Jangan guna Master Password

 

Sila ambil perhatian jika anda berkongsi menggunakan laptop atau PC dengan orang lain. Entry ini sebenarnya lebih kepada soal keselamatan ketika menggunakan browser Mozilla Firefox. Perasan tak dengan dialog box di bawah ini ?

 

Ya, Firefox akan bagi pilihan untuk anda sama ada anda mahu ingat kata laluan anda atau tidak. Sesetengah orang beranggapan benda ini bagus dan sebenarnya ia adalah BAHAYA walaupun anda simpan menggunakan Master Password sekalipun. Kenapa ? Sabar ! Saya  akan tunjukkan bagaimana cara untuk mendapatkan  kata laluan  yang telah disimpan tadi menggunakan Master Password.

1. Biasanya, setiap kali kita login website / laman sesawang yang telah disimpan kata laluan dalam Master Password akan keluar paparan seperti dibawah ini. Contohnya Facebook.

 

2. Right Click dalam kotak password dan pilih Inspected Element (Q).


3. Akan keluar paparan seperti dibawah


4. Cari perkataan ini. Untuk memudahkan kerja guna kotak carian / search seperti yang telah dibulatkan diatas.

<input class=”inputtext” name=”pass” id=”pass” tabindex=”2″ type=”password”>

5. Double click pada password

 

 6. Tukarkan perkataan " password "menjadi " text " dan tekan Enter. Hasilnya macam Ini.

 


Nampak tak? Boleh simpan password. Tak ada masalah kalau hanya anda seorang sahaja yang menggunakan laptop atau PC tersebut, maksudnya tak berkongsi dengan orang lain. Sebagai peringatan, jangan guna tutorial ini untuk mengodam akaun orang lain, aku cuma nak buktikan yang menggunakan Master Password untuk simpan semua password masih tidak selamat.



 





No comments:

Post a Comment