Turipos


 

Burung Turipos sangat diminati oleh peminat burung terutama sekali dalam kalangan suku kaum Dusun. Burung Turipos atau lebih dikenali sebagai Burung Serindit dalam bahasa Malaysia sangat unik membuatkan setiap peminat burung akan tergila-gila dengan bunyi yang sangat baik pada pendengaran mereka. Burung ini juga sangat cantik dari segi warna. Burung ini tidak susah untuk dipelihara. Hanya cukup memberinya batang tebu dan nasi tanpa ada campuran lainnya seperti gram. Kalau ada campuran garam, burung anda dalam risiko untuk mati kerana burung ini tidak sesuai diberi garam.

Burung ini juga sangat pelik dari segi tabiatnya terutama sekali ketika tidur. Burung ini biasanya akan tidur dengan kaki diatas dan kepala dibawah ( Macam Kelawar ). Walaupun burung ini mudah dijaga dengan makanan diet hariannya yang tidak begitu susah, anda harus tahu bahawa burung ini sukar untuk dijinakkan.

No comments:

Post a Comment