Sambutan Tahun Baru 2014, Laman Web Malaysia Digodam




Sambutan Tahun Baru 2014 ! Laman Web Malaysia Digodam #Bantah Kerajaan. Mereka yang menggunakan nama samaran " Aku dan Pemuda Kacak, Sang Kelembai dan bukan Alexander " melakukan defacement pada laman web kerajaan www.moe.gov.my. Defacement yang ditampal adalah bermesejkan bantahan terhadap beberapa isu kenaikan harga barang yang membebankan pengguna juga diselitkan lagu latar " Janji Di Capati " yang dimuat naik dari youtube.




Hina Islam dalam Facebook,perlukah kita balas dengan mengutuk ?

 

Komen diatas diperolehi daripada status mengenai dakwaan pihak Hong Leong Bank yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat ketika waktu kerja. Namun, beberapa pengguna Facebook telah memberiakan komen yang tidak bertanggungjawab dengan menghina agama Islam.

" I wonder how to work with so many prayer breaks ! Might as well don't work and stay at home. After all, Allah will drop food and money from the heaven ! haha " - Peter Ha

Dan komen yang betul-betul menimbulkan kemarahan orang Islam yang membacanya datang daripada komen Desmond Yongkor.

" Kalau asyik sembayang saja sampai 5 waktu . . . rugilah majikan bayar gaji . . . majikan bayar gaji pekerja untuk kerja . . . bukan bayar gaji untuk sembayang . . bodoh punya ISLAM " - Desmond Yongkor

Kini komen Desmond Yongkor terseber luas di alam maya dan ramai yang mahukan Desmond Yongkor diberkas secepat yang mungkin. Namun Desmond Yongkor dikatakan menggunakan akaun palsu dan sebelum ini juga beliau didakwa sering membuat provokasi kepada individu politik. Namun,kali ini provakasi yang dibuat oleh beliau dianggap terlalu melampau dan perlu disiasat.
Antara komen tindak balas daripada pengguna Facebook  ialah seperti berikut ;
" Agama rasmi Negara Malaysia ISLAM namun kebebasan beragama boleh. Tetapi tidak boleh menghina agama yang lain.INI sudah salah dalam perlembagaan Negara.Boleh dihukum walaupun cuma di Facebook "  - Abdul Wahab

Difahamkan bahawa laporan polis telah dibuat melalui bebarapa NGO dan individu.

" Ambil tindakan terus . . org mcm ni boleh menyebabkan isu perkauman . . " - Alif Jeffmin

" RUM sebagai organisasi kesatuan sekerja yang diiktiraf akan membuat lapuran polis sebentar lagi di Balai Polis Brickfield, Tkasih Datuk kerana memaparkan perkara ini. " - Suara Rum

Semoga identiti beliau dapat didedahkan agar menjadi pengajaran untuk tidak mempermainkan sensetiviti agama di negara ini. Banyak komen yang negatif daripada yang positif. Cuba berfikir positif. Jangan hanya pandai komen membabi buta. Jadilah seorang Muslim yang boleh menjadi contoh kepada orang yang bukan beragama Islam bukan menjadi tukang komen yang kurang ajar seperti beberapa komen dibawah ini.

" xpyah report,,senang je nk ajar org mcm ni,,jmp langar je,,ckap xbrguna,,CHINA KAFIR biase lh " - Otak Mati

" Dah dasar kafir anjing cm nila . . . . " -  Rusdhee Diing

" sumbat je mulut dia ngn najis khinzir....kurang ajar sgt . . . !! " - Rina Royy

 " Haramjadah ben0 kapir lahanatullah ni " - Rukiah Othman

Menjadi contoh kepada orang yang bukan beragama Islam tidak susah sangat.Apa kurangnya kita, jika menghina dan mengutuk orang lain. Diri itu dah suci sangat ke ? Dah pasti masuk syurga ke ? Jadilah, positif membantu dalam memperbetulkan fakta. Beri ruang untuk memahami sesuatu keadaan. Jangan asyik menceraca saja. Yang mengutuk dan menghina itu pasti dapat pahala ke ? Dalam Al-Quran ada ajar menghina mengutuk orang lain ke ? Namun, masih ada orang yang berfikiran positif seperi komen yang terdapat dibawah ini.

