Baju‬ kalis peluru satu bisnes baru


 

 

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya membeli dan memakai baju kalis peluru apabila berada di luar rumah. Baju‬ kalis peluru satu bisnes baru memandangkan kes tembak mati semakin meningkat.Satu lagi insiden kematian yang melibatkan tembakan. Berlaku di Parit Buntar, Perak. Terbukti setiap hari nyawa kita di negara ini disajikan dengan peluru.Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. 

Menurut saksi sebanyak tiga das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan dua darinya kena pada mangsa . Satu dibahagian hati dan satu dibahagian perut.Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh dua orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.Sehingga jam satu petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.

Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.Insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.

Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu? Para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.

 Kehadiran polis juga tidak berjaya mematahkan strategi dan modus operandi penjenayah dalam menjayakan misi pembunuhan mereka. Insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat dan pelancong, Malaysia kini telah mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.

Isu ini, perlu ditangani serta-merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi.


Kutuk menyumpah hina sana sini tidak habis-habis

 




 
Orang Islam tidak boleh hidup ke tanpa mengeluarkan kutukan dan sumpah ke atas orang lain ? Mungkin inilah gambaran sebenar seorang yang beragama Islam ? Bukan nak ikut campur dengan urusan orang Islam. Tetapi ini bukanlah caranya. Nak perbetulkan akidah kena buat dengan teliti. Sekiranya diberi 10 %. 9 % itu adalah mengutuk dan yang selebihnya memberi nasihat.

Apakah dengan mengutuk itu dapat pahala ? Menyumpah dan mengeluarkan kutukan itu sudah menjadi daging dan telah sabati dengan Melayu. Melayu ? Maafkan saya. Nak cakap macam mana ? Dah realiti. Rata-ratanya menurut pemerhatian saya orang Melayu selalu memberi komen kutukan berbanding dengan memberi nasihat. Mana lebih baik menurut pandangan pembaca ? Memberi kata nasihat atau menyumpah ? Mungkinkah masalah tersebut akan selesai dengan mengeluarkan kata kutukan ?


Malaysia masih aman ?


 

 
Timbalan Pengarah Kastam - MATI DI TEMBAK . . . .
Cikgu sekolah - MATI DI TEMBAK . . . .
Pemuda di Butterworth - MATI DI TEMBAK . . . .
Anak dan ayah di Bukit Jambul - CEDERA DI TEMBAK . . . .
Founder AM Bank - MATI DITEMBAK . . . .
Selepas ini siapa lagi akan menjadi mangsa ? . . . .

Kejadian kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank di kawasan parking Jalan Ceylon KL. Malaysia masih aman ? Kerjaya pembunuh upahan kini telah wujud di Malaysia ? Siapakah pembunuh tersebut ? Dari mana pembunuh tersebut dapat senjata api ? Adakah polis yang membekalkan senjata tersebut kepada pembunuh tersebut ? Adakah ia ada kaitan dengan politik ? Adakah kawalan senjata api terlalu longgar ? Mungkinkah senjata api tersebut diseludup ? Kalau begitu apa peranan Kastam sehingga tidak ada sebarang tangkapan ? Mungkinkah Kastam bersekongkol dengan penyeludup ? Apa sudah jadi dengan Malaysia kini ?

I paid cops RM50,000 monthly


Pembunuh Ada Di Kalangan Kita

 

 
Walau apapun kata orang, kejadian tembak yang semakin berleluasa di negara kita Malaysia memberitahu kita dua perkara yang amat pasti dan tidak dapat disangkal lagi oleh sesiapa iaitu:

1. Ada segelintir rakyat di negara ini yang memiliki senjata api secara haram dan digunakan untuk membunuh nyawa yang tidak bersalah

2. Wujudnya sebuah kerjaya yang baru di negara ini iaitu kerjaya sebagai pembunuh upahan

Mahu atau tidak, kita semua sering berada di tempat awam sama ada di pusat membeli-belah, tempat-tempat beribadat seperti masjid, kuil dan tokong, di bank-bank, atau di mana saja yang boleh mendedahkan diri kita kepada risiko ditembak. Kita tidak tahu jika kita sedang diperhatikan oleh seseorang malah kita juga mungkin tidak sedar bahawa kita mempunyai musuh yang tidak mahu melihat kita hidup. Ini menandakan bahawa di tempat-tempat awam di mana kita sering berurusan, mungkin di kalangan orang ramai itu terdapat seseorang yang sedang membawa pistol yang sentiasa bersedia untuk bertindak.

