Malaysia Airlines (MAS) hidang menu nasi lemak yang cacat


 

Isu tukang masak selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan mengkritik dan mengecam resipi masakan di serata Malaysia bukan satu perkara baru dan memang diketahui umum.Sebelum ini, beliau pernah mengecam sebuah restoran bertaraf lima bintang kerana menghidangkan masakan Nyonya Laksa yang tidak asli dan menggunakan resipi salah.

Terbaru, Chef Wan sekali lagi menggemparkan seluruh Malaysia apabila mengecam menu nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).Dalam kenyataan tidak puas yang dimuatnaik beliau di akaun Instagram, Chef Wan menganggap nasi lemak hidangan MAS tidak ubah seperti menu telanjang kerana hanya ada sambal dan telur rebus manakala timun, kacang dan ikan bilis ditiadakan.

Katanya, hidangan sedemikian secara tidak langsung akan memberi gambaran negatif kepada orang luar yang tidak pernah melihat dan merasai sendiri nasi lemak sebenar.Mari lihat gambar nasi lemak telanjang hasil resipi MAS serta bunyi kenyataan tidak puas hati Chef Wan yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

 

Memang penulis juga turut rasa terkilan dengan hidangan sedemikian. Meskipun hanya menaiki pesawat ekonomi namun tetap tidak patut juga dihidangkan dengan menu nasi lemak yang cacat.

Budak perempuan tujuh tahun mati dikelar bapa kandung


Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Bangi, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental.

Nelayan tangkap ikan aneh di Miri Sarawak


 

Penemuan ikan pelik merupakan satu penemuan yang boleh dianggap unik kerana masih banyak lagi spesis ikan yang kita sendiri tidak pernah temui.Jika kita lihat, memang spesis ini agak sukar ditafsirkan spesis apakah ini ?  Penemuan ini juga telah mendapat perhatian media semasa.

Seekor ikan aneh yang ditangkap di Tudan, Sarawak menimbulkan kehairanan tentang spesis sebenarnya.Mempunyai mulut bertaring tajam dan badan tirus berduri, rata-rata nelayan mahu pun penduduk setempat tidak mampu mengecam apakah jenis sebenar ikan yang berukuran kira-kira sekaki panjang itu.

Justeru penduduk setempat menggelarkannya ikan todak buat masa ini kerana muncungnya yang tajam.Ikan itu ditangkap oleh nelayan Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya di Laut China Selatan dekat Tudan, Sarawak.

Menurut Sapar kepada Borneo Post, ini merupakan kali pertama dia melihat ikan seperti ini.Ia ditangkap selepas dia dan rakan memudik bot selama 2 jam dari Sungai Miri ke laut.Mereka mula memancing sekitar 5 pagi dan tangkapan aneh itu diperolehnya kira-kira setengah jam kemudian.

Isteri Sapar, Siti Kadariah, 35, mengering dan mengawet ikan berkenaan bagi memastikan ia dapat disimpan lama kerana keunikannya.Sementara itu Pemangku Pengurus Besar Divisyen Perlindungan dan Pemuliharaan, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Oswald Braken Tisen berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti spesis sebenar ikan berkenaan.

Gunung Kinabalu : Air yang menitis kelihatan putih seperti salji


 
 * Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku

“Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.

Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu.

“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin.

“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.


Putih seperti kapas

“Air yang menitis kelihatan putih seperti salji, tetapi apabila jatuh atas batu ia hilang. Ada pendaki menyangka ia salji, tetapi saya berpendapat sebaliknya kerana salji bila jatuh ke bumi, ia kelihatan putih seperti kapas,” katanya ditemui di sini, semalam.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Suhaji Sumail, berkata pembekuan air kolam di puncak gunung jarang terjadi dan kali terakhir pernah diceritakan, berlaku lebih 30 tahun lalu.

“Ais biasa ditemui di puncak gunung, terutama pada musim kemarau, tetapi nipis dan cair apabila disentuh. Kali ini, ais ditemui tebal dan berlaku pada musim hujan.

“Saya percaya ia disebabkan cuaca sejuk yang dibawa angin kencang di kawasan puncak gunung,” katanya.

Kakitangan Taman-Taman Sabah, Jenny Jane, 29, berkata catatan suhu dicatat di puncak Gunung Kinabalu, jatuh hingga negatif dua darjah Celsius sejak pertengahan bulan ini, berbanding empat hingga lapan darjah Celsius sebelum ini.


Suhu bawah paras beku

Katanya, pemantauan pihaknya mendapati suhu di bawah paras beku dicatat dua atau tiga hari sebelum meningkat kepada sifar hingga tiga darjah Celsius, sejak seminggu lalu.

“Memang kali ini lebih sejuk disebabkan hujan berpanjangan seminggu lalu sehingga ada jadual pendakian ke puncak dibatalkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin, berkata ke-adaan berais di puncak Gunung Kinabalu akibat penurunan suhu sehingga mencapai paras beku adalah perkara biasa.

“Dakwaan salji tidak logik kerana Gunung Kinabalu tidak terletak di kawasan yang biasa berlaku salji,” katanya.

Setiap bulan rakyat Malaysia menyumbang kenaikan hutang negara


 

Tidak dinafikan hutang negara berada di paras yang tinggi ketika ini. Namun masih ramai yang tidak mengetahui atau tidak memahami permasalahan sebenar disebalik dua perkataan ini, “hutang negara”.

Terdapat banyak cakap-cakap yang menyatakan negara akan bankrap jika kerajaan tidak mampu mengawal kadar hutang negara. Saya bersetuju dengan dakwaan ini. Benar, jika hutang negara begitu tinggi, risiko negara untuk menjadi sebuah negara bankrap ada kemungkinannya.

Walaupun begitu, melihat senario hutang negara ketika ini, untuk menyatakan negara mungkin menjadi bankrap adalah sangat tidak tepat. Ini kerana ramai tidak memahami atau tidak mengambil kira penjelasan yang diberikan kerajaan.

Hutang negara merangkumi hutang dalam negara serta hutang luar negara. Untuk rekod sehingga September 2013, hutang negara adalah RM529.2 billion atau 53.6% dari KDNK negara. Dari jumlah ini, RM512.3 billion adalah hutang dalam negara manakala RM16.9 billion adalah hutang luar negara.

Untuk memahami lebih lanjut, lebih baik kiranya kita memahami terlebih dahulu hutang luar negara. Hutang luar negara adalah hutang berbentuk pinjaman sama ada untuk membiayai projek mahupun pinjaman dari pembelian asset untuk negara.

Hutang luar negara ini yang mungkin membankrapkan negara atau negara mungkin terpaksa dikawal oleh negara asing. Melihatkan peratusan yang rendah iaitu hanya 3.2% dari keseluruhan tanggungan hutang negara, adalah mustahil negara ini akan jatuh atau dikawal oleh negara asing.

Namun begitu, tidak semua dari hutang ini dibayar melalui pertukaran wang tunai. Terdapat juga beberapa perjanjian yang dijalankan antara negara Malaysia dan negara lain tidak memerlukan sepenuhnya pembiayaan melalui pertukaran wang.

Sebagai contoh, ketika Malaysia membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia untuk kegunaan TUDM, pembiayaan yang digunakan adalah melalui pertukaran minyak sawit mentah dengan 18 buah jet pejuang tersebut. Tambahan lagi, pihak kerajaan Rusia juga turut membiayai latihan untuk angkasawan pertama negara melalui perjanjian yang dimeterai ini.

Berbalik semula kepada hutang dalam negara. Ramai tidak menyedari setiap bulan majoriti rakyat Malaysia menyumbangkan kepada kenaikan hutang dalam negara.

Jika tidak percaya, sila lihat penyata gaji anda setiap bulan. Pasti adanya penolakan gaji anda untuk caruman KWSP. Ramai tidak menyedari, KWSP adalah penyumbang utama kepada hutang negara.

Jika benar dakwaan negara semakin hampir kepada bankrap, pernahkah terdapat masalah KWSP tidak mampu membayar simpanan rakyat pada usia 50 tahun? Tiada !

Selain itu juga, ramai dari kalangan rakyat tidak mengetahui ASB serta pelbagai lagi jenis amanah saham dari PNB turut menjadi penyumbang utama kepada hutang dalam negara.

Sekali lagi tanya pada diri, adakah ASB tidak menguntungkan serta tidak memberi pulangan kepada pemegang akaun ? Untuk tahun 2013 sahaja, dividen yang diberi kepada pemegang akaun ASB adalah 8.7%. Ianya boleh dianggap pulangan yang tinggi bagi sesuatu bon kerajaan.

