yang suka bertwitter dengan rakyat


Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka merupakan mungkin satu-satunya ‘Sultan’ yang sangat rajin bertwitter dengan ‘rakyat’.

Walaupun rata-rata ramai yang pertikaikan kesahihan beliau sebagai Sultan Melaka, tetapi sekurang-kurangnya beliau mempunyai ramai pengikut Twitter.

Setakat ini beliau mempunyai 7, 277 pengikut Twitter.

Apa yang menarik Sultan Melaka seorang individu yang mengikuti isu semasa termasuk isu kangkung, Pilihan Raya Kecil Kajang dan malah prestasi merudum pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United pun beliau ikuti.

Apabila pengikut beliau tanya isu-isu berkaitan, beliau mampu menjawab dengan melontarkan pendapat beliau dengan gaya ‘check-mate’ iaitu mematikan hujah orang yang bertanya dengan jawapan beliau yang ‘straight to point’.

Tetapi apa yang sangat menarik sesiapa yang mengikuti Twitter beliau, pasti akan tergelak dan paling kurang tersenyum sendiri. Ini ialah kerana ada pengikut beliau sebenarnya cuba hendak menyindir Sultan Melaka dengan tanya sesuatu soalan yang mengada-ngada, tetapi Sultan Melaka pula mampu menjawab dan mematikan persoalan itu dengan cara humor dan sinis.

Pendek kata sesiapa yang berhajat ingin ‘kenakan’ Sultan Melaka dengan pesanan Twitter elok berfikir dua kali kerana mereka sendiri boleh ‘terkena’ dengan Tweet Sultan Melaka yang lucu tapi sinis.

Dalam salah satu Tweet, Sultan Melaka bertanya apakah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bertanding di Melaka.

“Anwar tak nak bertanding di Melaka? Melaka pun banyak isu. Sultan Melaka setuju kalau Anwar MB. Boleh kautim”.

Satu lagi Twitter beliau ialah “Beta nak sambung baca Sulatus Salatin. Rakyat Melaka harus berbangga, sultannya berjuang hingga dipenjara”.

Apa yang menarik ramai pengikut Twitter Sultan Melaka telah mengubahsuai istilah ‘Daulat Tuanku’ sebagai ‘Download Tuanku’ yang seolah-olah seperti menyindir atau menyakat Sultan Melaka.

Pengalaman Sultan Melaka dalam lokap polis dan ulasan Sultan Melaka tentang nasib pasukan bolasepak Manchester United serta pasukan bolasepak negeri Melaka, menjadi perhatian pengikut beliau apabila tweet beliau di re-tweet sebanyak 264 kali.

“Saban malam beta dipenjara. Beta tak sedih. Tapi beta hiba mendengarkan nasib MU semalam. Sabarlah. Melaka United pun begitu nasibnya.

“Rakyat jangan gusar. Beta dah minta utusan beta bisik2 ke telinga Moyes. Season depan insyaallah bersama Melaka United”.

Sultan Melaka juga membidas “kalau kita sendiri tak syok dekat diri kita, macam mana nak yakinkan orang lain untuk syok kat kita? Itu falsafah beta”.

Sebuah Tweet Sultan Melaka yang agak menarik perhatian “Tuanku Permaisuri cuba-cuba nak main mohon clash dengan beta. Beta tunjuk buku akaun BSN beta, settle”.

Menjawab cadangan salah seorang pengikut Tweet beliau Zarith_Stark yang mencadangkan Menteri Sukan, Khairy Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Sukan Melaka, Sultan Melaka menjawab “Orang Rembau tu. Luar jajahan”.

Syahiza AbuHasan dalam Tweet beliau bertanya kalau Sultan Melaka diiktiraf oleh Kerajaan Melaka apakah benda pertama nak buat? Sultan Melaka menjawab “Belanja rakyat sirap selasih free flow”.

Melayubuntu bertanya “Tuanku, patik nak apply jadi menteri nikah kawin. Nak hantar resume kat mana? Sultan Melaka menjawab dengan sinis “Jawatan pemalas tu”.

Menjawab pertanyaan Bekas Mufti negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin “kenapa yang nak jadi Sultan sangat? Sultan Melaka menjawab dalam Tweet “Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta. Nak jadi mufti beta?’.

FadhilZainuddin bertanya “Tuanku pergi mengundi hari tu Tuanku undi siapa? BN/PKR? Sultan Melaka menjawab “Kamu tak faham ka, beta Sultan! Tak perlu”.

