Paul Walker pelakon “ The Fast and the Furious ” meninggal dunia

paul walker


Pelakon Paul Walker, 40, yang terkenal dengan filem “The Fast and the Furious” maut akibat kemalangan jalan raya pada petang Sabtu, lapor portal hiburan terkemuka TMZ.

Menurut laporan portal itu, kejadian berlaku di Santa Clarita, utara Los Angeles, Amerika Syarikat.

Memetik sumber, laporan itu mendakwa pelakon itu berada di dalam sebiji kereta Porshe bersama pemandu kereta tersebut, apabila beliau hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.


Kereta itu terus meletup dan terbakar ekoran perlanggaran itu.

Namun demikian, identiti pemandu yang berada bersama Walker tidak dapat disahkan lagi walaupun dilaporkan bahawa beliau turut meninggal dunia.

Walker dilaporkan berada di Santa Clarita untuk pertunjukan kereta amal sempena tragedi taufan di Filipina.

Walker membintangi beberapa siri filem “The Fast and the Furious” bersama seorang lagi pelakon terkemuka Van Diesel.