" Yg ramai2 komen nk mengamuk knp...dia x islam. Dia x pernah dirikan solat. ..sbb tu dia x tau. Yg mengaku Islam sendiri x solat. Nk marah2 knp. Yg betulnya...beritau dia apa itu solat. 5 waktu masa bila. Bkn 5 waktu tu sepanjang waktu kita bekerja. Errrr...yg kat cni yg marah2 ni cukup x solat 5 waktu nya......ada yg g solat Jumaat. ..tp x masuk pun dlm masjid. Duk kat luar...hisap rokok...borak2. Jgn kata sya tipu...sbb sya pernah singgah masjid time solat jumaat. Sedihnya tgk anak2 muda...yg pangkat bapa pun sama juga.Nk tmbh sikit lg...hari ni mungkin dia kafir laknat. Tp kalau Allah nk beri hidayah esok lusa...dia mungkin lebih baik dari kita yg mencaci dgn kata2 yg buruk. Kita yg mengaku Islam ni pun belum tentu tempat kita di mana. Jadi sebelum marah dgn kata2 yg x elok...tgk dan check diri kita dahulu. Contoh dah ada...Sayidina Omar...baginda adalah musuh Islam sebelum nya...tapi akhirnya baginda termasuk sahabat nabi dan menjadi khalifah arrasyidin " - Azie Rahman

" Kadang2 org Islam juga bg gambaran x baik berkenaan Islam. Solat yg x smpai 10 minit tp hilang lebih setengah jam. Boleh solat zohor waktu rehat makan tengahari xnak solat. Dah masuk waktu kerja baru nak solat. Perbuatan dan amalan yg baik juga suatu dakWah. Mungkin lg berkesan daripada ceramah dan tazkirah. " - Henry Chong

" Perlu ke mencarut ? Seorang mukmin bukanlah tukang mencela,tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah (Riwayat Tarmizi) " - Yana Hafizz

" Dah dia kafir...neraka sudah tentu...kita ni yg belum tentu...lebihkan usaha utk ke arah Syurga Allah.....doakan semoga Allah beri hidayah pada dia utk terima Islam..bukan kutuk dia mcm tu...menghina mencaci tidak diajar dlm ISLAM...Rasulullah S.A.W juga x memaki hamun org kafir " - Sharifah Fadzilah


BOM TANGAN : Siapa Peserta Itu Wahai PDRM ?



Respon yang diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang cuba mengelak dari notis saman RM100 juta oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggambarkan dirinya berada dalam kedudukan panik.

Datuk Amar Singh dalam kenyataan terbarunya nafi menyebut NGO merancang pengeboman, tetapi menyebut risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain. Persoalan timbul, siapakah peserta itu? Apakah peserta itu dikenali di kalangan polis? Berapa banyak bom tangan yang ditemui?

Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan ‘cakap pusing’nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar.

SAMM juga turut pelik, bagaimana sebuah institusi yang sepatutnya mententeramkan awam dan menjaga keselamatan, sebaliknya bertindak bagaikan agensi propaganda yang menggusarkan rakyat dengan berita ‘bom tangan’, ia semestinya dakwaan yang sangat serius.

SAMM terus menyeru orang ramai membanjiri Dataran Merdeka mengenakan pakaian hitam dan membawa bendera kebangsaan bersama secara aman.

SAMM sekali lagi menegaskan menolak fitnah ‘himpunan guling kerajaan’. Himpunan ini adalah himpunan protes kenaikan kos sara hidup yang dianjurkan sendiri oleh rakyat, ekoran kegagalan kerajaan dan juga penipuan janji PRU oleh Barisan Nasional.

Kos sara hidup RAKYAT meningkat


Skrip lama akan berulang kembali, apabila borang borang pemberian bantuan langsung, BR1M mula diberikan kepada rakyat, dengan peningkatan kos sara hidup berlipat kali ganda, namun BR1M yang diberikan kerajaan meningkat tidak sampai pun sekali ganda, kerajaan membelanjakan RM2.6 bilion bagi tahun 2014 untuk peruntukan BR1M diagihkan kepada rakyat, umpama peniaga dengan pembeli, apabila kerajaan mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada pemansuhan  subsidi diatas, sedangkan mereka hanya perlu berbelanja sebanyak RM2.6 bilion untuk memenangi hati rakyat, nampaknya rakyat Malaysia tidak ubah seperti nasib ayam daging yang diberi dedak lalu menunggu masa untuk disembelih lagi.