Di negara kita, menjadi seorang yang baik dan saksi kepada kejadian jenayah boleh mengundang padah. Walaupun kita sering mendengar kempen supaya melaporkan kejadian jenayah, rasuah, penculikan dan sebagainya, sebagai saksi, anda mendedahkan diri anda kepada risiko ditembak mati.

Si pembunuh upahan tidak pedulikan nyawa. Bagi mereka nyawa manusia ada harga tertentu. Yang penting mereka dapat hidup dan dapat makan hasil dari wang upah menamatkan nyawa manusia lain. Mereka ini mungkin ada di kalangan kita tapi kita tidak sedar dan tidak kenal siapa mereka.

Motif pembunuhan ada pelbagai. Ada yang cemburu, ada yang hasad dengki. Ada juga kerana takut rahsia dibongkar. Motif yang terakhir ini selalunya melibatkan jumlah wang yang besar. Kerana itu mereka sanggup mengupah orang lain untuk membunuh seseorang. Dengan cara ini, si pemberi upah terselamat dari tuduhan membunuh. Bukan dia yang membunuh. Dia hanya beri upah. Undang-undang membezakan antara keduanya. Hukuman kepada yang membunuh dan yang memberi upah bunuh tidak sama.

Walau apapun alasan yang kita dengar, negara kita hari ini sudah ada perkara yang disebutkan tadi - orang yang memiliki senjata secara haram dan kerjaya pembunuh upahan. Jika tiada kedua-dua ini, kejadian tembak tidak akan berlaku sehingga ke tahap serius seperti hari ini.

Yang lebih bahaya, pembunuh ini mungkin ada di kalangan kita tetapi malangnya kita tidak berupaya mengenali siapa mereka.

Babi hutan yang dipelihara . . . .





 

Sila jangan komen sembarangan kerana komen anda tidak dialu-alukan. Jangan samakan Sabah dengan Semananjung mahupun Sarawak. Dosa ke ? Dosa atau tidak itu diantara Tuhan dengan orangnya. Dalam agama Islam mungkin ia adalah satu kesalahan dan dosa besar. Tetapi bagi mereka yang beragama lain daripada Islam ia bukanlah satu kesalahan mahupun dosa. Keluarkan sumpah serana anda ?! Itu terpulang kepada anda. Semoga dapat pahala. Kenapa saya cakap macam ini ? Adakah saya sedang marah ? Tidak ! Saya tidak marah. Saya cakap macam ini kerana banyak orang  terutama sekali orang Semananjung yang selalu " Tumuntuad " itu selalunya kuat mengutuk. Maafkan saya. Nak cakap macam mana ? Memang dah realiti . . . .

Tidak ada lagi kesempatan bagimu

 

 Apapun yang terjadi akan diperkirakan pada penghujung hari dimana ajal menjemput. Hanya satu tujuan,hanya satu destinasi. Namun ada dua perkara harus dipilih. Ikut jalan yang lebar atau yang sempit ? Sungguh sedih bila nanti tiba waktunya dipersimpangan menuju hidup yang kekal mahupun menuju kematian kekal dimana sang Tuhan mengatakan " Tidak ada lagi kesempatan bagimu " dan anda telah memilih jalan yang lebar dan neraka menjadi destinasimu. Siapapun manusia harus memilih jalan. Pilihan itu hanya terletak pada tangan kita sendiri. Hanya tinggal pilih.