Ramai yang tidak mengetahui wang rakyat yang dicarum melalui KWSP dan amanah saham (ASB, ASN, AS1M, ASW, AHM dan lain-lain) adalah berbentuk pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Pinjaman inilah yang digunakan kerajaan bagi membiayai pembangunan serta projek-projek kerajaan. Seperti yang dikatakan tadi, tiada masalah yang dihadapi kerajaan untuk membuat bayaran balik kepada rakyat. KWSP misalannya, apabila pencarum berumur 50 tahun, mereka boleh terus mengeluarkan simpanan mereka.

Begitu juga dengan ASB. Apabila pemegang akaun hendak mengambil keuntungan yang diterima, tanpa masalah mereka boleh mengeluarkan wang tersebut.

Kombinasi antara KWSP dan amanah saham melalui PNB ini merangkumi lebih 70% keseluruhan hutang dalam negara. Kita perlu faham, KWSP dan ASB atau ASN mempunyai kecairan yang tinggi maka adalah mustahil jika kita mendakwa negara menghampiri kepada bankrap.

Kepada rakyat Malaysia, diharap penjelasan di sini mampu menjawab tuduhan serta dakwaan yang dibuat beberapa pihak kononnya Malaysia gagal mengawal hutang negara serta negara mampu menjadi bankrap dan berkemungkinan besar dikawal negara asing.

Jika anda tidak percaya penulisan di sini, terpulang kepada anda. Teruslah mempercayai penipuan, dan teruslah hidup dalam penipuan. Akhir kata, berkatalah benar, walaupun ia pahit.

Terdapat tanda-tanda turunnya salji di puncak Gunung Kinabalu


Adakah salji turun di Gunung Kinabalu sebelum waktu subuh 17 Januari apabila suhunya menurun kepada -3°C ?

Satu laporan diserahkan kepada Taman-Taman Sabah oleh ketua ranger, Martin Mogurin yang menunjukkan terdapat tanda-tanda turunnya salji di puncak Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,101 meter di Crocker Ranger pada kira-kira pukul 4 pagi.

Martin berkata, petunjuk di gunung itu telah dinyatakan dalam laporan tetapi tidak dapat disertakan dengan gambar kerana keadaan ketika itu gelap.

Pegawai Taman-Taman Sabah sedang mengesahkan laporan itu. Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Zainal Adlin, yang mendakwa bahawa pernah mendaki setiap permukaan Gunung Kinabalu sejak lima dekad lalu berkata, beliau tidak terkejut dengan laporan gunung itu dilanda salji. Zainal berkata, ais di gunung itu merupakan perkara biasa, terutama pada awal pagi.

Pengarah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal berkata, beliau sedang mengumpulkan maklumat tetapi sangsi dengan keadaan salji itu.

Pakar meteorologi Sabah bagaimanapun tidak menolak sebarang kemungkinan adanya salji turun di Gunung Kinabalu kerana ia berada begitu hampir dengan Khatulistiwa.

"Berlakunya ais, ya, tetapi salji? Tidak mustahil," kata Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malik Tussin.

Beliau berkata, Sabah mengalami suhu sejuk ekoran angin Siberia yang berlaku dengan jumlah hujan yang tinggi kerana musim monsun timur laut dan tekanan atmosfera rendah di Sabah.

Pelampau Islam perlu di kekang kata Kristian Sabah


 
* Gambar sekadar hiasan. Gambar di ambil dari En . Google 
 
Penganut Kristian di Sabah hari ini mencabar perdana menteri untuk menjadi pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan kepada orang Islam sahaja serta bertindak terhadap usaha-usaha campur tangan dalam hal agama dan juga etnik mereka.

Menggesa Datuk Seri Najib Razak bertindak terhadap " politik Islam ", penganut Kristian daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah berkata, ancaman kepada mereka datang daripada usaha pengislaman terhadap mereka oleh "ekstremis dari Semenanjung dan elemen sesat di Putrajaya".

PAN berkata berikutan ancaman politik Islam, terdapat peningkatan membimbangkan dalam penukaran agama di kalangan " anak negeri " yang kebanyakannya terdiri daripada Kristian Bumiputera melalui ugutan, ancaman, penipuan dan sumbangan.

PAN mendakwa dalam keadaan tertentu mereka turut dijanjikan tanah.

Perjumpaan di Ranau pagi ini adalah untuk "mamangkis" hak mereka, kumpulan itu berkata, "Kami tidak melihat orang Islam, dan mereka yang menjadi Muslim secara sukarela sebagai musuh kami".

"Kami sentiasa menganggap mereka sebagai saudara kami tetapi sejak 50 tahun lalu kita menghadapi ancaman daripada pihak pelampau  politik Islam. Beberapa pihak mengelarkannya sebagai genoside (penghapusan bangsa)," kata PAN dalam kenyataannya.

“ Mamangkis ” adalah seruan kepada masyarakat lama Kadazan Dusun Murut yang digunakan oleh nenek moyang mereka bagi memanggil perhimpunan pasukan pahlawan untuk berperang.  Ia kini digunakan sebagai satu seruan kebangkitan kepada penganut Kristian.

Bagi menyokong dakwaan terdapatnya kadar yang tinggi terhadap usaha penukaran agama itu, PAN berkata pada tahun 2009 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah mendedahkan pada tahun 1970 sehingga 2009, Majlis Agama Islam Sabah (Muis) mencatatkan kemasukan seramai  117,579 orang saudara baru.

Sambil menyifatkan politik Islam sebagai "  satu strategi jangka panjang untuk Islam menguasai ", PAN mendakwa ini adalah sebab berlakunya kemasukan Islam secara besar-besaran pada hari tahun baru apabila 36 penduduk kampung di daerah Pitas yang terletak di kawasan pedalaman utara Sabah memeluk Islam tanpa kerelaan mereka.

Penduduk kampung mendakwa mereka diperdaya dengan diberikan wang sebanyak RM100 sebagai tarikan.

" Muslihat ini dengan bangganya diakui oleh sekumpulan Muslim di Selangor yang dikenali sebagai 'Islam & Melayu ', " kata PAN.

"Portalnya, www.Islamweb.net berkata penukaran itu dilakukan bersama oleh Yayasan Ikhlas dan Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah.

" Sejarah mengajar kita bahawa pembentukan Malaysia adalah idea hebat daripada Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul Rahman"

"Sejarah juga memberitahu kita bahawa Tunku telah memberikan restu kepada (ketika itu Ketua Menteri Sabah ketiga) Tun Mustapha Harun terhadap penukaran agama anak negeri tidak lama selepas pembentukan Malaysia."

PAN mendakwa dasar penukaran agama  Bumiputera Kristian yang menggunakan bahasa Melayu tetap diteruskan tanpa henti.

PAN juga kecewa dengan sikap berdiam diri Najib mengenai isu-isu agama dan berkata: " Sehingga hari ini, beliau masih mengabaikan rayuan kami untuk tindakan dan keadilan dalam menghadapi pelampau "

" Sikap berdiam diri beliau sudah dianggap sebagai sokongan kepada puak pelampau yang ingin meneruskan politik Islam melalui cara menindas"

PAN juga mempersoalkan sikap berdiam diri Najib mengenai tuntutan mereka bahawa Putrajaya, melalui Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) mempunyai dasar untuk mengklasifikasikan semula penganut Kristian anak negeri yang mempunyai  “ Bin ” atau “ Binti ” pada nama sebagai orang Islam dalam MyKad mereka.

" JPN hanya akan membetulkan data itu jika orang-orang Kristian terbabit boleh membuktikan kepada Mahkamah Tinggi Syariah bahawa mereka bukanlah Islam sebelumnya, " katanya.

PAN berkata, Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah  menyenaraikan 162 kes seumpamanya dan peguam mereka telah menyerahkannya kepada JPN untuk tindakan pembetulan empat tahun lalu.

PAN mendakwa jawapan JPN adalah," kesemua 162 fail hilang dalam pejabat mereka ".

Kata PAN, sehingga fail ditemui, 162 Kristian Bumiputera berkenaan secara rasminya adalah orang Islam.

Memetik satu lagi contoh yang dilakukan pihak pelampau politik Islam, PAN berkata Majlis Gereja Sabah dan juga Gereja Roman Katolik Sabah mengadu kepada Kementerian Pendidikaan tahun lepas berhubung rancangan rahsia untuk menukar agama pelajar Kristian bawah umur di kediaman Kolej Matrikulasi Labuan kepada Islam.

