Kata orang belajar itu adalah bekal untuk masa depan. Adakah ia benar ? Terpulang kepada sesorang untuk menilai. Itu semua hak anda untuk membuat keputusan dan menilai. Tetapi pada pandangan saya belajar itu adalah karya umpama melukis dalam kertas lukisan. Apa yang kita lukis dengan tangan itulah akan jadi sebahagian daripada karya. Tangan itu yang menentukan corak. Corak cantik mahupun buruk akan ditentukan oleh tangan pelukis tersebut.
Begitu juga dalam hal mempelajari bahasa. Banyak belajar banyak yang akan kita tahu. Satu kelebihan kepada kita jika pandai dan boleh bertutur dalam bahasa asing. Bahasa itu indah untuk dipelajari. Ada bahasa yang rumit di pelajari dan ada juga yang senang untuk dipelajari. Apakah anda minat belajar bahasa asing seperti saya ? Kalau jawapan anda adalah " Ya " sila klik disini untuk maklumat yang lebih lanjut. Harap maklumat ini dapat membantu kita semua.