Ayam berwarna





 

Rupanya anak Ayam boleh warna. Pada mulanya saya tidak percaya dengan cerita mereka. Tetapi akhirnya saya percaya juga bila nampak gambar yang mereka tangkap dengan kamera. Fakta, anak Ayam tersebut bukan selamanya akan berwarna hijau,pink dan ungu. Bila bulu-bulu semakin hari semakin lebat, warna juga turut menjadi pudar dan akhirnya warna sebenar akan muncul. Yang menghairankan harga anak Ayam tersebut ialah RM 30 satu ekor. Kenapa begitu mahal ? Penjual selalunya akan ambil kesempatan atas orang lain. Biasanya orang yang pertama kali nampak anak Ayam berwarna akan memebeli kerana berfikir warna tersebut memang asli dan akan berkekalan sehingga ayam tersebut dewasa. Warna memang menarik dan menjadikan anak Ayam tersebut sangat unik pada pandangan orang lain. Tidak salah mencari untung tetapi jangan mengeksploitasi orang lain. Ayam tersebut hanyalah Ayam biasa.

Ref : Binary Option

 

Physical Address: Level 17, Dashwood House, 69 Old Broad Street
London EC2M 1QS, United Kingdom
Minimum investment: 200 USD
Deposit Bonus: up to 400 USD/EURO/GBP, + other offers
Options profitability: from 81% to 250%, and 110%-250% in weekend
Option refund if out of the money: 0% to 15%
Touch Options: up to 80%
Boundary Options: up to 80%
Buy Back (before expiry): Offered (VERY UNIQUE)
Demo Account: Offered: When you open a live Acct, you get a parallel demo Account
 
Expiration periods: 15min, 30 min, 60 min, daily, weekly
Lock-out period: 7 min
Option Builder: Not offered
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities

 

Physical Address: Estias 11B Ilioupoli Dali, Nicosia Cyprus
Minimum investment: 200 USD
Deposit Bonus: varies…
Options profitability: up to 65% to 71%
Option refund if out of the money: 15%
Touch Options: Not offered
Boundary Options: Not Offered
Expiration periods: 60 min, weekend
Lock-out period: 10 min
Take Profit (before expiry): Offered (VERY UNIQUE)
Roll Forward (to next expiry period): Offered (VERY UNIQUE)

Option Builder: Not offered
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities

 

 Physical Address: Corporate Headquarters: Trump Tower, 40 Wall Street, New York, NY, 10005, US
Minimum investment: 500 USD
Deposit Bonus: up to 400 USD/EURO/GBP, + other offers
Options profitability: from 75% to 85%
Option refund if out of the money: 0% to 80% (Option Builder)
Touch Options: up to 400% on selected Assets
Boundary Options: Not Offered
Demo Account: Offered (VERY UNIQUE)
Expiration periods: 15min, 30 min, 60 min, daily, weekly
Lock-out period: 7 min
Option Builder: Offered (allowing you to decide your wanted Return/Safeguard Protection)… Extremely helpful functionality
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities

 

 Physical Address: WGM Services Ltd., and is located at: 48 Themistokli Dervi Ave., Nicosia 1066, Cyprus.
Minimum investment: 200 USD
Deposit Bonus: varies…
Options profitability: up to 81%
Option refund if out of the money: 0% to 10%
Touch Options: Not offered
Boundary Options: Not Offered
Expiration periods: 60 min, daily, weekly
Lock-out period: 10 min
Option Builder: Not offered
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities

 

 Physical Address: TradeXP LTD Alexandrou Business Centre Omirou 76, Limassol 3096, Cyprus
 Minimum investment: 100 USD Deposit Bonus: 250 USD
Options profitability: up to 95%, and up to 400% at weekend
Option refund if out of the money: 0% to 10%
Touch Options: Offered
Boundary Options: Not Offered
Expiration periods: 60 min, daily, weekend Option Builder: Offered
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities

 

