Ayam berwarna





 

Rupanya anak Ayam boleh warna. Pada mulanya saya tidak percaya dengan cerita mereka. Tetapi akhirnya saya percaya juga bila nampak gambar yang mereka tangkap dengan kamera. Fakta, anak Ayam tersebut bukan selamanya akan berwarna hijau,pink dan ungu. Bila bulu-bulu semakin hari semakin lebat, warna juga turut menjadi pudar dan akhirnya warna sebenar akan muncul. Yang menghairankan harga anak Ayam tersebut ialah RM 30 satu ekor. Kenapa begitu mahal ? Penjual selalunya akan ambil kesempatan atas orang lain. Biasanya orang yang pertama kali nampak anak Ayam berwarna akan memebeli kerana berfikir warna tersebut memang asli dan akan berkekalan sehingga ayam tersebut dewasa. Warna memang menarik dan menjadikan anak Ayam tersebut sangat unik pada pandangan orang lain. Tidak salah mencari untung tetapi jangan mengeksploitasi orang lain. Ayam tersebut hanyalah Ayam biasa.

No comments:

Post a Comment