Najib diserang pengguna Facebook ekoran kenaikan kos sara hidup



Laman Facebook rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dipenuhi rungutan dan juga kritikan masyarakat berikutan kenaikan kos harga barang menjelang berlabuhnya tirai 2013.

Dalam tulisan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM 2014) di laman miliknya, Najib "diserang" bertalu-talu oleh pengguna Facebook yang merasakan kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup terlalu membebankan mereka.

"2014 bakal menjelma dan sudah pasti tahun depan akan lebih bermakna dengan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia. Saya difahamkan persiapan sedang giat dijalankan di 37 buah pintu masuk negara untuk menyambut kedatangan pelancong-pelancong. Sama-samalah kita buka pintu negara dengan senyuman dan ucapan 'Selamat Datang'," kata Najib dalam laman Facebook rasminya.

Ekoran daripada posting berkenaan, beberapa individu kemudiannya membalas dengan luahan berkaitan peningkatan kos sara hidup.

Seorang pengguna yang hanya dikenali sebagai Joseph Gasis berkata, beliau tidak pasti sama ada masih mampu tersenyum atau tidak pada tahun 2014.

"Saya baru belanjakan RM600 untuk uniform sekolah anak saya, kasut, beg sekolah, dan alat tulis. Tambang bas akan menjadi RM300 sebulan. Saya tidak bekerja sejak Jun 2013. Simpanan saya tidak akan mampu bertahan dengan kenaikan kos sara hidup umpama puting beliung," katanya.

Shahrul Bahaman pula hanya menulis "Tahun Baru yang menyedihkan".

Sementara itu, posting yang menerima 5,108 "Like" itu turut memaparkan kenyataan pengguna dikenali sebagai Norie Noriah yang berkata tahun 2014 bukanlah tahun untuk rakyat bergembira, dan kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam menangani peningkatan kos sara hidup sebelum rakyat beralih arah.

"Rakya tiada masa untuk bergembira menyambut tahun baru 2014..nak beli keperluan anak-anak pun tak mampu lagi. Tolong-tolonglah buat apa yang terbaik untuk rakyat supaya rakyat tidak beralih arah. Ekonomi makin teruk," kata Norie.

Muhamad Fahmi Lee pula menyampaikan ucapan "Selamat menyambut tahun barang naik Datuk'… p/s: bila dato' nk turun?"

Kenaikan kos sara hidup berdasarkan hasil kajian Pusat Kajian Demokrasai dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) bakal memberi kesan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.

Kajian berkenaan turut mendapati, kenaikan kos bahan api, tarif elektrik dan harga barangan adalah tiga perkara pokok yang menjadi perhatian masyarakat umum.

Justeru, UMCEDEL menasihati Putrajaya agar melakukan sesuatu tindakan ekoran peningkatan kos sara hidup dalam masa terdekat sekiranya terus mahukan kuasa memerintah.

Pada September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.

Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Terkini, Persatuan Pembuat Kiub Ais Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mengatakan akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.

Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.

Bila laman sosial ' Facebook ' dijadikan medium tempat bergaduh


 

  











 
Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini ? Nak bergaduh ? Janganlah satu dunia tahu masalah kita. Buat malu diri sendiri saja. Artis lah sangat.

Hadiah bom jangka kerajaan kepada rakyat




Tinggal beberapa hari sahaja lagi, tahun 2014 bakal menjelma, tahun yang dikatakan amat mencabar terutamanya bagi rakyat Malaysia khususnya, apabila mungkin sambutan tahun baru pada tahun ini disambut dengan kenaikan berantai barangan keperluan dan kos sara hidup yang tinggi.