" Sehingga kini tidak ada tindakan yang diambil ke atas aduan tersebut. Kami sudah mengemukakan fakta-fakta tetapi  apa yang kami dapat adalah sikap berdiam diri perdana menteri .

"Kami tidak menyerang beliau secara peribadi tetapi kita mempersoalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Najib mesti membuat pendirian dan diam bukan pilihan. Najib mesti memimpin untuk meyakinkan kami bahawa beliau bukan sahaja perdana menteri untuk orang Melayu tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Semua mesti dilayan dengan adil dan mempunyai kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan  pilihan mereka.

"Kami mengakui Islam adalah agama persekutuan  tetapi  bukan pengamal pelampau politik Islam, yang pastinya tidak dibayangkan pihak yang merangka Perlembagaan Persekutuan. "

Ramainya Kristian ditipu diperdaya masuk Islam oleh Muslim

* Gambar sekadar hiasan.Gambar di ambil dari En.Google

Lebih ramai penganut Kristian di pedalaman menukar agama kepada Islam daripada apa yang dilaporkan, menurut satu mesyuarat paderi Kristian di Kota Kinabalu.

Mesyuarat tergempar itu diadakan pada Rabu lalu selepas  penganut Kristian di kawasan pedalaman Pitas diperdayakan untuk meninggalkan agama tersebut selepas diberikan ganjaran RM100.

Laporan berita sebelum ini berkata, 64 penduduk termasuk kanak-kanak daripada tiga kampung di pedalaman Sabah di daerah Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop ditipu sebelum diislamkan semasa hari tahun baru.

“ Ya, ia berlaku seperti apa yang diberitahu orang kita, ” kata Presiden Gereja Protestan Sabah (PCS), Rev Jensey Mojuin.

Mojuin sebelum ini berkata, mereka bimbang dengan “ laporan tidak rasmi ” tentang apa yang berlaku terhadap penganut agama tersebut di Kudat, Kota Marudu, Kanibongan, Paitan dan Pitas.

Terdapat juga laporan tidak rasmi mengatakan terdapat penukaran agama berlaku secara paksa di utara dan timur Sabah.

Kumpulan Kristian di negeri tersebut, termasuk parti politik daripada kedua-dua kerajaan dan pembangkang bersatu untuk menghalang usaha menukar agama penduduk pedalaman ini.

Mojuin berkata, mesyuarat tersebut sudah bersetuju gereja perlu mengadakan kempen kesedaran di kalangan ahli mereka dengan menganjurkan seminar dan bengkel.

“Kami masih merangka program seminar. Satu mesyuarat akan diadakan bagi memutuskan tarikh seminar itu,” katanya.

Bimbang untuk mengulas panjang isu sensitif itu, Mojuin berkata, badan bukan kerajaan (NGO) Islam sudah mengurangkan “ aktiviti ” mereka selepas insiden pertukaran agama di Pitas tempoh hari mendapat perhatian media.

Katanya, gereja lain yang terdiri daripada kumpulan orang asli di kawasan pedalaman juga diselubungi isu sama dan beliau menggesa Majlis Kristian Sabah (SCC) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini.

Esok, NGO Kristian daripada suku kaum orang Asli iaitu Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kebebasan beragama dengan mengadakan acara "mamangkis" di bandar pelancongan Ranau kira-kira 108 kilometer dari Kota Kinabalu.

" Mamangkis " merupakan satu upacara Kadazan Dusun Murut yang digunakan oleh nenek moyang mereka bagi menyeru pahlawan ke medan perang tetapi sekarang acara itu diadaptasi bagi menyeru semangat kebangkitan.

PAN berkata, mamangkis di Penampang pada hujung tahun lalu diadakan setelah percubaan melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah seperti mana dalam Perjanjian Malaysia.
50 tahun satu masa yang panjang tetapi terma yang kami persetujui untuk menjadi sebuah negara besar dan baru masih segar dalam ingatan.

“ Kami dikhianati. Tiada pengkhianatan yang lebih besar melainkan dikhianati oleh keluarga sendiri,” kata PAN.

Sebahagian daripada mereka dari Kampung Layung Maliau yang ditukarkan agamanya kepada Islam berkata awal minggu ini, jiran mereka yang diperkenalkan dengan NGO Islam pada hari tahun baru menawarkan bantuan kewangan sebanyak RM800.

Pada hari tahun baru, mereka pergi ke Pitas untuk mendapatkan wang tetapi diarahkan pergi ke masjid.

Setibanya di masjid, mereka dikehendaki menandatangani borang yang tidak diketahui kandungannya kerana buta huruf yang kemudiannya diminta mengucap “ kalimah asing ”

Sebahagian daripada mereka yang menyimpan borang itu menunjukkan kepada pemimpin gereja yang kemudiannya memberitahu borang kebenaran itu menyatakan mereka menukar agama dengan kerelaan hati.

Kristian Sabah halang Muslim islamkan orang dengan cara menipu

 
* Gambar sekadar hiasan. Gambar diambil dari En . Google

Kumpulan Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk mengislamkan mereka.

Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.

"Kita mahu PM cakap sesuatu. Beliau bukan PM Melayu sahaja, tetapi PM semua orang," kata Pengerusi PAN, Esther Golingi.

PAN mengambil semangat Kadazan Dusun Murut lama ketika perang, Mamangkis yang digunakan oleh nenek moyang mereka untuk menghimpunkan pahlawan untuk berperang.

Golingi bagaimanapun berkata, seruan sekarang adalah dalam bentuk konteks sebagai Kristian seruan untuk bangkit semula.

PAN akan mengadakan mamangkis di Ranau pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada program mereka dengan sasaran ratusan Kristian akan turut serta.

Mobilisasi PAN bermula selepas laporan terdapat sekumpulan 64 penduduk kampung, termasuk kanak-kanak daripada tiga kampung di pedalaman Sabah di daerah Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop ditipu sebelum diislamkan.

Kesal dengan janji yang dilanggar Putrajaya apabilla Sabah menyertai Malaysia, PAN khuatir kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan tidak lagi diamalkan.

" Kami tidak berdendam dengan Islam jika ia diterima tanpa sebarang paksaan. Namun kami kecam penukaran agama yang dilakukan dengan penipuan dan rasuah. "

" Kita mahu menyembah Tuhan. Kita mahu bersatu sebagai Kristian. Dengan lebih 30,000 penduduk Sabah bekerja di Semenanjung, apa jadi kepada kebebasan beragama," kata Golingi dan menambah penduduk Kristian Sabah tidak lagi dibenarkan membawa Bible berbahasa Melayu ketika berada di Semenanjung.

Kumpulan di Sabah dan Sarawak tidak berhenti berdebat berhubung isu penggunaan perkataan Allah kerana kebanyakan penduduk pribumi beragama Kristian merasakan ketegangan di Semenanjung mengenai isu itu mula dirasai di Borneo.

" Hari ini, kita kehilangan kebebasan diberikan Tuhan dalam banyak perkara. Kita tidak dibenarkan untuk merujuk Tuhan sebagai Allah. Lebih malang, kita tidak dibenarkan mengajarkan anak kita tentang Tuhan, yang mereka kenal sebagai Allah, pencipta alam ini, " katanya.

Beliau berkata, agama kini dijadikan mainan politik dan Malaysia perlu melihatnya kembali.
Kita perlu berpegang kepada Perlembagaan yang mengakui hak kebebasan beragama.

"Kebebasan beragama bermakna kebebasan beragama," katanya.

Ketegangan timbul selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Kumpulan Islam kemudiannya turut berhimpun berhampiran gereja di Klang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dalam Bible mereka.

Editor penerbitan mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew turut disiasat di bawah Akta Hasutan selepas mengatakan gereja di Selangor akan tetap menggunakan perkataan Allah dalam upacara keagamaan mereka.

Kristian membentuk 9% daripada 29 juta rakyat Malaysia.

Dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera yang kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak.

NGO Sabah cegah usaha kumpulan Islamkan penganut Kristian


 
* Gambar sekadar hiasan. Gambar di ambil dari En . Google

Sekumpulan badan bukan kerajaan dari Sabah bekerja siang dan malam bagi mewujudkan kesedaran terhadap penganut Kristian miskin terutamanya di kawasan pedalaman apabila semakin banyak kumpulan Muslim cuba mengislamkan mereka.