Effi Obefiend Tweet “So that explains WHY people supporting the “Sultan of Melaka”. 15 Trillion Dollar allegedly given by Bank Dunia. Siapa percaya BODO”.

Sultan Melaka menjawab Tweet tersebut: “1Obefiend minta no akaun, beta salurkan sejuta dollar sebagai bukti. Cukup?”.

Antara Tweet Sultan Melaka yang menarik dan melucukan ialah seperti berikut:

“Kalau beta pakai jersi Melaka macam Abg Nuar pakai jersi Selangor, okay tak?”.

“Beta nak masuk kerja dah ni. Biarlah beta jadi sultan yang faham denyut nadi rakyat. Beta tak ada elaun”.

“Apalah nasib, jadi sultan tak ada negeri”.

“Dah pukul 2 dah. Beta beradu dulu. Beta ni Sultan yang kena kerja 9 to 5. Kekanda beta di negeri lain tu tak apa.#cemburu”.

“adamIqball bahasa menunjukkan bahasa (bangsa). Eja betul2! Daulat! Bukan download!”.

“Ratusan tahun tanpa Sultan, kini Beta kembali. Inilah rahmat terbesar buat bumi Melaka Darul Islam”.

“Nama Beta Raja Noor Jan Shah. Betalah Sultan Melaka Darul Islam”

Patuhi Perjanjian Malaysia atau bebaskan Borneo - DDJK


 

Ahli politik Sabah memberi amaran kepada Putrajaya supaya memenuhi Perjanjian Malaysia pada 1963 atau benarkan Sabah dan Sarawak berpisah daripada semenanjung Malaysia.

Ketua Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata Sabah dan Sarawak adalah antara negeri yang termiskin dalam negara dan tidak mendapat peruntukan pembangunan yang banyak.

“Pentarafan ke bawah Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaysia bertentangan dengan apa yang dirancang pada 1963 sebagai rakan setaraf.

“Pemerkosaan dan penjarahan berterusan terhadap kekayaan minyak dan sumber Sabah dan Sarawak selain peruntukan pembangunan yang kecil tidak lagi boleh dibiarkan.

“Walaupun pada masa amat diperlukan, rakyat Sabah dan Sarawak dilayan tidak sama adil dengan rakyat Malaysia di semenanjung,” katanya, mengulas tulisan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengenai peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Arifin menulis mengenai perkara itu dalam bukunya yang bertajuk Hak Perlembagaan Sabah dan Sarawak yang dilancarkan baru-baru ini.

“Perjanjian Malaysia perlu dilaksanakan dan dipenuhi.

“Bukan sahaja terma dan syarat pembentukan Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian 1963 dan beberapa dokumen serta jaminan lisan dan janji tidak dipenuhi, ada banyak pindaan perlembagaan yang dibuat menghakis hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin “dua negara perlu fokus dan bercakap dengan satu suara”.

Katanya, pendirian bersama negeri Borneo di Malaysia sepatutnya tidak diletakkan sebarang terma.

“Pendirian lain akan memberikan pemimpin persekutuan Malaya tanggapan yang salah dan andaian bahawa Sabah dan Sarawak tidak serius terhadap tuntutan untuk terma dalam pembentukan Malaysia dipenuhi.

“Mereka akan terus kekal selesa dalam pejabat mereka di Putrajaya dan tidak peduli kepada penduduk Sabah dan Sarawak hingga tiba waktu pilihan raya,” katanya.

Kitingan juga bercakap mengenai janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dibuat kepada rakan gabungan Barisan Nasional (BN) di Sarawak bahawa akan ada rombakan Kabinet selepas Perhimpunan Agung Umno pada awal Disember 2013.

Rombakan itu adalah bagi menyelesaikan rasa tidak puas hati ahli Parlimen dari Sarawak terhadap agihan jawatan menteri selepas pilihan raya umum lalu.

“Najib gagal melakukan rombakan Kabinet,” katanya.

Kitingan mencadangkan bahawa mungkin parti BN Sarawak dengan sokongan Yang Dipertua Negeri baharu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di belakangnya patut meninggalkan BN dan lihat apa yang akan berlaku memandangkan perdana menteri tidak melihat desakan untuk mempertimbangkan kepentingan parti BN di Borneo.