20 sen kenaikan bahan api sudah cukup untuk dijadikan alasan bagi ‘menghalalkan’ kenaikan berantai barang barang keperluan harian rakyat, diikuti dengan rasionalisasi subsidi harga gula dan tepung, seterusnya tarif eletrik juga meningkat naik, diikuti kenaikan tol dan bakal tiba cukai GST yang bakal diperkenalkan kepada rakyat menjelang April  2014 merupakan ibarat ‘bom jangka’ hadiah daripada kerajaan buat rakyat.

Paling teruk terkesan dengan kenaikan ini adalah golongan pertengahan dibandar yang rata ratanya berpendapatan antara RM1500-RM3000 sebulan. Mungkin pendapatan RM3000 yang dikategorikan sebagai miskin bandar sudah tidak relevan lagi pada masa hadapan, kita tidak akan pelik suatu masa nanti apabila RM4000-RM5000 masih lagi dikategorikan sebagai miskin di kawasan bandar.

Kronologi kenaikan


Belum cukup lagi 365 hari selepas kerajaan Barisan Nasional memerintah, pelbagai kenaikan mendadak dibuat tanpa mengkaji kedudukan sosio ekonomi rakyat, bermula dengan kenaikan RON95 sebanyak 20 sen seliter, kerajaan berdolak dalih dengan rakyat, sedangkan pada masa itu harga minyak sedunia adalah di bawah paras AS$100 setong, dan beberapa hari kemudian barulah diberitahu rakyat bahawa kenaikan itu sebagai salah satu daripada proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Maka menteri yang menjaga hal ehwal pengguna memberi amaran tegas kepada peniaga peniaga agar tidak menaikkan harga sesuka hati dan akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan mereka.

Suatu alasan dangkal, apabila terus menerus menafikan hakikat bahawa kenaikan tidak akan membebankan pengguna, ironinya, manusia yang waras berfikir dan sejahtera akal fikirannya tidak akan dapat menafikan hakikat bahawa setiap kenaikan pasti akan memberi kesan dan menambah beban kepada pengguna walaupun sebanyak 10 sen!

Begitu juga dengan peniaga, apabila kos bahan api meningkat, maka kos kos yang lain juga turut meningkat, justeru apakah mereka sanggup merugikan perniagaan mereka sendiri dengan mengambil kisah larangan menteri kerajaan yang sentiasa memberi alasan alasan bodoh setiap kali kenaikan, hakikatnya kenaikan walaupun sedikit, akan memberi kesan kepada rakyat daripada yang miskin sehingga yang kaya.

Selepas itu, kita dikejutkan lagi dalam Belanjawan Negara baru baru ini, dengan kenaikan harga gula dan barangan keperluan asas lain, dengan alasan yang mungkin ‘cerdik’ pada pandangan pembesar negara, kononnya kerana ingin menjaga kesihatan rakyat negara ini supaya tidak terdedah kepada penyakit diabetes.

Manakala pada suatu majlis berasingan Perdana Menteri mengatakan bahawa mengurangkan subsidi gula kepada rakyat dapat meningkatkan tenaga batin serta memperbaik kehidupan seks rakyat, seterusnya alasan alasan dangkal ini pula disambut oleh timbalannya pula dalam suatu majlis ceramah semasa pilihanraya kecil di sebuah negeri di utara semenanjung, apabila mengaitkan kematian bekas menteri besar di negeri tersebut akibat terlalu banyak mengambil makanan bergula.

Soalnya jikalau kerajaan benar benar ikhlas ingin membantu rakyat supaya bebas daripada penyakit diabetes kenapa tidak dimansuhkan subsidi sejak 10 tahun lalu, kenapa tidak 20 tahun lalu, kenapa mesti pada hari ini, kenapa tidak ditutup sahaja kilang kilang tebu di Perlis supaya tiada lagi rakyat Malaysia yang terkena kencing manis. Mungkin ayat di atas berbaur emosi, tetapi ia masih lagi lebih baik berbanding menteri yang memberi alasan alasan ‘kurang cerdik’ setiap kali kenaikan berlaku.