Enggan dinamakan, salah seorang daripada koordinator kumpulan berkenaan berkata bahawa pemimpin parti daripada kedua-dua pihak, gereja, dan NGO bukan Islam berganding bahu menghalang usaha berkenaan.

"Lebih sedozen kumpulan, atau NGO Muslim terlibat. Mereka cuba mengislamkan penganut Kristian kepada Islam dengan sebanyak mungkin.

"Mereka bergerak untuk mengislamkan penganut Kristian di luar bandar, yang kebanyakannya buta huruf kepada Muslim," katanya.

Beliau berkata, majoriti daripada kumpulan NGO berkenaan adalah daripada Semenanjung, namun antara yang paling aktif adalah NGO dari Sabah.

Katanya, mereka adalah penduduk pribumi yang diislamkan.

"Bercakap dalam bahasa ibunda mereka memberikan kelebihan kepada NGO Islam dari Semenanjung," katanya.

Difahamkan, sebahagian daripada mereka yang aktif mengislamkan penduduk tempatan menggunakan khidmat orang tengah untuk memujuk kumpulan sasaran mereka.

"Mereka akan pergi kepada penduduk kampung yang miskin di pedalaman dan menawarkan ganjaran, kebiasaannya sejumlah wang yang banyak," kata koordinator itu.

Awal tahun ini, sekumpulan 64 individu, termasuk kanak-kanak daripada tiga perkampungan di pinggir Pitas - Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – mendakwa mereka ditipu memeluk Islam.

Mereka berkata, seorang jiran memberitahu "ada orang dari Kuala Lumpur" memberikan "bantuan kewangan" sebanyak RM800, tetapi mereka perlu ke Pitas untuk mendapatkannya.

Pada Tahun Baru, mereka ke bandar, dan kemudiannya di bawa ke masjid berhampiran.

Penduduk kampung kemudiannya diberikan RM100 dan diminta cap jari mereka diambil. Mereka kemudiannya diarahkan berbaris dan menyebut "perkataan asing."

Penduduk kampung mendakwa mereka diislamkan selepas membawa dokumen berkenaan kepada pemimpin gereja.

Presiden Gereja Protestant Sabah, Rev Jensey Mojuin, berkata bahawa pemimpin gereja akan bertemu pada Rabu untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

"Kita mahu mendengar daripada pastor tentang apa yang berlaku," kata Mojuin.

Mojuin berkata, beliau turut menerima laporan sama di Kudat, Kota Marudu, Kanibongan dan Paitan.

"Semuanya daripada akhbar," katanya, dan menambah PCS mempunyai kira-kira 43,000 keahlian.

PCS adalah merupakan salah satu daripada empat anggota Kesatuan Lutheran Dunia di Malaysia.

Kami diperdaya peluk Islam, dakwa penduduk kampung


Gereja Protestan Sabah kecil dan berwarna putih terletak di kampung Dusun Layung Maliau, kawasan pedalaman di daerah Pitas, sekali lagi dipenuhi penduduk kampung bagi pertemuan Ahad mereka semalam.

Ia penuh sesak sejak Ahad pertama dalam 2014.

Bagaimanapun, apa yang pelik dalam 100 orang penduduk kampung miskin ini adalah satu pertiga daripada mereka adalah “orang Islam”.

"Mereka fikir mereka sudah berjaya mengislamkan kami. Mereka salah. Kami masih Kristian dan iman kami kepada Tuhan tidak pernah berubah," kata suri rumah Lenney Masangal menjelaskan kehadiran "orang Islam" di gereja itu.

Ibu kepada tiga anak berusia 41 tahun itu adalah seorang daripada 33 penduduk kampung yang mendakwa diperdaya memeluk Islam demi mendapatkan RM100 pada hari Tahun Baru.

Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 64 orang, termasuk kanak-kanak, dari tiga buah kampung di Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop – yang mendakwa menukar agama kepada Islam.

Masalah mula muncul pada malam Tahun Baru.

Seorang penduduk kampung yang baru pulang dari pekan Pitas, memanggil semua orang ke rumahnya untuk mengumumkan "berita baik" bahawa" beberapa orang dari Kuala Lumpur" memberikan mereka bantuan kewangan.
Maison berasa sangat sedih dan tertipu dengan kejadian yang berlaku."Kami semua pergi ke rumahnya untuk mendengar bagaimana kami juga boleh menerima bantuan kewangan itu," kata petani Maison Bilu.

Apabila diberitahu mereka akan mendapat sejumlah RM800 seorang, Maison berasa sangat teruja.

Lelaki berusia 44 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan dengan tujuh ahli keluarga, dia hanya memikirkan jumlah wang yang bakal diperoleh.

"Tiada siapa yang bertanya siapa yang akan memberikan bantuan kewangan itu. Kami hanya diberitahu bahawa  ada 'orang dari Kuala Lumpur'. Kami juga langsung tidak pun bertanya sebab mereka memberi kami wang ini," kata Maison.

"Semua orang hanya mahu wang. Itu sahaja."

Mendapat wang sebanyak RM800 adalah seperti memenangi loteri bagi penduduk kampung yang bergantung hidup sumber pertanian untuk menyara hidup.

Maison menanam ubi kayu, sayur-sayuran dan jagung untuk menanggung keluarganya.

Kampung ini juga masih belum mempunyai bekalan elektrik dan air paip.

Mereka yang berkemampuan, hanya mempunyai generator untuk memasang lampu dan televisyen yang bagi mereka sangat penting.

Untuk sampai ke kampung itu, memakan masa selama dua jam dengan menaiki kereta dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu.

Dari Kota Marudu, dua jam diperlukan sebelum sampai ke Sungai Penipak iaitu sungai utama di Pitas.

Dari sungai, perlu berjalan kaki selama satu hingga dua jam melalui jalan yang penuh debu – laluan yang ditinggalkan oleh syarikat pembalak suatu masa dahulu.

Jalan berkenaan bukanlah berada dalam kondisi yang disertai juga dengan banyak bahagian bercuram.

Apabila hujan, jalan tersebut menjadi sangat licin dan apabila kering, ia sangat berdebu.

Lokasinya yang begitu jauh membuatkan wakil rakyat yang mereka pilih sejak 50 tahun lalu tidak pernah menjejakkan kaki di kampung itu.

Begitu juga pendakwah Islam.

"Kami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Jumlah RM800 itu lebih banyak daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Semua orang sangat teruja," kata Maison.

"Untuk mendapatkannya juga adalah mudah. Kami hanya perlu memberikan nama dan nombor MyKad kepada jiran kami itu. Itu sahaja.

"Bagaimanapun, kami diberitahu perlu pergi ke dewan bandar Pitas keesokan harinya (hari Tahun Baru) untuk menerima wang tunai berkenaan."

Justeru pada hari berikutnya, seramai 33 penduduk kampung yang  teruja itu bersusah-payah melalui jalan yang kotor sejauh 3km untuk ke sungai.

Sebaik sahaja menyeberangi sungai melalui jambatan gantung, tiga buah kereta telah menunggu untuk membawa mereka ke dewan bandar.

"Apabila kami sampai dewan, kami diberitahu untuk pergi ke 'masjid' sebaliknya," kata Maison.

"Di masjid itu, kami semua disajikan dengan makanan dan minuman. Mereka kemudiannya meminta MyKad kami dan menyuruh kami menandatangani borang. Saya tidak tahu apakah borang itu kerana saya tidak tahu membaca atau menulis. Tiada siapa menerangkan kepada kami apakah borang itu .

"Kami semua buta huruf. Saya tidak pernah pergi ke sekolah dan begitu juga isteri saya," katanya merujuk kepada isterinya Nafsiah Momin .

"Jadi saya meletakkan cap jari saya pada borang tersebut."

Apa yang membingungkan Maison adalah individu yang membantu beliau meletakkan cap jari di atas borang yang tidak pula mengambil borang itu semula.

"Dia memberikan saya sampul surat yang besar dan di dalamnya terdapat beberapa sampul surat yang lebih kecil, sampul surat berwarna.

"Saya tidak segera membukanya untuk memeriksa kandungannya kerana kami diberitahu agar berdiri dalam satu barisan di dalam bilik.

"Seorang lelaki kemudian meminta kami mengulang kata-katanya. Saya tidak faham apa yang dikatakanya kerana ia sangat asing bagi saya.

"Pada akhir majlis, lelaki itu memberitahu bahawa kami telah memeluk agama Islam dan kami kini semua orang Islam.