Beliau berkata, jika perkara itu berlaku, tidak mengejutkan jika perdana menteri, timbalan perdana menteri dan pemimpin tinggi di Umno termasuk bekas perdana menteri akan beratur ke Kuching untuk memujuk komponen BN di Sarawak dan gabenor jangan membuang BN.

Kitingan berkata, layanan buruk kepada rakyat Sabah dan Sarawak boleh dilihat menerusi bantuan banjir daripada persekutuan, baru-baru ini.

“Di semenanjung, bantuan tunai dan pelbagai lain dicurahkan daripada pelbagai kementerian dan pihak lain sementara Sabah dan Sarawak terima hampir tidak ada apa-apa daripada kerajaan persekutuan.

“Selepas 50 tahun dilihat sebagai tidak penting dan menjadi mangsa, Perjanjian Malaysia dan semua janji serta jaminan perlu dilaksanakan dan dipenuhi,” katanya.

Kitingan berkata, ada peruntukan untuk menyemak perjanjian itu selepas 10 tahun, tetapi selepas 40 tahun berlalu, tiada apa yang dilakukan.

“Usul untuk membincangkan perkara itu di Parlimen juga ditolak kerana ia dikatakan tidak penting dan tidak mendesak.

“Jika selepas 50 tahun, ia masih tidak mendesak, jangan harap rakyat Sabah dan Sarawak akan menunggu 50 tahun lagi untuk ia jadi penting,” katanya.

Kitingan memberi amaran bahawa rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Sabah dan Sarawak kini berada di penghujungnya dan ramai yang mahu Sabah dan Sarawak memilih keluar daripada Malaysia.

“Sentimen mereka kini dipanaskan lagi dengan mereka yang taksub terhadap ultra Melayu dan agama yang asyik berkeras menyatakan Malaysia adalah tanah untuk Melayu dan bangsa lain dihalau keluar,” katanya.

Kitingan berkata, jika Najib serius dengan rancangkan rekonsiliasi nasional, semakan dan pelaksanaan termas dan syarat pembentukan Malaysia perlu disertakan.

“Jika tidak, seperti Singapura pada 1965, pasti ada perpisahan secara persahabatan untuk negeri di Borneo,” katanya. – 6 Mac, 2014

Pemuda Di Tapah Perkosa Anak Lembu Sampai Mati


Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan seks luar tabi terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor, di sini.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian itu dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis Bidor, di sini, pagi kelmarin, selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat menjadi mangsa kekejaman ‪seksual‬.

“Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian. “Sebelum kejadian, pemilik anak lembu itu dikatakan terserempak seorang lelaki tidak dikenali berada berhampiran kandang lembunya itu,” katanya.

Susulan itu, pemilik terbabit membuat laporan jam 6 pagi semalam di Balai Polis Bidor, di sini, selain membuat aduan sama kepada Pejabat Veterinar Tapah. Menurutnya, kes itu dianggap pelik, namun polis menunggu laporan bagi memastikan sama ada anak lembu itu ‘diperkosa’ atau mati akibat punca lain.



Budak sekolah zaman sekarang memang NAKAL

 

Inilah remaja budak zaman sekarang. Memang nakal. Entah apa yang ada dalam fikiran. Siapa yang perlu dipersalahkan ? Ibu bapa, guru atau guru agama ? Kurangnya didikan agama, ibu bapa yang tidak tegas dalam mendisplinkan anak-anak mereka akan menyumbangkan disiplin yang teruk dalam hidup seorang perempuan yang bergelar pelajar.

Mendidik anak-anak memang susah. Bukan senang mendidik anak-anak terutama sekali dalam hal mendidik anak perempuan. Lebih senang menjaga satu ribu ekor lembu berbanding dengan menjaga seorang anak perempuan. Inilah realiti yang dihadapi oleh para ibu bapa diluar sana. Harap ibu bapa sentiasa sabar melayan kerenah anak-anak yang nakal belaka.


Gatal sungguh Si Raja Noor Jan Shah



 

Beta rindu kat skandal Beta iaitu Nora Danish. Cun Izzah dgn adik-adik dia kalau boleh beta nak kan tiga2 sekali.Beta geram tengok Erra kalau jadi isteri Beta mesti syok habis UwEEeee ManTopp. 

Begitulah kata-kata yang dituturkan oleh Raja Noor Jan Shah ( Pewaris Sultan Melaka ) dalam Fan Page beliau. Gatal betul Si  Raja Noor Jan Shah.