Belum pun sempat rakyat menyiapkan kira kira mereka sebagai persediaan menghadapi kenaikan kenaikan sedia ada, rakyat dikejutkan lagi dengan kenaikan kadar tarif elektrik yang akan dinaikkan bermula pada tahun hadapan, dengan kadar 4.99 sen per kilo watt di semenanjung dan 5 sen di Sabah dan Sarawak.Nampaknya pengundi tegar kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak juga tidak terlepas daripada terkena tempias ‘tsunami kenaikan’ ini, apa yang mengejutkan mereka yang digelar ‘deposit tetap’ kerajaan BN ini juga menghadapi kenaikan 1 sen lebih tinggi daripada penduduk Semenanjung!

Selepas itu diputarkan kembali skrip lama kerajaan dengan memomokkan kepada rakyat bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan rakyat dan hanya melibatkan penggunaan domestik.Biasanya kita dapati apabila suatu barangan itu dinaikkan harga mungkin kerana sudah mengalami kerugian, tetapi di dalam kes TNB, beberapa hari selepas mengumumkan kenaikan tarif elektrik, laporan daripada TA securities memberitahu bahawa TNB bakal mendapat peningkatan pendapatan berganda iaitu daripada RM4.614 bilion kepada hampir RM5.102 bilion.

Ironinya, TNB adalah sebagai satu satunya anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sepatutnya memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat sudah tidak berperanan lagi, bahkan mereka ibarat sang kapitalis yang menekan hidup rakyat bawahan dan mengaut keuntungan berganda di atas tekanan hidup rakyat.

Kita masih belum lupa, akan antara ‘jasa besar’ Tun Mahathir dalam menambah kantung poket kroni, dengan memperkenal penubuhan pembekal tenaga bebas(IPP), pendedahan mantan CEO TNB, Tan Sri Ani Arope hampir 10 tahun yang lalu, berkenaan dengan perjanjian kerajaan dengan pembekal tenaga bebas (IPP) sehingga menyebabkan beliau disingkirkan daripada TNB, jelas menunjukkan perjanjian TNB dan IPP selama 21 tahun, jelas menindas pengguna, apabila mereka mendapat untung atas angin setiap tahun, hal ini terjadi  apabila TNB terpaksa membayar harga yang lebih mahal kepada IPP dan  untuk menampung perjanjian yang berat sebelah ini, rakyat menjadi mangsa dengan menaikkan kadar tariff elektrik supaya mereka memperoleh keuntungan berlipat kali ganda.

Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib rakyat Malaysia yang telah ditekan oleh kerajaan, belum pun reda isu kenaikan tarif elektrik, tol pula bagaikan tidak sabar mengambil tempat, turut mengumumkan kenaikan bermula Januari 2014.Kenaikan yang melibatkan RM1-RM2.50, di semua plaza tol, memberi kesan berganda kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan kawasan bandar.

Antara manifesto BN semasa di dalam PRU13 baru baru ini adalah untuk tidak menaikkan kadar tol jika mereka memenangi pilihan raya, namun belum pun sampai setahun selepas PRU mereka telah mengkhianati rakyat dengan menaikkan kadar tol. Yang lebih menzalimi rakyat apabila kerajaan sehingga hari ini masih enggan mendedahkan perjanjian konsesi tol.

Kita masih lagi hairan bagaimana tol boleh dinaikkan sewenangnya, sedangkan kos pengendaliannya masih antara yang terendah (iaitu 10% setahun), pertambahan trafik kenderaan yang semakin meningkat, malah syarikat syarikat ini mendapat subsidi pula daripada kerajaan, mengapakah masih lagi berlaku kenaikan dan yang menyedihkan lagi perjanjian konsesi yang tidak didedahkan ini berlanjutan sehingga 2038! Sekali lagi rakyat yang menjadi mangsa.

Pemberian BR1M

Skrip lama akan berulang kembali, apabila borang borang pemberian bantuan langsung, BR1M mula diberikan kepada rakyat, dengan peningkatan kos sara hidup berlipat kali ganda, namun BR1M yang diberikan kerajaan meningkat tidak sampai pun sekali ganda, kerajaan membelanjakan RM2.6 bilion bagi tahun 2014 untuk peruntukan BR1M diagihkan kepada rakyat, umpama peniaga dengan pembeli, apabila kerajaan mendapat keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada pemansuhan pemansuhan subsidi diatas, sedangkan mereka hanya perlu berbelanja sebanyak RM2.6 bilion untuk memenangi hati rakyat, nampaknya rakyat Malaysia tidak ubah seperti nasib ayam daging yang diberi dedak lalu menunggu masa untuk disembelih lagi.