"Saya terkejut. Saya segera mengheret isteri dan anak-anak keluar dari masjid sambil bertanya diri sendiri apa telah berlaku," kata Maison.

Beliau berkata, apabila membuka sampul surat yang lebih kecil, dia mendapati wang sebanyak RM100 dalam sampul surat kuning dan RM50 dalam sampul surat hijau.

Beliau kemudian mengetahui bahawa RM100 adalah untuk orang dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak .

Borang yang masih ada pada Maison kemudiannya diserahkan kepada paderi di gereja yang memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah satu bentuk persetujuan dan beliau telah bersetuju untuk memeluk agama Islam.

Bagi Jusman Masid, 41, seluruh kejadian itu membuat dia berasa sedih dan ditipu.

"Ya, RM800 adalah jumlah yang sangat besar kepada saya. Saya berasa amat gembira apabila mengenangkan bahawa saya akan mendapat bantuan kewangan .

"Tetapi kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu sebanyak RM100 dan secara terselindung telah bertukar agama. Saya benar-benar rasa ditipu."

Isteri Jusman, Lenny (gambar) berkata, “penukaran agama” itu tidak memberi apa-apa makna kepada mereka semua.

"Kami masih Kristian. Kita masih pergi ke gereja setiap hari Ahad dan gereja semakin penuh sejak kejadian ini."

Selepas lebih daripada dua minggu berhadapan dengan penderitaan mental, Lenny berkata dia berasa "gembira" sekarang apabila terdapat NGO  Kristian di negeri ini  yang melantik peguam bagi mengambil tindakan undang-undang dan menyelesaikan perkara berkaitan status agama mereka.

"Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang Muslim dan tidak pernah mahu menjadi seperti mereka."

Penduduk kampung, diketuai oleh jiran yang memberitahu mereka berkenaan bantuan itu, Makadan Masabu, 54, telah membuat laporan polis berhubung penukaran agama sebagaimana yang didakwa.

Mereka mendesak pihak polis untuk menyiasat tuntutan mereka itu agar mereka bukan sahaja dapat mengekalkan kepercayaan mereka sebagai orang Kristian tetapi untuk memberi amaran kepada orang lain yang mungkin juga ditipu seperti mereka .

Isu kangkung melangkah setapak lagi dalam laporan BBC


 

Isu kangkung melangkah setapak lagi apabila terus mendapat liputan dalam siaran radio World Service BBC hari ini pada 7.30 ( 18/1/2014) malam tadi.Rancangan itu melaporkan fenomena media sosial di Malaysia termasuk blog, Twitter dan Facebook dibanjiri dengan pelbagai cerita dan sindiran kangkung.

Dalam siaran BBC melaporkan bahawa warga Malaysia sangat gemar berjenaka mengenai kangkung pada minggu ini dan sukar untuk lari dari topik ' Kangkung '. Isu Kangkung hanya cerita kecil mengenai sayur-sayuran tetapi banyak isu yang dimainkan termasuk kos sara hidup, harga barangan dan perkhidmatan, kebebasan bersuara dan ahli politik.






Kerana pulut santan binasa. Kerana kenyataan Kangkung . . .



 











Perkataan ' Kangkung ' kini sudah menjadi viral gara-gara Najib Razak marah dengan rakyat kerana tidak memuji kerajaan ketika harga kangkung turun. Rakyat jangan asyik menyalahkan kerajaan jika harga barang naik tanpa mengucapkan pujian dan terima kasih apabila harga sayur-sayuran turun seperti kangkung.

Akibat dari kenyataan yang dianggap oleh rakyat sebagai kurang cerdik dalam memberikan contoh dengan majoriti rakyat menganggap ianya suatu kenyataan yang menghina dan mencemuh rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikkan kos sara hidup yang semakin tinggi setiap hari.Bila pemimpin persendakan rakyat maka bersedia pula rakyat mempermainkan pemimpin ( Tit for Tat )

Tukar agama dibayar RM100 ?



Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak.

Belum sempat isu ini reda, penduduk Sabah merungut bahawa ada pihak memperdaya penduduk kampung di sekitar Sabah untuk menerima kepercayaan Islam.

Menurut sumber, penduduk kampung akan diberikan ganjaran RM100 sahaja kepada mereka yang berjaya menukar agama.

Hal ini disebarkan melalui laman sosial Facebook yang ternyata menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna Facebook Sabah dan Sarawak.

“Jangan kerana harta yang tidak seberapa itu penduduk mahu tukar agama, kesian orang kampung yang tidak tahu apa-apa jadi mangsa,” ujar Fabian Osmond Daimon

Sementara itu, Gendang Gindien dari Sibu mendedahkan bahawa sekitar tahun 1970-an, ada rumah panjang diberikan elaun RM300 dan elaun bulanan RM100 jika mereka memeluk Islam.

“Tidak tahu sekarang masih terima elaun atau tidak, saya pun tidak ambil kisah dan sampai sekarang mereka masih Islam dan balik rumah panjang seperti biasa,” tegas beliau

Joshua Jabeng pula berkata: “Saya ingat hanya di Sarawak sahaja berlaku hal begini, Sabah pun menerima nasib yang sama.”

Kira-kira 27 penduduk dari Kampung Maliau, semuanya penganut Kristian membuat satu laporan polis mengenai upacara penukaran agama secara besar-besaran pada 1 Januari lepas.

Makadan Masabu, 54 tahun, berkata beliau dihubungi seorang kenalan yang memberitahunya, satu kumpulan dari Kuala Lumpur akan melawat Pitas untuk memberi bantuan ‘kebajikan’ di Kota Marudu pada Disember tahun lepas.

“Lelaki itu memberitahu saya, kumpulan itu akan memberi bantuan kebajikan kepada penduduk kampung dalam bentuk wang tunai,

“Apabila kami tiba di tempat itu, semua MyKad kami dikutip dan kemudiannya dikembalikan, dan kami disuruh menandatangani satu borang yang kami tidak faham kerana kebanyakan kami buta huruf,” kata Masabu.

Mereka kemudiannya disuruh duduk secara berkumpulan dan menyebut “kata-kata yang kami tidak faham”.

“Selepas itu seorang lelaki yang dikenali memberitahu kami, kami semua sudah bertukar agama. Kami terkejut dan panik,” katanya.

Selepas upacara itu, mereka masing-masing diberi satu sampul berisi RM100, katanya.

Satu portal berita agama atas talian juga melaporkan upacara itu melibatkan 74 penduduk dari tiga kampung di Pitas.

Hal ini terjadi juga di Sarawak, sesetengah ibu bapa yang enggan nama mereka didedahkan memberi aduan bahawa anak mereka dipaksa berdoa dengan cara Islam dan belajar Jawi atau bahasa Arab di sesetengah sekolah.

Nasib ' Kangkung Malaysia ' ada di tangan Pekebun


Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel “ kangkung ” dalam laman berita antarabangsa, BBC.

Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.

Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.

Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, " Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan ! "

Satu lagi pengguna Twitter dengan gelaran @AshgailYu menyifatkan langkah ini sebagai sangat " menyedihkan ".

Pengguna Twitter @steventsh pulah memerli kerajaan Najib dengan sindiran " ianya akan menyelesaikan segala masalah " merujuk kepada langkah kerajaan untuk menghalang artikel itu.

Bagaimanapun, pengguna internet masih boleh membaca artikel itu melalui laman Google Search dengan menekan " Cached " di simbol " tekan bawah " bersebelahan URL artikel tersebut.

Rakyat kini sering merungut tentang kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik, minyak petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasakan April 2015.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuat naik ke laman video Youtube dan mendapat tontonan ramai rakyat yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk " Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung " melalui BBC Trending.

Artikel itu bagaimanapun telah dihalang di internet Malaysia atas sebab yang masih belum diketahui.Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit.

Pemerintahan Najib sudah nazak umpama ' Kangkung ' yang tidak lama lagi dipetik oleh tuan punya kebun. Kangkung yang tidak subur harus dipetik dibuang dari batas diganti dengan sayur lain.

                                                      Pucuknya angkuh memanjat bukit,
                                                      Tak sedar akar terendam air parit,
                                                      Rakyat mengeluh lelah dan sakit,
                                                      Sedikit diberi banyak diungkit.

                                                      Pucuknya angkuh memanjat bukit,
                                                      Tak sedar akar diair parit,
                                                      Bagaikan melepas anjing tersepit,
                                                      Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.