Physical Address: Offering only TollFree Number 1-800-986-6318
Minimum investment: 100 USD
Deposit Bonus: Variable
Options profitability: from 70% to 80%
Option refund if out of the money: 0% to 5%
Touch Options: up to 400% on selected Assets
Boundary Options: Not Offered
60 Second Option: Offered (VERY UNIQUE)
Expiration periods: 60 sec, 30 min, 60 min, daily, end-of-week
Assets: Forex, Indices, Stocks, Commodities





Turipos


 

Burung Turipos sangat diminati oleh peminat burung terutama sekali dalam kalangan suku kaum Dusun. Burung Turipos atau lebih dikenali sebagai Burung Serindit dalam bahasa Malaysia sangat unik membuatkan setiap peminat burung akan tergila-gila dengan bunyi yang sangat baik pada pendengaran mereka. Burung ini juga sangat cantik dari segi warna. Burung ini tidak susah untuk dipelihara. Hanya cukup memberinya batang tebu dan nasi tanpa ada campuran lainnya seperti gram. Kalau ada campuran garam, burung anda dalam risiko untuk mati kerana burung ini tidak sesuai diberi garam.

Burung ini juga sangat pelik dari segi tabiatnya terutama sekali ketika tidur. Burung ini biasanya akan tidur dengan kaki diatas dan kepala dibawah ( Macam Kelawar ). Walaupun burung ini mudah dijaga dengan makanan diet hariannya yang tidak begitu susah, anda harus tahu bahawa burung ini sukar untuk dijinakkan.

Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur









KFC Time




 

So good ! It's finger lickin' good ! Masuk KFC terus order. Apa yang dipesan mesti habis dimakan. Kalau boleh nak order sekali lagi. Ups tak boleh. Why ? Dah kenyang Mak ! Nak simpan mana nanti ? Dah tak ada ruang. Tak larat nak makan lagi. Inipun bukan saya yang bayar. Orang lain yang belanja makan. Who ? Nampak tak gambar seorang nenek muda diatas. Nenek ?! Sorry sengaja ! Jangan marah. Dialah yang belanja. Pantang reziki depan mata terus masuk KFC. Kalau orang nak belanja takkan kita orang nak tolak ?

You might be saying that i am crazy

You might be saying that i'm crazy because i'm dreaming to jump from the top of Gunung Kinabalu with wing suit. No ! I'm decided to do it. Not now but may be someday. I like to do the extreme things.That is my plan. Malaysian like to blaming others. But I don't care. You free to do so. I wanna ride this life without fear . . . .

Ginan Sumayau

No limit to be a dancer. No age limit. Keep dance as long as you happy. No matter what  . . . . Just do it ! And do it again and again and again ! It's good because that is a part of life exercise

Jika benar perkara ini maka Inilah Nasib Anggota Polis pangkat Rendah...

Anggota polis tak lapor kehadiran 'Datu Piah'

Saya sangat hairan kenapa saya sebagai seorang anggota polis yang berpangkat paling rendah dipersalahkan walaupun saya telah melaporkan semua maklumat yang saya peroleh daripada sumber saya berhubung dengan Kesultanan Sulu kepada Ketua Cawangan Khas Daerah sedangkan bukan saya seorang sahaja yang membuat risikan maklumat Kesultanan Sulu," katanya.

Anggota polis, Detektif Koperal Hassan Ali Basari yang dituduh menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Lahad Datu, awal tahun ini hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mengetahui kehadiran Datu Piah, seorang daripada adik-beradik Jamalul Kiram III, di Lahad Datu pada 13 Februari lepas.

Hassan Ali berkata pada hari itu kira-kira 4 petang, beliau dihubungi sumbernya bernama 'Saluan Bin Bawa' bahawa Datu Piah tengah minum di restoran India dekat bangunan Ambank, pekan Lahad Datu.

