Berita baik kepada semua perokok

Kementerian Kesihatan sedang mengumpul lebih banyak bukti saintifik sebelum mengambil keputusan untuk mengharamkan atau mengadakan peraturan tentang sisha dan rokok elektronik.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sebuah jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan pengarah Institut Perubatan Respiratori Datuk Dr Abdul Razak Muttalif akan membuat kajian tentang kesan dua produk itu terhadap kesihatan, sebelum mengambil tindakan lanjut mengenainya.

Mengenai sisha, bukti menunjukkan ia berbahaya, mungkin lebih bahaya daripada merokok. Oleh itu, langkah awal ialah mengklasifikasikan sisha sebagai produk berasaskan tembakau. Semua undang-undang dan peraturan berkaitan penggunaan tembakau mungkin akan terpakai terhadapnya (sisha) kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen Kolej Tafe.

Mengenai rokok elektronik pula, ada pihak berpendapat produk itu kurang berbahaya daripada rokok dan boleh dijadikan langkah perantaraan untuk mengurangkan tabiat merokok.Bagaimanapun, ada pula pihak yang mendakwa rokok elektronik boleh disalahguna dan oleh itu perlu diharamkan atau dikenakan peraturan.

Oleh itu, satu keputusan telah diambil berdasarkan bukti yang dikumpul.Perlu ada peraturan mengenainya (sisha dan rokok elektronik) atau mengharamkannya terus.


 

No comments:

Post a Comment