Lawak ‘ kangkung ’ Najib turut jadi berita antarabangsa


Gara-gara kenyataan kontroversi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai harga kangkung yang turun di pasaran menyebabkan beliau bukan sahaja  dikritik hebat oleh rakyat bahkan turut mendapat liputan media antarabangsa.

Portal berita online BBC melalui kolum "#BBC Trending: Be careful what you say about spinach" (berhati-hati apa yang anda katakan tentang kangkung) menyiarkan, semenjak video kenyataan Najib itu dimuat naik, ia dijadikan bahan lawak dan antara topik hangat dibincangkan dalam laman sosial.

Dalam portal tersebut menyifatkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan memuncak apabila perdana menteri mengeluarkan kenyataan tidak sensitif tatkala kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti gula dan tarif elektrik di Malaysia.

"Di kala kemarahan rakyat terhadap kerajaan kerana kenaikan harga dalam perkara asas seperti bahan api dan elektrik, Perdana Menteri memilih untuk bercakap mengenai penurunan harga kangkung sebagai contoh bahawa tidak semua harga naik di Malaysia.

"Ia menyebabkan Najib dikritik hebat apabila rakyatnya bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, namun terpaksa melihat korupsi dan perbelanjaan mewah kerajaan Malaysia," seperti yang dipetik dalam portal tersebut.

Selain itu, BBC turut melaporkan bahan lawak kangkung juga menjadi satu fenomena apabila ribuan memberi komen di laman sosial seperti di Twitter, manakala di Facebook pula, laman akaun ditubuhkan dengan pengikutnya mencecah 10,000 orang.

Tambah portal itu, ekoran daripada reaksi luar biasa rakyat ke atas isu tersebut juga menyaksikan video ucapan Najib diubah menjadi lagu, dan lebih daripada itu, Tshirt tertera 'Keep Calm and Eat Kangkung' dihasilkan.

Portal itu juga berkata tindakan Najib itu dilihat memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersama rakyat mentertawakan kerajaan.

Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014, mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik, tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, apabila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.




Melayu murtad masuk kristian kerana kemiskinan


Seorang pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mendakwa bahawa umat Islam murtad dan keluar dari ajaran Islam bukan kerana mereka terkeliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam.

Ia sebaliknya berlaku kerana individu – individu tersebut dibelenggu oleh kemiskinan. Lebih menghairankan ialah mereka juga tidak mendapat bantuan Pusat Zakat dan jabatan jabatan berkaitan Islam.

“Dakwaan bahawa seseorang itu murtad kerana keliru dengan kalimah Allah adalah kenyataan tidak berfakta.

“Setakat ini tiada laporan menyatakan seseorang murtad kerana keliru dengan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian,” kata Wan Ji yang berkelulusan sarjana dalam bidang maqasid syariah.

“Ada gelandangan Islam masuk Kristian dengan rela hati tanpa dakwah Kristian kerana mudah menerima bantuan gereja,” tambah beliau yang pernah bertemu orang Melayu yang murtad secara rela hati.

“Mereka merasa seolah-olah seperti bola yang ditendang semasa memohon wang zakat,” kata beliau lagi.

Isu kalimah Allah hangat diperkatakan setelah Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan menghentikan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, The Herald dalam bulan Oktober tahun lalu.

Terbaru pada 2 Jan, Jabatan Agama Islam Selangor telah merampas 321 salinan Injil berbahasa Malaysia dan Iban iaitu Al-Kitab dan Bup Kudus.

Alasan yang digunakan ialah penggunaan kalimah Allah oleh golongan Kristian mencelarukan fikiran umat Islam dan memudahkan masyarakat beragama Islam murtad dengan memeluk agama Kristian.

Sehubungan dengan itu Wan Ji turut menyalahkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) kerana lebih serius memungut wang zakat tetapi liat dalam urusan pengagihan wang tersebut.

Dalam konsep asnaf, terdapat kategori mualaf fathul kuthub.  Menurut Wan Ji, selaras dengan semangat maqasid syariah,  Jawhar perlu menguatkan hati mualaf dan mendekatkan yang bukan Islam kepada Islam.

“Jika benar mereka menuruti maqasid syariah, kenapa banyak birokrasi dalam pengagihan wang zakat? Mengapa serius mengutip tetapi leka dalam pengagihan?” Wan Ji menyoal.

Pada bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mendedahkan bahawa kutipan zakat seluruh negara berjumlah dalam lingkungan RM 2 bilion yang digunakan antara lain untuk membantu mualaf, fakir miskin dan juga untuk pengurusan masjid dan surau.

Jamil berkata demikian ketika melancarkan sambutan bulan zakat peringkat nasional yang bertema “Transformasi zakat menyejahterakan ummah”.

‘ kangkung ’ Najib jadi cemuhan dalam laman sosial Facebook

 

Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih.

Presiden Umno tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik bertarikh 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Rata-rata pengguna laman sosial membidas Najib kerana tidak memahami kesukaran rakyat hadapi ketika harga barang naik mendadak.

"Kangkung belakang umah aku pun banyak. Sapa nak ambil aku bagi free," kata pengguna Facebook Azizi Adzemi.

"Harga kangkung je pun turun, yang lain tak turun pun," kata seorang lagi pengguna Facebook, Muhd Iqbal.

Seorang pengguna Facebook, Farawahida Mohd Fauzi meluahkan rasa sedihnya kerana mempunyai perdana menteri seperti Najib, "Sedih rasa ada PM macam ini."

"Johan Raja Lawak Sedunia," kata Muhammad Nadzmi yang menyindir Najib susulan kenyataan tersebut.

Kenyataan Najib bukan kali pertama mendapat kritikan dan cemuhan daripada pengguna laman sosial dan rakyat, malahan menteri Kabinet beliau juga sebelum ini dikritik hebat kerana kenyataan yang tidak memahami sensitiviti rakyat yang bergelut dengan kenaikan harga barang.

Antara kenyataan menteri Kabinet yang menerima kritikan ialah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek sebelum ini berkata jangan makan ayam sekiranya harga ayam mahal dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif bagi mengelak tol yang dijangka naik.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga banyak barang lain meningkat.

Setelah dikritik kerana tidak berjimat, Putrajaya baru-baru ini mengumumkan mereka akan mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri dan pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat.

Tetapi pembangkang melabelkannya sebagai reaksi spontan dan setelah melihat kesan kepada pengurangan subsidi yang dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum 2013. 

Sami Buddah ikut solat berjemaah dalam Masjid





 

Kes ini berlaku di sekitar Rantau Panjang, Kelantan selepas kejadian kebakaran besar pada tiga hari lalu (7/1/14) yang menyebabkan pasar musnah tetapi hanya surau tidak dijamah api. Namun, tidak pula dapat dipastikan kenapa Sami Buddah tersebut ikut solat berjemaah di dalam masjid ketika itu.

Ada yang mengatakan kedua orang sami ini berminat mendalami Islam seterusnya cuba mempelajari di Masjid seperti di dalam gambar. Mungkin ada benarnya dakwaan itu kerana beberapa keping gambar diatas menunjukkan seolah-olah seorang guru agama sedang mengajar sesuatu kepada mereka berdua.

Dakwaan itu juga dikuatkan lagi apabila para jemaah dilihat seperti merelakan kedua sami ini berjemaah. Tetapi, status Sami ini masih menjadi tanya. Dua Sami Buddah tersebut telah masuk Islam ataupun tidak.Itulah yang menjadi tanda tanya.

Benar atau tidak perkara di atas itu adalah hal masing-masing.Tidak perlu kecoh sangat.Ketepatan cerita ini tidak dapat dipastikan. Belum disahkan benar. Mungkin pembaca diluar sana ada jawapannya.Namun, ada juga orang mengatakan bahawa isu ini telah lama berlaku.Isu ini berlaku pada 2009. Apapun cerita disebalik gambar-gambar diatas diharapkan ia jangan dilihat sebagai suatu yang tidak baik. Tidak perlu mengutuk, tidak perlu menfitnah.

Kontrak dan perjanjian tidak dihormati ! Hakikat atau hiasan ?


 

Manusia perlu berpegang pada janji tetapi kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) semakin dikenali dengan reputasinya yang tidak menghormati beberapa perjanjian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaru,  penyelesaian 10-perkara dengan masyarakat Kristian di Malaysia yang telah dipersetujui sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 bagi mengurangkan kebimbangan mereka berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan Iban.