2014, tahun sengsara rakyat

Nampaknya kenaikan berantai pada tahun 2014 hampir tidak boleh dielakkan lagi, ia umpama hadiah bom jangka daripada kerajaan kepada rakyat yang mengundi mereka, menunggu pula pada April 2015, apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pula, yang dikatakan menjadi pelengkap untuk menjerut rakyat.

Namun kita juga ternanti nanti untuk sampai ke April 2015 berapa puluh kenaikan akan terjadi lagi yang menunggu masa untuk menghimpit rakyat.Mungkin pada masa GST diperkenalkan rakyat sudah tidak punya apa apa lagi dan kita juga harus ingat antara kesan langsung selepas kenaikan kenaikan berantai ini membawa kepada berlakunya inflasi di negara kita, sekaligus membawa kepada kelembapan ekonomi.

Rakyat tidak memerlukan Ketua Pemuda yang populis, yang menghentam syarikat GLC dalam perhimpunan agung partinya akibat menaikan kadar tarif  elektrik sesuka hati, atau pun ahli parlimen yang menghentam syarikat konsesi akibat menaikkan kadar tol, rakyat tidak memerlukan itu semua, tetapi cukuplah dibuktikan dengan tindakan, andai pemotongan gaji RM10 pun dipandang dingin dan hanya menjadi bahan ketawa mereka, usah bermimpi mahu menjadi hero rakyat !

Rakyat Malaysia boleh menerima sebarang kenaikan yang dibuat atas nama rasionalisasi subsidi andai kerajaan benar benar ikhlas membantu rakyat.Namun rakyat Malaysia tidak boleh melupakan kes jam dinding yang bernilai RM3000 sebiji, ataupun penganjuran konsert  K - POP yang menelan belanja RM1.6 juta, kehilangan asset berjumlah RM1.33 juta oleh PDRM dan pelbagai ketirisan lain menyebabkan rakyat benar benar meragui keikhlasan kerajaan dalam menyelamatkan ekonomi negara.

Cukuplah setiap tahun rakyat Malaysia sudah bernanah telinga apabila kerajaan tanpa gagal berbelanja secara boros dan berlaku ketirisan di merata rata tempat, seperti yang didedahkan oleh Laporan Audit Negara setiap tahun. Harus diingat jumlah hutang negara semakin meningkat setiap tahun dan belanjawan negara yang sentiasa defisit hampir 15 tahun menunjukkan bahawa kelemahan tadbir urus negara yang sungguh kritikal. Apakah program Transformasi kerajaan yang dicanang canangkan oleh Perdana Menteri mencapai sasaran kalau begini keadaannya.

Apakah Pak Mat yang kerjanya menangkap keli di permatang sawah atau Mak Mah yang saban hari kerjanya menoreh getah atau Muthu yang kerjanya memerah susu lembu setiap hari untuk di jual atau Ah Chong yang kerjanya pengutip kotak kotak mengerti akan program transformasi kerajaan atau tahukah mereka kadar KDNK negara yang meningkat setiap tahun, terkesankah mereka ? bertambah hasil jualan mereka ? tahukah mereka akan erti itu semua ?

Mereka tidak tahu dan mengerti pun, yang mereka kisah dan peduli bagaimana mahu mencari sesuap nasi dan sedikit lauk buat mengisi perut mereka, namun hari demi hari nilai RM10 yang mereka dapat hasil daripada usaha mereka semakin lama semakin menyusut, jika dahulu RM10 dapat mengenyangkan seluruh ahli keluarga mereka, namun pada hari ini dengan RM10 yang sama hanya dapat mengenyangkan satu perut sahaja.Siapakah yang peduli nasib mereka yang semakin hari semakin terjerut ini.

