Pelakon hebat
















 


Alat yang diperlukan :
Gam, Ink Merah, Pembersih Telinga, Span Pencuci pinggan dan Pencucuk Gigi.


Langkah 1 :
Sapukan gam pada bahagian kulit yang dikehandaki dan biarkan kering.

Langkah 2 :
Samarkan kawasan luka palsu yang dibentuk disebelah luar menggunakan ink merah.

Langkah 3 :
Gariskan ink merah pada garis luka mengikut kesesuaian dengan menggunakan pembersih telinga Cotton buds.

Langkah 4 :
Retakkan gam yang telah kering menggunakan pencucuk gigi sehingga membentuk seperti kulit yang telah pecah ( broken skin )

Langkah 5 :
Sapukan ink warna merah yang secukupnya  dibahagian dalam luka palsu yang dibentuk.

Langkah 6 :
Tunggu sampai kering.

Langkah 7 :
Proses selesai dan siap untuk beraksi.

Berlakon sebagai seorang pengemis untuk mengaut keuntungan dan mempergunakkan orang lain tidaklah susah sangat seperti yang disangka. Benginilah caranya seorang penjenayah mengaut keuntungan secara senyap.

Nota :
Manusia tidak akan pernah terpisah dari melakukan kesilapan. Jika sesorang telah terdesak untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga mahupun diri sendiri semuanya boleh terjadi dan dihalalkan walaupun pada hakikatnya adalah salah. Namun, jangan kita silap menilai sesorang dari segi luaran. Ada orang yang memang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan tetapi tidak mendapat bantuan. Menjadi pengemis adalah jalan yang terakhir. Namun ada juga orang yang sengaja mengaut keuntungan dari aktiviti mengemis. Keuntungan pengemis lebih banyak berbanding dengan gaji seorang penjawat awam. Dari segi pemerhatian saya ( pemilik blog ) rakyat Malaysia khususnya sangat ramah dan mudah dibutakan dengan situasi lakonan seorang pengemis. Tidak salah menderma dan berkongsi harta dengan orang yang memerlukan bantuan tetapi kita sebagai manusia jangan terlalu buta untuk menilai situasi. Keadaan diatas cumalah satu renungan dan imiginasi pemilik blog dan tidak melibatkan atau menceritakan mana-mana orang yang masih hidup mahupun yang telah mati. Namun saya ( pemilik blog ) tidak menolak bahawa perkara diatas mungkin berlaku dikalangan rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment