Baju‬ kalis peluru satu bisnes baru


 

 

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya membeli dan memakai baju kalis peluru apabila berada di luar rumah. Baju‬ kalis peluru satu bisnes baru memandangkan kes tembak mati semakin meningkat.Satu lagi insiden kematian yang melibatkan tembakan. Berlaku di Parit Buntar, Perak. Terbukti setiap hari nyawa kita di negara ini disajikan dengan peluru.Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. 

Menurut saksi sebanyak tiga das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan dua darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh dua orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.Sehingga jam satu petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.Insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.

Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu? Para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.

 Kehadiran polis juga tidak berjaya mematahkan strategi dan modus operandi penjenayah dalam menjayakan misi pembunuhan mereka. Insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat dan pelancong, Malaysia kini telah mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.

Isu ini, perlu ditangani serta-merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi.


No comments:

Post a Comment