Nampaknya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam menghadapi tahun tahun suram seperti tahun hadapan,tahun 2014 merupakan tahun sengsara rakyat, nasi sudah menjadi bubur, itulah peribahasa yang sesuai kepada kita semua pilihan raya masih lagi jauh, apa yang mampu dibuat hanyalah bersabar dan nyatakan protes kepada kerajaan dalam himpunan himpunan yang aman.

Walaupun mungkin kesannya sedikit atau sedikit pun tidak terkesan kepada kerajaan jenis ‘pekak badak’ sebegini, tapi sudah cukup untuk memuaskan hati yang sudah geram akibat dikhianati kerajaan yang tidak sampai setahun memerintah.Terima kasih kepada 49% pengundi BN, akibat anda 51% pengundi PR turut menerima bala. erima kasih kepada kerajaan 49% atas rasionalisasi subsidi  ini !

Selamat Tahun Baru : Menanti 2014 yang lebih mahal

 

Akhirnya tirai 2013 berlabuh untuk memberikan laluan kepada kedatangan 2014. Apakah tahun baru akan menjadi lebih baik buat kita ? Kita hanya boleh berharap.Harapan menyebabkan manusia terus hidup.Tanpa harapan sudah pasti ramai yang terjun dari bangunan atau menggunakan pelbagai cara lain untuk menamatkan riwayat mereka.

Paling penting apa yang kita pelajari daripada peristiwa-peristiwa berlaku sepanjang 2013 untuk lebih mendewasakan minda kita.Suka atau tidak 2014 akan menjadi tahun yang lebih mahal buat kita.Tidak ada lagi yang murah-murah walaupun gaji kita masih terus rendah.

Di kala kita sedang pening mencongak apakah kita mampu meneruskan kehidupan di Malaysia pada tahun akan datang, terdapat isu lain yang diperbesarkan oleh media-media arus perdana.Sepanjang dua minggu ini, tidak adalah cerita lain selain “perhimpunan menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.”Membaca akhbar arus perdana dan menonton siaran televisyen utama menyebabkan Penulis membuat kesimpulan bahawa mereka ini sudah jauh lari daripada kehidupan realiti majoriti rakyat Malaysia.

Dan kalaupun benar isu kerajaan bakal digulingkan pada malam ambang Tahun Baru ini digunakan media-media ini untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada siri kenaikan harga barang pada 2014, nampak sangat tidak bijaknya mereka.Promosi demi promosi yang diberikan secara percuma di televisyen-televisyen setiap malam bermula dua minggu lalu akan menyebabkan lebih ramai orang membanjiri Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Apatah lagi kebanyakan orang termasuk penyokong-penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) turut marah dengan tindakan kerajaan memungkiri janji Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) untuk memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat jika menang.Perlu diingat, separuh daripada rakyat Malaysia menolak BN dalam PRU13 lalu. Golongan ini tidak akan mempercayai apa sahaja yang dihidangkan oleh media-media arus perdana.

Jika TV3 memomokkan perhimpunan 31 Disember ini, lebih 50% yang menolak BN pada PRU13 akan memikirkan sebaliknya.Ini yang gagal difikirkan oleh pemikir-pemikir kerajaan Malaysia. Bukan kerana mereka bodoh akan tetapi kerana golongan ini sudah berada terlalu jauh daripada realiti kehidupan majoriti rakyat.

Setakat ini sudah ratusan laporan polis dibuat oleh penyokong-penyokong Umno di seluruh negara untuk membantah perhimpunan 31 Disember.Sedarkah di kala mereka berpanas dan berhujan membuat laporan polis dan bantahan, pemimpin-pemimpin tertinggi parti mereka berseronok ‘bershopping’ di kota London ? 

Atau ini sebenarnya persediaan pemimpin-pemimpin tertinggi ini untuk terus menetap di luar negara sekiranya benar kerajaan akan digulingkan ?Bermula 1 Januari ini, wang kita semakin mengecil. Kalau tak percaya, pergilah ke pasar dan bawa RM100, berapa banyak yang boleh kita dapat dengan jumlah wang sebanyak itu?Bandingkan dengan berbelanja dengan RM100 di pasar pada tahun 2013. Banyak bezanya.Penulis akhiri tulisan ini dengan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua. Kalau panjang umur, sudah pasti kita bertemu lagi 2014 nanti.