Resolusi  yang dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail itu telah diberi kepada Persekutuan Kristian Malaysia (PKM) dalam surat bertarikh 11 April 2011, daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam resolusi 10-perkara itu, Putrajaya memberi jaminan kepada penganut Kristian Bumiputera yang ramai bilangannya di Sabah dan Sarawak bahawa mereka bebas menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban.

Bagaimanapun, isu itu ditimbulkan semula apabila minggu lalu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 320 Bible versi Melayu dan Iban di bawah  Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang mengehadkan perkataan-perkataan seperti Allah daripada digunakan oleh bukan Islam.

Selangor telah meminta Putrajaya untuk menyelesaikan isu-isu undang-undang terutama mengenai  undang-undang negeri dan resolusi 10-perkara tetapi Kabinet persekutuan yang bertemu semalam buat kali pertama tahun ini memutuskan untuk menanti  keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada 24 Februari nanti, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada membenarkan Gereja Roman Katolik membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap larangan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan perkataan Allah daripada digunakan oleh edisi Katolik mingguan Herald Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga beberapa contoh lain yang membabitkan perjanjian yang tidak dipatuhi.

Kontrak petroleum dengan negeri-negeri di mana Petronas sepatutnya membayar royalti minyak seperti yang berlaku kepada Terengganu dan Kelantan.

Namun, apabila Terengganu jatuh kepada pembangkang, Putrajaya mula membayar “Wang Ehsan” melalui Pejabat Persekutuan dan bukan kepada kerajaan negeri sebagaimana sepatutnya.

Sehingga kini, Putrajaya sedaya upaya melucutkan hak Kelantan terhadap royalti minyak walaupun presiden pengasas Tengku Razaleigh Hamzah mendesak bahawa kontrak membenarkan bayaran tersebut.

Satu lagi perjanjian yang diingkari adalah dengan Parti Komunis Malaya (PKM) selepas mereka meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 .

Antara syarat-syarat yang diletakkan adalah Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan komunis lain boleh kembali ke Malaysia. Chin Peng membawa kes ini ke mahkamah tetapi kalah.

Beliau meninggal dunia di Bangkok 16 September lepas, pada ulang tahun ke-50 perjanjian Malaysia yang membawa Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai satu negara.

Kerajaan telah mengharamkan sebarang usaha untuk membawa abu mendiang pulang ke negara ini.

Apabila situasi berubah, kerajaan pada bila-bila masa akan berubah daripada apa yang dipersetujui bagi mencapai matlamat walaupun kadangkala ia mengabaikan tanggungjawab.

Bagaimanakah seseorang boleh menghormati sebuah kerajaan yang tidak menghormati kesucian kontrak ? Dan anda perlu tahu, ia adalah kontrak dan perjanjian yang diakui serta dimeterai oleh kerajaan sendiri.

Apakah jenis Islam yang kita inginkan ataupun pentingkan ? Islam yang hakiki yang berteraskan kepada intipati ataupun tujuan syariat Islam itu diturunkan oleh Allah ?

Ataupun Islam hiasan yang kelihatan pada luaran kulitnya atau cosmetic adjustments padahal intipati tidak memenuhi tujuan asal Islam itu sendiri ?
   
Dahulu Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali (w 505H) menulis kitabnya yang terkenal Ihya ‘Ulum al-Din bagi menangani penghayatan Islam tanpa roh yang sebenar. Tujuan beliau menangani perbahasan fekah yang kontang tanpa isi kerohanian dalam menghayati ibadah.

Al-Imam Abu Ishaq Al-Syatibi (w. 790) telah menulis al-Muwafaqat membahaskan Maqasid al-Syariah (The Highest Objectives and intents of Islamic Law) bagi menjelaskan apakah tujuan utama di sebalik syariah yang kita lihat dan amalkan.
   
Dalam buku Radical Reform, Prof Tariq Ramadan menolak apa yang dinamakan Islamic economy, Islamic politic, Islamic medicine dan seumpamanya. Beliau menolak istilah-istilah ini.

Beliau menyatakan tiada sama sekali apa yang dinamakan Islamic economy sebaliknya yang ada hanyalah garis panduan umum serta falsafah bagi tujuan ekonomi yang ditetapkan oleh Islam.

Bagi beliau tiada yang dinamakan Islamic economy, sebaliknya yang ada ialah etika Islam dalam ekonomi. Kata beliau “There is no Islamic economy, therefore, but an Islamic ethics of the economy.”

Hiasan
   
Ia mungkin soal pengistilahan, tetapi yang hendak ditekankan, apakah faedahnya meletakkan nama Islam untuk ekonomi, perubatan dan seumpamanya, padahal ia hanya satu hiasan luaran bukan hakikat yang hendak dicapai oleh syariat Islam itu sendiri.

Jika dinamakan perbankan Islam, tapi unsur penindasannya sama dengan yang tidak bernama Islam, hanya sekadar istilah arab dan syariah sahaja yang dipentingkan, apalah maknanya? Allah tidak memerlukan harta kita, Allah mahu kita tidak zalim dan tidak menindas antara satu sama lain.
   
Pakaian, istilah, hiasan, corak dan bahasa yang dikaitkan dengan Islam tidak memberi erti jika tidak memenuhi tujuan asal ataupun matlamat syariat Islam dalam perkara yang berkaitan.

Saya berikan satu contoh di sini, sebuah kedai makan yang bersih dan selamat makanannya tanpa memperlihatkan ciri-ciri zahir agama lebih memenuhi tuntutan Islam dibandingkan sebuah kedai makan yang peniaganya berkopiah dan dindingnya bergantungan ayat-ayat al-Quran tetapi tidak bersih dan kualiti makanannya di tahap yang rendah.
   
Bagi seorang peniaga makanan, menyediakan makanan yang bersih dan selamat adalah satu kewajiban. Itulah intipati tanggungjawab seorang peniaga makanan. Sementara memakai kopiah dan mengggantung ayat al-Quran di dinding bukanlah satu tuntutan.

Ia satu pilihan. Bahkan kadang-kala ia boleh menjadi satu cara penipuan jika ada tujuan yang tidak jujur. Sabda Nabi: “Muslim saudara muslim. Tidak halal seorang muslim menjual kepada saudaranya suatu jual yang ada kecacatan tanpa diterangkan.” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan lain-lain. Al-Hakim menyatakan sahih dan disetujui oleh al-Zahabi).

Tipu
   
Apabila kita membaca hadis Nabi SAW yang bersabda:

“Sesungguhnya para peniaga dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang jahat kecuali mereka yang bertaqwa, berbuat kebaikan dan benar.” (Riwayat al-Tirmizi, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan lain-lain. Al-Hakim menyatakan sanadnya sahih. Ia dipersetujui oleh al-Zahabi).

Kita tahu yang jahat ialah sesiapa yang menipu pelanggan. Dalam konteks kedai makan penipuan adalah makanan yang kotor dan tidak selamat. Tidak dikatakan penipu orang yang tidak memakai kopiah ataupun tidak menghiasi kedainya dengan ayat-ayat al-Quran.
   
Memakai kopiah dan menggantungkan ayat al-Quran itu merupakan hak peniaga atas premisnya. Namun jika itu semua dilakukan untuk menarik pelanggan supaya merasa kedai makannya mengikut ajaran Islam sedangkan hakikat tidak, maka itu satu penipuan.
   
Lebih baik dia jangan meletakkan ayat-ayat Tuhan di dinding jika itu sekadar mengelirukan pelanggan. Dia bagaikan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.

Mungkin bagi muslim mereka dapat bezakan antara perangai orang yang tidak ikut ajaran Islam dengan kesucian ayat yang digantung.  Namun bagi bukan Islam mungkin mereka akan salah sangka dengan Islam.

Suatu ketika, Rasulullah SAW melintasi satu bekas makanan (untuk dijual), lalu baginda memasukkan tangannya ke dalamnya. Tangan baginda menjadi basah. Baginda pun bersabda: “Apakah ini wahai empunya makanan (peniaga)?

Dia menjawab: “Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa engkau tidak jadikan bahagian yang basah itu di atas makanan supaya orang boleh nampak? Sesiapa yang menipu, dia bukan dari pengikutku.” (Riwayat Muslim)

Intipati
   
Demikian juga Islam tidak pernah menetapkan jenis masakan. Bukanlah masakan Arab itu lebih disukai Allah dibandingkan masakan Barat. Seseorang yang suka makanan Arab tidak bererti dia lebih soleh daripada yang suka makanan melayu ataupun Barat.