"Saya terus pergi ke sana dan berjumpa dengan seorang tua yang mungkin Datu Piah. Saya bertanya apa tujuan datang ke Kampung Tanduo. Dia menyatakan bahawa tujuan mereka adalah untuk menuntut hak Kesultanan Sulu, meminta kerajaan Malaysia kaji balik bayaran RM5,000, ingin membuat Kampung Tanduo sebagai perkampungan mereka dan akan mempertahankan kalau diserang," katanya ketika membela diri atas tuduhan itu di hadapan Hakim P. Ravinthran.

Hassan Ali berkata demikian ketika memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi pada 17 Julai lepas memerintahkan beliau membela diri apabila pihak pendakwaan, diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan menghasilkan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau yang berasal dari Semporna didakwa mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hassan Ali juga berkata beliau dimaklumkan orang itu (Datu Piah) bahawa mereka ada membuat tuntutan ke atas Sabah secara bertulis kepada pihak berkuasa Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Dia juga memberitahu saya bahawa kerajaan Malaysia sudah lama mengetahui tuntutan mereka sebelum kedatangan mereka ke Kampung Tanduo," katanya.

Katanya beliau memaklumkan perjumpaan itu kepada anggota polis yang bertugas di Bilik Gerakan Cawangan Khas Lahad Datu tetapi "saya tidak membuat laporan bertulis kerana pada masa itu saya masih bercuti dan keesokan harinya (14 Februari) saya berangkat ke Kota Kinabalu bagi mengatur pertunangan anak lelaki saya."

Dalam keterangannya, Hassan Ali berkata beliau bukan pengganas dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti pengganas oleh pengikut Kesultanan Sulu, sebaliknya menjalankan tugas sebagai anggota polis Cawangan Khas seperti yang diarahkan untuk membuat risikan berhubung aktiviti pengikut Datu Ismail Kiram.

"Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti perbuatan keganasan oleh pengikut Kesultanan Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Saya sangat hairan kenapa saya sebagai seorang anggota polis yang berpangkat paling rendah dipersalahkan walaupun saya telah melaporkan semua maklumat yang saya peroleh daripada sumber saya berhubung dengan Kesultanan Sulu kepada Ketua Cawangan Khas Daerah sedangkan bukan saya seorang sahaja yang membuat risikan maklumat Kesultanan Sulu," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa semua anggota Cawangan Lahad Datu mempunyai maklumat berhubung Kesultanan Sulu dan ancamannya ke atas Sabah.

"Sekiranya, Ketua Cawangan Khas Sabah mengatakan bahawa beliau tidak mendapat maklumat berhubung Kesultanan Sulu daripada Ketua Cawangan Khas Daerah, ini bermakna semua anggota cawangan khas Lahad Datu tidak melaporkan maklumat itu.

"Intipati-intipati pertuduhan ke atas saya adalah tidak benar dan bertujuan untuk menyalahkan saya sedangkan IPK Sabah di Kepayan telah mengetahui maklumat pencerobohan pengikut Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo lebih awal daripada saya sebelum pencerobohan berlaku pada 12 Februari 2013," katanya.

Beliau berkata semua maklumat berhubung Kesultanan Sulu yang diperoleh daripada sumber di luar dan dalam bandar Lahad Datu dilaporkan kepada pegawai bertugas melalui Bilik Gerakan Cawangan Khas Lahad Datu.

Katanya, selama bertugas sebagai Detektif Cawangan Khas sejak 1975, beliau tidak pernah menerima arahan daripada Ketua Cawangan Khas Sabah atau Ketua Cawangan Khas Daerah Lahad Datu supaya semua maklumat yang diperoleh hendaklah dilaporkan secara bertulis.

Hassan Ali berkata sebelum arahan diberikan kepada beliau untuk membuat risikan dan mendapatkan maklumat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan sudah mengetahui maklumat berhubung tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Bagaimanapun, beliau mengakui banyak membuat panggilan ke Filipina atas arahan pegawai atasannya bagi mendapatkan maklumat daripada sumber beliau yang dikenali sebagai 'Istino Bin Jair'.

Katanya pada 21 Februari lepas, beliau menghubungi Istino melalui telefon dan dimaklumkan bahawa 'perancangan Datu Ismail Kiram untuk menuntut Sabah memang ada dan orang-orang Suluk dari Basilan, Jolo dan Tawi-Tawi mahu membantu Datu Ismail Kiram.

Menurutnya, pada 28 Feb lepas beliau dimaklumkan Istino bahawa Datu Ismail Kiram berjumpa bekas pengikut MNLF di San Rocky, Zamboanga.

"Saya ada memberitahu kepada penyelia saya berkenaan maklumat daripada dua panggilan telefon itu dan dia telah menghantar ke Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan.

Saya juga ada membuat panggilan telefon kepada sumber saya 'Abdul Rajan' yang bertugas di Integrated National Polis (INP) di Basilan, Filipina, dan dia memaklumkan saya bahawa ada tiga kumpulan iaitu dari Basilan, Jolo dan Tawi-Tawi yang mana kumpulan dari Basilan tidak membantu Datu Ismail Kiram," katanya.

Mengenai perbualan pintasan komunikasi yang diterjemahkan saksi kedua yang dilindungi di antara beliau dengan 'Lelaki Sabah', Hassan Ali berkata ia adalah tidak benar dan ditokok tambah.

"Semasa di Mahkamah rakaman perbualan telefon saya dengan 'Lelaki Sabah' tidak dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Rakaman perbualan telefon saya dengan 'Lelaki Sabah' sepatutnya dikemukakan di Mahkamah bagi memastikan perbualan sebenar dan suara saya.

"Saya mengatakan bahawa penterjemahan pintasan komunikasi itu adalah palsu dan digunakan untuk memerangkap saya sebagai kambing hitam dalam kes ini. Saya juga tidak ada kaitan dengan Hassan yang dimaksudkan dalam penterjemahan pintasan komunikasi di antara Datu Amir Baha dan Raja," katanya.

Dalam keterangan akhirnya, Hassan Ali berkata semua bukti yang dikemukakan oleh pihak Cawangan Khas adalah tidak betul, berat sebelah dan hanyalah propaganda untuk mengenakan dan menyebabkan beliau menjadi kambing hitam mereka dalam peristiwa pencerobohan pengikut Kesultan Sulu di Kampung Tanduo.

Tertuduh yang diwakili peguam-peguam Ram Singh, Kamarudin Mohd. Chinki, Syaiful Sufyyan Sidin dan Lo Yun Sin didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Cawangan Khas Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu antara Januari dan 3 Mac lalu. Sepanjang perbicaraan bermula pada 24 hingga 28 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 18 saksi untuk memberi keterangan.

Perbicaraan bersambung semula 2 Ogos ini.

Murid makan di bilik air

 

 



Murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet hari ini.Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar di SK Seri Pistana, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.


Pihak sekolah didakwa mengarahkan murid-murid makan dalam bilik makan sementara yang terletak bersebelahan dengan tandas.Kantin sekolah juga didakwa ditutup dan dipercayai tidak menyediakan sebarang makanan sepanjang bulan Ramadan.

Sementara itu, timbalan menteri pelajaran P Kamalanathan dalam satu kenyataan petang ini menyebut, beliau telah meminta sekolah berkenaan untuk memindahkan kawasan makan sementara tersebut.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihak sekolah tidak sepatutnya memindah kawasan makan ke bilik air.

Sekiranya kantin berkenaan ditutup untuk proses naiktaraf, satu kawasan yang lebih sesuai perlu dikenalpasti untuk dijadikan ruang makan, katanya.Ini bukan tindakan yang betul. Sekolah sepatutnya melantik satu pengendali kantin sementara untuk menjalankan operasi semasa Ramadan. Siasatan ke atas kes berkenaan kini sedang berjalan untuk mengenalpasti jika sekolah tersebut tidak harus dikenakan tindakan.

Empat " Penjihad Islam "


Empat lelaki yang dituduh menculik dan mencederakan seorang anak muda Cina sebelum menconteng “Saya hina agama Islam” didadanya didakwa menculik di mahkamah Shah Alam hari ini. Mereka adalah Asri Mohamad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29 dan Agus Hariyanto Mahmod Hosen, 27, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Muneer di Seksyen 25 pada 15 Julai pada 4.30 pagi.Tiada pengakuan direkodkan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang boleh membawa hukuman maut.Semasa prosiding, peguam suspek memberitahu Nurul Shahida Zainal anak guamnya mengadu dicederakan semasa dalam tahanan.Majistret kemudian mengarahkan dua daripada suspek melakukan pemeriksaan kesihatan.

Ketika dibawa masuk ke mahkamah, dua daripada mereka menjeritkan “Allahuakhbar” selama beberapa kali sementara seorang lagi tertuduh kelihatan menangis.Keluarga mereka juga kelihatan sangat emosi.Dilaporkan mangsa Ng Mun Tatt (gambar), 21 telah mengatakan beliau diculik kerana wang dan perkataan.

“Saya hina agama Islam” merupakan taktik oleh penculik agar beliau dipukul oleh orang awam jika mahu melarikan diri

Akta 114A mengamcam pengguna Internet




Siapakah yang terancam dengan Akta 114A?
Pemilik laman web, blogger dan pemilik akaun facebook dan twitter turut terkena tempias dengan peraturan tersebut.

Definisi seksyen 114A ?
Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog,atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut. Para pengguna internet yang akaun atau komputernya digodam (hack) juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh penggodam (hacker). Seksyen 114A ini mengancam kebebasan bersuara di Internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Keburukan Seksyen 114A
  • Jika anda kena godam, anda harus bertanggungjawab terhadap bahan yang disebarkan.
  • Jika seseorang telah membuat akaun facebook yang baru dengan menggunakan nama anda, secara tidak langsung anda adalah pemilik akaun tersebut.
  • Jika anda sebar kandungan fitnah milik orang lain, anda dianggap tuan empunya kandugan tersebut
  • Jika komputer atau wifi kena ceroboh, anda sendiri bertanggungjawab atas tindakan penggodam tersebut

Jangan guna Master Password

 

Sila ambil perhatian jika anda berkongsi menggunakan laptop atau PC dengan orang lain. Entry ini sebenarnya lebih kepada soal keselamatan ketika menggunakan browser Mozilla Firefox. Perasan tak dengan dialog box di bawah ini ?

 

Ya, Firefox akan bagi pilihan untuk anda sama ada anda mahu ingat kata laluan anda atau tidak. Sesetengah orang beranggapan benda ini bagus dan sebenarnya ia adalah BAHAYA walaupun anda simpan menggunakan Master Password sekalipun. Kenapa ? Sabar ! Saya  akan tunjukkan bagaimana cara untuk mendapatkan  kata laluan  yang telah disimpan tadi menggunakan Master Password.

1. Biasanya, setiap kali kita login website / laman sesawang yang telah disimpan kata laluan dalam Master Password akan keluar paparan seperti dibawah ini. Contohnya Facebook.

 

2. Right Click dalam kotak password dan pilih Inspected Element (Q).


3. Akan keluar paparan seperti dibawah


4. Cari perkataan ini. Untuk memudahkan kerja guna kotak carian / search seperti yang telah dibulatkan diatas.

<input class=”inputtext” name=”pass” id=”pass” tabindex=”2″ type=”password”>

5. Double click pada password

 

 6. Tukarkan perkataan " password "menjadi " text " dan tekan Enter. Hasilnya macam Ini.

 


Nampak tak? Boleh simpan password. Tak ada masalah kalau hanya anda seorang sahaja yang menggunakan laptop atau PC tersebut, maksudnya tak berkongsi dengan orang lain. Sebagai peringatan, jangan guna tutorial ini untuk mengodam akaun orang lain, aku cuma nak buktikan yang menggunakan Master Password untuk simpan semua password masih tidak selamat.