Apa yang Allah sebut dalam al-Quran: “Dan makan dan minumlah, tapi jangan berlebihan, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebihan." (Surah al-A’raf, ayat 31)
   
Jika kita lihat dalam urusan pentadbiran, apakah yang menjadi tujuan pengurusan pentadbiran dalam Islam? Islam tidak pernah mendetilkan rupa paras politik Islam, sebaliknya hanya memberikan garis panduan umum sahaja.

Pentadbiran dan politik dalam Islam samada hendak dinamakan etika Islam dalam politik ataupun politik Islam, terpulang. Namun perkara yang menjadi tujuan Islam dalam politik ialah kemaslahatan negara. Bukan kemaslahatan pemimpin ataupun parti tertentu sahaja, sebaliknya ialah kemaslahatan umum untuk semua negara.

Pengurusan pentadbiran dalam Islam berteraskan al-Quwwah dan al-Amanah ataupun efficiency and accountability. Jika sesiapa sahaja mampu  mencapai pengurusan yang amanah dan cekap dalam ertikata yang Islam kehendaki, maka dia telah menunaikan maksud dan tujuan pentadbiran politik dalam Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah.” (Surah al-Qasas ayat 26)
   
Bagaimanakah reka bentuk kerajaan dan pendekatan yang hendak diambil dalam mencapai maksud amanah dan cekap itu, Islam tidak tetapkan. Asalkan ia adil, tidak zalim atau tidak menyanggahi prinsip-prinsip umum Islam maka segala pendekatan dan cara boleh diambil.
   
Islam tidak pernah menetapkan pemimpin itu mesti bergelar mullah ataupun ustaz ataupun ulama. Tidak pula mesti berjubah dan berkopiah. Tidak pula ditentukan mesti nama-nama negeri, kampung, pejabat ditukar kepada istilah-istilah Arab.

Jika ulama dilihat mampu membawa kepada ketelusan dan kecekapan pentadbiran maka mereka dilantik. Jika selain ulama lebih mampu, mereka dilantik. Apa yang al-Quran tegaskan yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa' ayat 58)
   
Dalam minat yang tinggi rakyat kita untuk kembali kepada Islam, mereka hendaklah dapat membezakan antara hakikat dan hiasan. Bukan hiasan itu tidak perlu, tetapi hiasan itu hendaklah menggambarkan hakikat.

Jika hiasan itu tidak menggambarkan hakikat maka itu penipuan dan ia bukan tujuan asal Islam yang Tuhan kehendaki.

Orang kampung diperdaya tukar agama secara LICIK oleh ISLAM


Ambil kesempatan dalam kesempitan. Apa sudah jadi ? Orang kampung hanya mahu bantuan kerana hidup di Kampung memang susah. Tetapi, ada orang mengambil jalan mudah menukar agama secara besar-besaran dengan hanya umpan dengan bantuan. Cantik nampak ! Beri bantuan kebajikan itu memang tidak salah.Tetapi, jangan manipulasikan bantuan kebajikan untuk memperdayakan orang untuk tukar agama secara licik.

MayKad dikutip serta disuruh menandatangani borang. Untuk apa ? Untuk bukti bahawa orang kampung tersebut suka rela memeluk agama Islam tanpa paksaan. Bijak nampak ! Untuk pengetahuan semua, data-data tersebut akan di masukkan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya. Jangan terkejut nanti bila tukar Kad Pengenalan ada tertulis Islam dalam Kad Pengenalan. 

Buta huruf membawa padah.Inisiatif seorang penduduk  tempatan ? Atau mahu lari dari undang-undang ? Kenapa tidak beritahu nama yang mencadangkan inisiatif tersebut ? Semua orang mahu tahu siapa nama orang tersebut bukan ? Jangan-jangan orang tersebut juga buta huruf dan dijadikan keldai tunggangan dengan kata lain dimanipulasikan oleh orang sebelah yang sudah terdesak.

Apa orang sebelah mahu ? Orang sebelah mahu main angka dan statistik. Bila sudah melonjak tinggi angka dan statistik agama Islam yang dari hari ke hari semakin meningkat dengan tipu helah yang licik, penganut agama Kristian pasti akan lebih teruk ditindas. Lihat saja keadaan sekarang dimana Alkitab bahasa Malaysia yang mengandungi Kalimah Allah dirampas. Buat apa dirampas ? Tiada lain tiada bukan hanya mahu menindas yang minoriti.

Statistik agama Islam di Sabah meningkat secara mendadak beberapa tahun yang lalu. Agama paling banyak dianuti di Sabah beberapa tahun yang lalu adalah agama Kristian. Majoriti adalah agama Kristian. Namun, sekarang ? Agama yang paling banyak dianuti di Sabah adalah Islam. Orang sebelah mahu main angka dan statistik dengan menggunakan cara licik. Memperdayakan adalah salah satu cara diantaranya.

Sabah dan Sarawak adalah negeri yang paling banyak penganut Kristian berbanding dengan Islam beberapa tahun yang lalu. Apa tujuan mereka buat macam itu ? Mereka orang sebelah mahu menguasai Sabah dan Sarawak dengan menggunakan agama sebagai alat. Janagn heran jika Mufti Sabah mahu Masyarakat Sabah yang bergama Islam di-Melayu-Kan. Apakah orang sebelah sudah terdesak ? Kuasa Melayu harus dikembangkan bukan ? 

Syarat menjadi Melayu adalah mesti bertutur dalam Bahasa Malaysia, beragama Islam dan mengamalkan adat resam Melayu. Dusun tetap Dusun tidak boleh di-Melayu-Kan walau apa cara sekalipun. Undang-undang kata boleh. Bagaimana ? Lihat saja Dr.Mahathir yang mengaku Melayu tetapi pada hakikatnya Tun.M bukan seorang Melayu. Jangan gunakan kaedah licik dengan memperdayakan orang.


Lebih 1000 tentera Sulu telah bersedia menyerang Sabah

 

Benar atau tidak kahbar angin ini pihak berkuasa kerajaan Malaysia perlu bertindak dengan cepat untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin. Benar atau tidak kahbar angin ini sistem kawalan ESSCOM mesti berfungsi dengan penuh. Jangan lagi berlaku isu seperti kes culik dan bunuh dua pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom Semporna Sabah pada tahun 2013 yang lalu. Dimana ESSCOM ketika isu culik dan bunuh rakyat pelancong Taiwan di Pulau Pom Pom ? Jangan remehkan kahbar angin. Walaupun hanya kahbar angin perlu diberi perhatian. Sediakan payung sebelum hujan. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.


Pengeluaran wang tanpa kad di ATM


 

Malayan Banking Bhd (Maybank) memperkenalkan kaedah baru pemindahan wang yang membolehkan penerimanya mengeluarkan wang di mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) bank itu tanpa menggunakan kad bank.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai bank pertama yang menawarkan perkhidmatan itu di ATM tanpa menggunakan kad di negara ini.Menerusinya, pelanggan Maybank yang mempunyai akaun perbankan dalam talian kini boleh menghantar wang terus kepada sesiapa sahaja di negara ini hanya menggunakan telefon mudah alih.Penerima pula, boleh mengeluarkan tunai serta merta di mana-mana ATM Maybank tanpa perlu memiliki kad ATM Maybank.

Sebagai langkah pertama bagi menggunakan perkhidmatan itu, pelanggan Maybank (pemberi wang) yang ingin menghantar tunai kepada individu lain perlu melaksanakannya menerusi laman web Maybank2u.Pemberi wang perlu menaip nombor telefon mudah alih penerima yang akan menerima nombor pengenalan transaksi (ID-1) menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Maybank.

Pada masa sama, pemberi juga akan menerima ID transaksi yang berbeza (ID-2) daripada Maybank menerusi SMS.Pemberi kemudian akan menghantar nombor pengenalan ID-2 kepada penerima. Penerima akan menggunakan kedua-dua nombor yang diperoleh itu untuk mengeluarkan tunai yang diberikan kepadanya di ATM Maybank.Penerima perlu ke ATM Maybank dan menekan butang di paparan sentuh dan mengikut arahan yang disediakan.

Pencuri sumbat empat ekor lembu dalam Proton Wira

 

Dua lelaki terpaksa berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan.

Kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad 5 / 1 / 2014 iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri.Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang untuk membolehkan kesemua lembu itu di sumbat dalam kereta tersebut. Kejadian tersebut berlaku di Kulim.